Speed dating tak ikut landasan islam dalam taaruf, Ustazah Asma’ & Ustaz Don tegas ia tak perlu dipromosikan. Baru ini isu speed dating hebat diperkatakan.
Ia diadakan di sebuah kafe di ibu kota minggu lalu dan menimbulkan polemik di mana peserta boleh berkenalan antara satu sama lain. Wanita akan akan diberi masa duduk bersama lelaki untuk berbual.
“Setelah tamat masa, peserta lelaki yang lain pula akan berkenalan dengan peserta wanita tersebut dan begitulah seterusnya.
“Wanita pertama berkenalan dengan lelaki pertama, kemudian selepas tamat masa, dia teruskan dengan lelaki seterusnya. Boleh jadi tiga lelaki akan suka perempuan yang sama dan boleh jadi perempuan tadi suka pada lelaki lain.
“Proses ini jelas tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf. Islam sangat meninggikan maruah dan sifat malu antara kedua-dua pasangan,” katanya dalam status yang dimuatnaik dalam Facebook
miliknya baru ini.Menurutnya, jika taaruf itu tidak berjaya sekalipun, maka kedua-dua pasangan tetap perlu menjaga rahsia dan aib masing-masing.
Menelusuri sejarah berkaitan ‘speed dating’ ini, Ustazah Asma’ memberitahu, acara ini berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat yang dipanggil sebagai New Year’s Calling.
“Pada setiap 1 Januari, ramai wanita muda (belum berkahwin) akan mengadakan ‘rumah terbuka’ (pesta atau majlis resepsi) di mana mereka akan menjemput lelaki yang belum berkahwin yang layak, kawan mahupun orang yang tidak dikenali untuk singgah dan mengadakan lawatan ringkas, pertemuan itu tidak lebih dari 10 hingga 15 minit.
“Ia bermula pada tahun 1998, mereka mencipta cara untuk orang yang belum berkahwin bertemu antara satu sama lain dengan memanggilnya ‘speed dating’. Ia adalah program khas untuk mereka yang bujang, lalu tidak lama kemudian ia tersebar ke seluruh dunia,” jelasnya.
Hal yang sama mendapat perhatian dari Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang turut berkongsi isu ini. Menurut Ustaz Don, Islam bukan agama yang mengongkong dan Islam adalah agama yang ada undang-undang.
“Hari ini orang duk cerita pasal speed dating dan sebagainya, first of all, ada tak perkara-perkara yang ditegah Islam? Pertama, mesti kena tengok ada tak benda yang Islam larang? Ada tak masa dating tu pegang tangan? Kalau ada, haram.
Masa p dating tu dok pakai elok-elok sebab nak p dating kena buka semua bagi lelaki tu tengok, kalau ada, haram. Kalau sekadar masuk, duduk sembang, apa beza sembang kat supermarket, di pejabat,” katanya.
Tambah bapa kepada empat orang cahaya mata ini, acara tersebut bertujuan mencari pasangan, bersesuaian dengan zaman kini yang rata-rata sukar untuk temui jodoh.
“Pertama, jangan kita buat hidup ni macam di sekolah madrasah. Bukan semua orang duduk sekolah lelaki semata-mata,bukan semua orang sekolah perempuan semata-mata.
“Kita daripada kecil bercampur sekolah, jadi kena faham suasana itu bukan membenarkan ikhtilat tadi, jangan salah faham,” ungkap beliau. Kredit :- Sinar Harian / Sinar Plus
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Mak Ayah, Bila Mereka Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini, Hilanglah Sumber Doa Mustajab
Kain Kiswah Kaabah, Inilah Maksud Di Sebalik 5 Ayat Dari 4 Surah Yang Ditulis Di Dindingnya