Kadang mungkin ada mak-mak terlepas pandang bab penggunaan span dan pencuci botol susu anak, lama tak tukar sampai dah lunyai dan warna pun berubah.
Macam situasi yang Doktor Saidatul Husna dan saudara Mohd Fhais kongsikan ini, baru perasan span pencuci pinggan dan pencuci botol susu anak sebenarnya sudah patut diganti baru.
Haaa… jangan pandang remeh ya, sebab dari benda sekecil-kecil inilah penyakit boleh singgah.
Basuh Pinggan Tapi Ternampak Rupa Span
Tadi Sai tolong ummi masak kat dapur. Masa tengah basuh pinggan, tengok kat span. Eh! dah kotor sangat ni. Nampak lama. Dah lusuh dan lunyai.
Mujur kat rumah ada span lain. Terus ganti yang baru.
Sai lupa yang ummi ada kencing manis. Boleh pulak Sai biar span tu tak berganti baru. Padahal situlah tempat kuman paling banyak membiak.
Alahai…
Sai risaukan ummi je. Sebab kalau tangan dia luka terkena pisau ke apa, kuman dari span ni akan masuk ke kawasan luka dan berenang ke salur darah. Sangat bahaya bagi mereka yang ada kencing manis.
Pesakit kencing manis ni sistem imun tubuh tak macam kita. Sistem imun mereka sangat lemah. Luka sikit pun dah boleh kena macam macam jangkitan.
Lagi bahaya kalau luka tu dari betis ke bawah. Kalau penjagaan diri tak rapi, silap haribulan mereka boleh kehilangan kaki.
Ads
Span yang guna sampai berbulan bulan ni, ada kemungkinan besar kuman yang berbahaya untuk perut seperti E-Coli masih hidup.
**(E-Coli cara sebut E-Kolai).
Tanda tanda dijangkiti E Coli yang ada shiga toxin, kita akan demam, muntah muntah dan cirit birit. Kalau ada anak kecil kena hati hati dengan E Coli ni.
Jadi, jangan biarkan span kat sinki tu jadi tempat kita membiak kuman ya.
Bersihkan Span
Sebenarnya, ada je cara nak bersihkan sendiri. Sama ada,
1) Rebus di atas dapur dengan api yang besar. Tak lama, dalam 5 minit je.
2) Kalau ada microwave lagi bagus.
Rendam span dalam air dan guna kepanasan yang tinggi. 2 minit dah okay.
Ads
3) Atau paling mudah, beli je baru. Yang mesra pinggan mangkuk. Erti kata lain mudah nak lentok masuk celah celah bekas. Boleh tukar setiap 3 minggu.
Sai suka guna kain jaring macam dalam gambar. Mudah nak selit bahagian bekas yang sempit.
Mak ayah yang ada penyakit ni tubuh dan jiwanya sangat sensitif. Tu la kenapa kita wajib tahu serba sedikit tentang sakit mak ayah sebab kalau bukan anak, siapa lagi yang nak bertanggungjawab menjaga dan memberi khidmat pada mak ayah kita kan.
Periksa Pencuci Botol Susu Anak Kita!
Haa… lepas check span basuh pinggan, mak-mak tolonglah tengok pencuci botol susu anak pula. Sebab pencuci botol susu anak pun guna span juga.
Kadang-kadang tu basuh botol anak susunya dah basi, kerak susu melekat di puting, walaupun basuh sehingga bersih di mata tapi mata kita mana boleh nampak kuman.
Mana nampak kalau kuman dari susu basi tadi melekat pada span, kerak susu yang di sental pada puting tadi pun boleh terselit dalam span.
Dah dekat 6-7 bulan pencuci botol ni tak di ganti.. Syukur alhamdulillah Allah masih lindungi anak-anak saya.
Ads
Secara logiknya span tu memang dah terkumpul banyak kuman berbahaya terutamanya Escherichia Coli (E-Coli). Masa basuh botol tanpa sedar kuman ini boleh melekat semula pada botol.
Kita tak nampak ni !
Kesian anak kecil boleh jadi loya, deman, muntah dan cirit birit kalau kuman E-Coli ni menyerang perut mereka.
Memang bernasib baik betul tak jadi apa-apa pada anak selama ni. Kena tukar sebelum terjadi apa-apa, menyesal tak guna nanti.
Di rumah tiada pencuci lebih jadi sementara nak pergi beli yang baru saya ambil langkah-langkah pencegahan ini yang Dr. Saidatul kongsikan.
1. Rendam/rebus span dengan air panas selama 5 minit.
2. Boleh juga hangatkan di dalam microwave pada suhu terpanas selama 2 minit.
Suhu kepanasan untuk membunuh kuman di sarankan pada 100 darjah celsius dan ke atas.
Ini langkah pencegahan sementara sahaja. Seelok-eloknya 3 minggu sekali tukar yang baru.
Kalau berkaitan kesihatan anak-anak ni ibubapa kena selalu sangka buruk jangan melengah, sebab bila dah berlaku sesuatu nanti sangat buruk akibatkan pada anak dan diri ibubapa sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap anak yang hebat dan berjaya bukan hanya tekun dan pandainya dia belajar di sekolah. Tak perlulah kita bermegah atas usaha dan kejayaan yang diperolehi. Sebaliknya, semua kejayaan ini adalah berkat doa mak ayah yang kita ada.
Segala nikmat yang anak perolehi ini adalah kerana reda mak ayah yang tak pernah putus mendoakan untuk anak-anaknya. Sebagai mak ayah, merka tidak sanggup melihat anak-anak derita dan sebolehnya inginkan anaknya berjaya.
Malah, sebagai anak, kita janganlah takbur atau tinggi diri. Berkat doa mak ayah kita menjadi orang yang dikagumi. Jangan mudah lupa diri, tanpa mereka kita tak akan berada di puncak kejayaan sekarang ini.
Apa yang dikongsikan oleh Muhammad Adam Harith cukup berkesan dan memberi pengajaran buat kita semua. Ingat satu perkara sahaja, kita bukanlah orang yang hebat tetapi doa mak ayah yang berkat itu.
Pernah tak dengar ayat ni? Mesti pernah kan. Tapi pernah tak ambik masa, renung dan fikir?
Percaya tak? Semua doa yang baik diucapkan oleh setiap mak dan ayah setelah kelahiranmu ke dunia ini yang dinanti dengan penuh keterujaan. Penuh kesabaran dan penuh bahagia.
Setelah kelahiranmu ke dunia ini, kata kata dan doa sentiasa di bibir mereka supaya kamu menjadi anak yang soleh. Orang yang berjaya dunia akhirat dan menjadi seorang yang dibanggakan. Besarnya harapan mereka terhadapmu.
Tapi sayang, ada sesetengah daripada kita, setelah dia berjaya dan menginjak dewasa, jasa ibu dan ayah tidak lagi dikenang. Malah dia menganggap mak dan ayah yang telah tua itu sebagai satu beban kepadanya.
Allahu. Kejam sungguh kamu wahai anak. Semasa kamu kecil, kamu ditantang dengan penuh kasih sayang, Penuh cermat dan lemah lembut. Kenapa ketika kamu dewasa, sudah punya harta dan kerjaya, mak ayah kamu ketepikan begitu saja?
Doa Tak Pernah Putus
Ingat wahai anak. Semua kejayaanmu, kemewahanmu dan segala pencapaianmu adalah berkat dari doa ibu dan ayahmu yang tak pernah putus. Semua ini, semenjak kamu dilahirkan sehingga dewasa.
Anak, keberkatan dalam setiap rezekimu adalah dari doa ibu dan bapamu yang tak pernah jemu mendoakanmu tanpa kau tahu. Keredhaan Allah jua datang setelah mendapat meredhaan dari kedua orang tuamu.
Jadilah anak yang berjaya seiring dunia dan akhirat. Membahagiakan mak bapamu sebagaimana mereka telah menjagamu sejak kecil dulu.
Dahulukan mereka dalam setiap urusanmu. Insya Allah urusanmu akan dipermudahkan. Berkatkan rezekimu dengan mengingati mereka dalam setiap gajimu.
Percayalah, mereka tak minta dan berharap, cukuplah sekadar mereka tak dilupakan. Mereka cuma nak diingati dan dihargai. Kamu adalah hasil didikannya.
Anak, hebatnya kamu pada hari ini kerana mempunyai ibu bapa yang hebat. Hargai mereka jika masih ada. Doakan mereka jika telah tiada.
Ig : adamharith.co
MW: Tak perlulah rasa megah diri atas kejayaan yang ktia ada sekarang ini. Kita tak akan berjaya tanpa mereka. Siapalah kita tanpa mereka, mak ayah yang disayangi.
Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika salah didikan mereka akan menjadi raja yang membuatkan ahli keluarga menjadi hambanya. Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga. Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya.
Ibu Bapa Bila ‘Tersalah’ Didik Anak Lelaki
Ada banyak kes anak lelaki buat perangai bila sudah berumah tangga, siap ada yang cuma tahu mengarah isteri dan lagi teruk tak hormat mak ayah, apa lagi menjaga hati mentua. Sebab itu nak membesarkan anak lelaki mak-mak kena tahu cara supaya bila sudah besar nanti dia tak jadi besar kepala dan mungkin boleh buat isterinya merana.
Nak tahu lebih jauh soal kesilapan mak ayah dalam mendidik anak lelaki, jemput baca perkongsian Puan Nurul Ilyani ini.
1.TIDAK AJAR CINTA ALLAH, AL-QURAN DAN CARA HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
Sama ada kita sangat sibuk dengan tanggungjawab kita mencari nafkah. Mungkin kita sangat sibuk memenuhi keperluan material hidup di dunia, penuh hawa nafsu dan keinginan.
Ibu bapa sangat sibuk memenuhi keperluan hobi dan minat sendiri hingga lalai dengan tanggungjawab mendidik anak faham ajaran Al Quran dan Sunnah. Ambil dunia sekadarnya sahaja.
Kesannya Boleh Buat Anak Jadi Ketua Keluarga Yang Gagal
2. KITA TIDAK MENDEKATI DAN MERASAI JIWA ANAK LELAKI
Kita selalu pesan, “abang kuat, anak lelaki mana boleh nangis”❌ Ini perlu dibetulkan.
Kata-kata ini membuatkan anak lelaki selalu memendam rasa, sedangkan mereka perlu juga meluahkan rasa sedih, kecewa supaya mereka dapat lebih belajar tentang hidup.
Ada satu kisah yang direkod dalam Sahih Bukhari, Nabi sallahu alaihi wasallam selalu approach seorang kanak-kanak, Abu Umayr dan tanya pasal burung yang dia bela. Satu hari burung Abu Umayr itu mati, dia datang dengan keadaan sedih. Nabi sallallhualaihi wasallam pun pujuk.
Kalau ikut kisah ini, it is okay to be sad eventhough you are a boy or a guy. Tugas kita, pastikan anak lelaki tidak abaikan emosi negatif dengan cuba jadi kuat dan control macho.
3.ABAIKAN ASAS KEADILAN
Anak lelaki selalu respon lebih baik pada sesuatu yang adil.
Ada satu cerita yang direkod oleh Imam Abu Daud, ibu Abu Amru panggil anaknya kemudian janji nak bagi sesuatu. Nabi sallallahualaihi wasallam beritahu kapada ibu itu, kalau kamu tidak beri apa yang dijanji, ia dikira berbohong.
Ini biasakan kita baca? Jangan bohong anak. Malah anak lelaki, jika kita bohong, maka hilang kepercayaan pada kita, jadi proses mendidik dan mendisiplinkan lebih sukar, mereka tidak mahu respon lagi pada arahan dan kata-kata kita.
Kesimpulannya didiklah anak lelaki sebaiknya. Jika betul cara didikan ibu bapa maka mereka akan menjadi pemimpin idaman ahli keluarga.
Dah lama kahwin tapi masih belum ada rezeki dapat cahaya mata. Orang sekeliling kadang tak faham konsep rezeki dari Allah, yang mereka tahu menghukum dan mengeji. Pelbagai cara dah dibuat tapi masih belum mendatangkan hasil.
Yang penting usaha, doa dan tawakal, mana tahu dah dapat seorang, tiap-tiap tahun mengandung. Selain kaedah tertentu yang boleh dilakukan, faktor pemakanan juga memainkan peranan untuk kesuburan setiap suami dan isteri. Antara makanan yang boleh meningkatkan kesuburan adalah:
10 Jenis Makanan Mudahkan Hamil
1. Bayam
Bayam serta sayuran hijau berfungsi menambah keperluan asid folik di dalam badan. Asid folik sangat penting dalam pembetukan sperma dan telur yang sihat. Bayam juga kaya dengan vitamin C dan zat besi yang dapat berfungsi meningkatkan kualiti sperma dan menjaganya agar tetap sihat.
2. Avocado
Sebiji avocado mengandungi konsentrasi kalium yang jauh lebih banyak berbanding sebiji pisang. Kalium sangat penting untuk menjaga fungsi saraf. Ia juga dapat membantu memulihkan otot, meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan anda.
3. Madu
Madu merupakan makanan yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Zat yang terkandung di dalam madu sangat mudah untuk dicerna dalam darah.
4. Asparagus
Asparagus mengandungi asid amino asparagines yang berfungsi merangsang buah pinggang dan membuang sisa metabolism dalam badan. Ia turut mempunyai zat lain yang dapat meningkatkan peredaran darah dan membantu melepaskan lemak yang berada di pembuluh darah.
5. Tiram
Tiram mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terkandung dalam telur, biji-bijian dan kacang.
6. Halia Dan Lengkuas
Sineol merupakan zat yang terkandung di dalam halia. Ia berfungsi sebagai pencegah ejekulasi diri, merangsang ereksi dan melancarkan peredaran darah. Begitu juga dengan lengkuas yang memiliki fungsi sama seperti halia.
7. Kurma
Kurma merupakan makanan sunnah baik untuk diamalkan. Ia juga boleh meningkatkan kesuburan anda dan pasangan.
8. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai khasiat boleh meningkatkan kesuburan orang lelaki.
9. Kubis, Lobak Merah, Brokoli, Kacang Hijau, Keledek Merah
Semua ini mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan. Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampu meningkatkan hormon testosterone.
10. Betik, Jambu Batu, Buah Naga, Tembikai, Limau Nipis
Kaya dengan kandungan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.
Elakkan Makan Ini Jika Mahu Hamil
Makanan Yang Mengandungi Merkuri
Jenis makanan yang tinggi merkuri biasanya terdapat dalam beberapa jenis ikan terutamanya yang berukuran besar seperti mackerel.
Sumber Makanan Diproses
Makanan ringan dan makanan segera perlu dielakkan kerana ia hampir tiada zat yang baik untuk bakal bayi anda.
Bahan Makanan Yang Diawet
Biasanya makanan yang diawet seperti makanan dalam tin tidak elok untuk diamalkan bagi anda yang ingin hamil.
Minuman Berkafein
Jika anda gemarkan minuman berkafein, kurangkan sedikit demi sedikit kegemaran anda itu supaya and
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Arwah mak baru meninggal, tular nenek tunggu luar dewan baca Yassin beri semangat cucu jawab SPM. Tular di media sosial kesanggupan seorang nenek yang...