
Isi Kandungan
ToggleSalah satu pemanis mulut untuk penggemar cheese, resepi ini adalah perkongsian dari Puan Florence Jonathan, percubaan pertama beliau membuat Souffle Cheesecake dengan hanya menggunakan 3 bahan. Sedap atau tak, anda kenalah cuba buat sendiri!
Bahan-bahan:
3 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
120 gram cream cheese
120 gram coklat putih
Cara Membuat:
1. Pukul putih telur sampai menjadi meringue (bila terbalikkan bekas, ia tak jatuh) ketepikan.
2. Cairkan coklat putih dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah coklat cair sepenuhnya, bolehlah tutup api dan ketepikan.
3. Masukkan cream cheese ke dalam coklat putih yang telah dicairkan tadi, kacau-kacau sampai sebati.
4. Setelah itu, masukkan pula kuning telur ke dalam adunan cheese coklat putih tadi. Gaul sampai sebati.
5. Masukkan satu pertiga meringue ke dalam adunan cheese, kaup balikkan. Ulangi smpai habis.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digaris dengan oil atau butter dan dilapik dengan baking paper.
7. Panaskan oven selama lebih kurang 6-7 minit.
8. Bakar adunan kek dengan kaedah bain marie menggunakan suhu 170 °C selama 20 minit dan 40 minit yang berikutnya menggunakan suhu 160°C. Tempoh membakar bergantung oven masing-masing.(oven saya dah lebih 10 tahun, sebab tu ia ambil masa nak masak). Guna api atas dan bawah.
9. Bila kek sudah masak, bolehlah dihias dengan powdered sugar atau filling kegemaran masing-masing.

10. Adunan agak sedikit, better guna loyang kecik supaya kek nampak montel. Boleh doublekan bahan-bahan kalau menggunakan loyang besar.
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adibah Bebas Tuduhan Nusyuz, “Syukur Nama Dibersihkan & Bukti Bukan Isteri Derhaka…”

Isi Kandungan
ToggleAdibah bebas tuduhan nusyuz, “syukur nama dibersihkan & bukti bukan isteri derhaka. Pasti ramai mengingati kes Adibah Abd Mutalib yang difailkan nusyuz oleh bekas suaminya, Rosland Othman selepas lelaki tersebut mengahwini pelakon Miera Liyana.
Walau pada awalnya Adibah enggan diceraikan kerana sudah mendirikan rumahtangga selama 28 tahun namun akhirnya pasangan ini bercerai jua.
Adibah Bebas Tuduhan Nusyuz
Dalam pada itu, Adibah juga berhadapan dengan tuduhan nusyuz dibuat oleh Rosland dan terbukti semalam, pihak mahkamah menolak tuntutan kes nusyuz dibuat bekas suaminya, Rosland Othman.
Memetik laporan Harian Metro, “saya rasa bersyukur kerana keputusan mahkamah hari ini, dapat membersihkan nama saya,”.
Demikian kata bekas madu pelakon Miera Leyana, Adibah Abd Mutalib, 51, selepas Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, mengumumkan keputusan tuntutan kes nusyuz dibuat bekas suaminya, Rosland Othman.
Adibah ketika ditemui di perkarangan mahkamah berkata, dia bersyukur kerana dapat meneruskan kehidupannya tanpa perlu dilabel sebagai isteri nusyuz.
“Dua tahun kes ini berjalan. Alhamdulillah, sangat bersyukur kepada Allah sebab keputusan berpihak kepada kita. Tak tahu nak cakap apa. Rasa syukur dapat bersihkan nama saya dan teruskan dengan proses tuntutan lain. Insya-Allah.
“Yang penting, tak ada label nusyuz. Sebab orang tak faham. Sekarang kita boleh teruskan kehidupan,” katanya.
“Syukur Nama Dibersihkan & Bukti Bukan Isteri Derhaka…”
Peguam yang mewakili Adibah, Junid Ramali, berkata, pihaknya dapat meyakinkan mahkamah sekali gus membuktikan dakwaan yang mengatakan anak guamnya itu seorang isteri nusyuz adalah tidak benar.
“Alhamdulillah, untuk keputusan hari ini memihak kepada Adibah, di mana dia dibebaskan daripada tuduhan nusyuz. Sabitan nusyuz yang dibuat oleh pihak plaintif, ditolak oleh mahkamah.
“Jadi, mahkamah menerima hujahan kita, di mana kita beritahu bahawa plaintif sebenarnya tidak bersungguh untuk memperbaiki hubungan rumah tangga dan nak buat tuntutan nusyus hanya untuk menganiaya defendan (ketika itu sebagai isteri) atau nak menunjukkan bahawa hanya defendan yang bersalah serta menyebabkan keruntuhan rumah tangga.
“Alhamdulillah, kita berjaya meyakinkan mahkamah bahawa, defendah sudah cuba dengan sedaya upaya dan pelbagai usaha untuk memperbaiki rumah tangga. Namun, pihak plaintif sendiri yang sudah menceraikan pihak defendan,” katanya.
Tambah Junid, label sebagai isteri nusyuz adalah satu tanggapan negatif yang berat dan terpaksa ditanggung anak guamnya.
“Tanggapan masyarakat terhadap label nusyuz ini sangat berat. Orang di luar sana yang tak faham apa yang berlaku, tapi, bila seorang isteri diisytiharkan nusyuz, ia memberi tanggapan buruk.
“Jadi, dengan keputusan mahkamah hari ini, setidaknya Adibah dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan tiada tanggapan negatif terhadapnya oleh mana-mana pihak.
“Kita dah cuba berbincang dengan baik untuk hak bekas isteri sebab dengan 28 tahun perkahwinan, Adibah ada haknya. Jadi, kalau tidak boleh diselesaikan dengan baik, kita akan cuba ketengahkan untuk tuntut haknya,” katanya.
Harian Metro cuba mendapatkan komen daripada Rosland dan peguamnya, Nurul Balqis Nordin, namun, kedua-duanya enggan memberikan sebarang komen.
“Maaf, anak guam saya belum bersedia,” kata peguamnya.

Rosland, 51, hadir ditemani ibu mentuanya iaitu ibu Miera, Aisah Abdullah, 62.
Terdahulu, Adibah sah bercerai dengan talak satu selepas Rosland melafazkan talak di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 3 Ogos 2023.
Penceraian itu juga menamatkan ikatan rumah tangga mereka selama 28 tahun yang turut dikurnikan lima cahaya mata. Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera pada Julai 2020 dan memiliki seorang anak perempuan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Adibah Bela Diri, Hadapi Tuntutan Nusyuz Bekas Suami. “Tak Tahu Apa Dia Nak”
“Saya Tak Tahu Sebab Diceraikan”, Adibah Akui Sudah Berusaha Pertahan Rumahtangga Dibina 28 Tahun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahi Telinga Keras, Tolong Ambil Tahu Punca Dan Cara Nak Bersihkan Dengan Selamat

Isi Kandungan
ToggleSebelum ketahui cara betul nak bersihkan tahukah anda tahi telinga yang keras boleh jadi gangguan pendengaran, menyebabkan iritasi dan membuatkan anda rasa tak selesa macam ada benda yang sangkut di telinga?
Ya, kadang ada yang sampai tersumbat disebabkan menggunakan putik kapas semata-mata nak cuci telinga. Untuk mengelakkan derita akibat tahi telinga keras, sangat penting untuk anda ikut saranan doktor Dr Ezairy M.Sallih…
Situasi Pesakit Tahi Telingan Keras
“Doktor, anak saya ini saya periksa banyak sangat tahi telinga dia, saya korek-korek pun masih ada, sekarang dah sakit pulak. Saya nak buat macam mana doktor?”
Apabila sebut berkenaan masalah ini, pelbagai persoalan yang biasa akan ditemui. Saya akan cuba jawab satu-persatu.
Tanda-tanda anak anda sedang mengalami ‘impacted ear eax’ iaitu tahi telinga keras?
1. Kurang pendengaran disebabkan bunyi berdesing, bunyi luar biasa, tidak normal dan sebagainya.
2. Merasa telinga tertutup atau ‘block’.
3. Mengalami sakit telinga secara tiba-tiba dan tiada tanda jangkitan seperti demam.
Apa sebenarnya yang menyebabkan yang menyebabkan tahi telinga boleh mengeras?
1. Salur telinga yang kecil. Ini akan mengakibatkan tahi telinga lebih mudah terperangkap dalam salur telinga.
2. Bad cleaning habit, kerap sangat cuba bersihkan sendiri di rumah. Tahukah anda tindakan anda yang menggunakan cotton bud atau alatan lain hanya akan menyebabkan tahi telinga lebih masuk ke dalam!
3. Penghasilan ear wax yang terlalu banyak. Ini adalah berbeza mengikut individu. Sesetengah orang memang akan menghasilkan lebih ear wax berbanding orang lain.
4. Kerap berkumpul air di telinga bersama kerap jangkitan atau kecederaan di salur telinga boleh menyebabkan masalah pada salur telinga. Untuk sesetengah keadaan, ear wax lebih mudah tersumbat selepas itu disebabkan salur telinga yang mengecil akibat sebab-sebab yang saya sebutkan tadi.
Perlu ke saya bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan?
1. Ya, anda perlu bawa anak anda bertemu doktor jika anak-anak anda mengalami gejala seperti saya sebut di atas.
2. Pemeriksaan mata kasar anda atau sekadar menggunakan lampu tidak akan mampu mengesahkan masalah ini. Ia perlu pemeriksaan doktor.
Perlu ke bersihkan sendiri telinga anak saya di rumah?
1. Tak boleh. Tahi telinga tidak perlu dibersihkan sendiri. Ia amat berbahaya. Anda boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.
2. Jika tahi telinga tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pesakit, doktor juga tidak akan melakukan sebarang perkara kepada pesakit.
3. Tindakan membersihkan di rumah menggunakan apa juga alat seperti cotton bud atau alatan besi hanya akan menyebabkan ear wax masuk lebih ke dalam!

Macam mana impacted ear wax atau tahi telinga dirawat?
1. Ubat titis telinga untuk melembutkan tahi telinga akan diberi jika pesakit mengalami simptom seperti hang saya sebutkan.
2. Ear syringing. Ada sesetengah doktor yang menggunakan teknik ini untuk membersihkan telinga iaitu dengan menggunakan air.
3. Teknik paling berkesan pada saya ialah ear suctioning dimana doktor akan menyedut tahi telinga keluar. Ini hanya akan dilakukan jika pesakit ada masalah pada ear wax tersebut. Tidak akan dilakukan jika pesakit tidak ada apa-apa masalah.
Info gambar:
Ini jika anda membersihkan telinga, ia hanya akan menyebabkan tahi telinga lebih masuk ke dalam salur pendengaran telinga.
Putik kapas berisiko untuk tertinggal di dalam telinga sekiranya anda sering membersihkan telinga anda.
Keadaan telinga yang dilihat menggunakan otoscope. Bagaimana ia sebelum (penuh dengan tahi telinga) dan selepas dibersihkan oleh doktor(gegendang telinga dapat dilihat).
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mira Filzah Kongsi Tentang Ibadah,“Saya Pun Kadang-kadang Terlajak, Terlambat, Tertinggal, Terpaksa Qada’ (ganti)”

Mira Filzah kongsi tentang ibadah,“Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti).” Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkongsi pengalamannya menjaga ibadah selepas menerima pertanyaan daripada seorang pengikutnya berhubung pendekatan yang dilakukannya agar dapat menjaga solat lengkap lima waktu sehari.
Mira Filzah Kongsi Tentang Ibadah, “Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti)”
Ujar Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, sebagai insan biasa dia juga pernah terlambat atau tertinggal solat namun tetap cuba melunaskan kewajipan umat Islam itu sebaik-baiknya.
Mira Filzah mengakui masih dalam fasa menjaga ibadah dengan sempurna terutama soal melengkapkan solat lima waktu sehari.
“Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti) dan sebagainya.
“Tapi kita sama-sama perbaikilah. Yang penting usaha, buat juga,” tulisnya dalam hantaran Instagram Story.
Menurut pelakon drama rantaian Lelaki Kiriman Tuhan itu, apabila menjadikan solat sebagai rutin wajib harian, seseorang akan berasa tidak selesa andai rukun Islam kedua itu ditinggalkan begitu sahaja.
“Macam mana ya nak cakap. Bila anda lakukan solat seperti rutin harian, anda akan terbiasa dan rasa pelik atau janggal sekiranya tidak buat.
“Contoh, anda bangun pagi keluar pergi kerja tak gosok gigi, tak boleh kan?” ujarnya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga aktif berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu dalam laman sosialnya terutama berkaitan keibubapaan serta isu semasa sejak memperlahan karier seni.
Imej yang ditampilkan oleh Mira juga mempamerkan peribadi selebriti berhijab yang sering dipuji. Pendek kata meskipun berhijab dan dalam masa sama berfesyen namun tetap menjaga aurat.
Sumber: Instagram Mira Filzah
Baca artikel lain juga: Mira Filzah Nasihatkan Netizen, “Its “Blockout” Bukan “Makiout”, Ingat Penulisan Kita Ada Dosa Pahala
Perlu Minta Izin Sebelum Sentuh Anak, Mira Filzah Letak Syarat Di Majlis Akikah Wan Khair Amir

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim
Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI