Sebelum ini banyak persoalan tentang pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang dikatakan hamil kerana ada yang membuat spekulasi ‘baby bump’ dan bentuk badan dirinya sudah berubah.
Pengesahan yang dibuat oleh Ain atau nama penuhnya, Nurain Edruce, 29, menerusi laman YouTube miliknya, sekali gus menjawab tanda tanya peminat yang sebelum ini membuat spekulasi tentang hehamilannya.
Spekulasi ‘Baby Bump’, Ain Akui Hamil 4 Bulan
Mendirikan rumah tangga 13 Disember pada tahun Ain Edruce mengesahkan dirinya sedang hamil cahaya mata pertamanya dan usia kandungan kini hampir mencecah empat bulan.
“Banyak sangat persoalan orang tanya adakah saya saya dah hamil kerana nampak macam ‘baby bump’ lah, badan dan berubah dan lain-lain.
“Jadi saya rasa dah tiba masanya untuk saya kongsi dengan semua orang yang sayang saya tentang perkara ini.
“Ya, saya dah mengandung. Alhamdulillah saya mengandung. Sebelum ini saya tak pernah cakap apa-apa sebab benda itu masih terlalu awal. Sekarang baru boleh kongsikan,” jelas Ain tentang spekulasi dirinya hamil.
Baca Juga Disini:
‘Sheikh Eusoff, Sophea Emelia’ Masuk Hari Ketujuh, Bayi Kembar Sepasang Diberi Nama Indah
Spekulasi ‘Baby Bump’ Ain Edruce, “Alhamdulillah Saya Dah Mengandung”
Bintang Aiko Uniknya Nama, Tuju Jalani Kuarantin Tidak Dapat Bersama Bayi Baru Lahir
Terpaksa Batalkan Aktiviti Lasak
Menurut pelakon sitkom J.K.K itu lagi, mengetahui tentang kehamilannya beberapa hari sebelum bercuti ke Langkawi kerana lewat ‘datang bulan’ pada ketika itu.
“Disebabkan lambat datang bulan, saya membeli alat ujian kehamilan dan akhirnya dapat tahu saya hamil.
“Bila dah tahu hamil, saya dan suami terpaksa batalkan aktiviti lasak yang kami sudah rancang untuk percutian di Langkawi dan hanya relak-relak sahaja di sana,” ujarnya.
Kongsi Momen Kejutan Buat Suami
Menerusi video tersebut, Ain turut berkongsi momen membuat kejutan pada suaminya tentang berita tersebut.
Suami Ain, Amirul Hafizi Mustaffa pada awalnya seperti sukar mempercayai berita tersebut kerana menyangkakan Ain hanya bergurau, namun kemudiannya tidak dapat menyembunyikan keterujaannya bakal bergelar bapa.
“Perkahwinan kami sudah hampir setahun dan saya rasa inilah waktu yang terbaik buat kami.
“Mungkin tahun 2020 menjadi tahun yang sukar bagi ramai orang, tapi bagi saya, tahun 2020 sangat bermakna kerana ia memberi kenangan yang tak boleh dilupakan, sebab saya mengandung,” kata Ain yang begitu teruja mahu menimang cahaya mata sulung.
Sumber/Sumber Foto: YouTube & Instagram Ain Edruce
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita