
Isi Kandungan
ToggleKalau nak buat sotong bakar thai, sila sediakan sotong lebih banyak. Sebab kata Puan Fadhilah Esa, nanti tak cukup dan berebut!
Haa… nampak gaya macam sedap sungguh ya. Tengoklah, siap ada inti dalam sotong, dilagakan dengan pencicah tu pula. Bagi mak-mak yang nak cuba menu ini, boleh rujuk resepi yang dikongsi.
Bahan-bahan Buat Sotong Bakar:
Sotong saiz besar
Isi Udang segemgam
Telur 1 biji
Bahan Sos:
5 ulas Cili kecil
4 sudu Gula
secubit Garam
3 sudu Cuka makan
3 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Hirisan daun ketumbar
Bahan kisar untuk inti:
1 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 hirisan Halia
Cara-cara buat inti:
Hancurkan isi udang dan gaul dengan telur dan bahan kisar
Cara sumbat:
Sumbat inti tadi dalam sotong. Ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
Cara-cara masak sotong:
Bakar sotong sumbat tadi, (saya guna pemanggang ajaib shj) kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.
Cara-cara Buat Sos:
Tumis semua Bahan. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Cara-cara hidangan:
Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan siap utk dimakan.
Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz.
Selamat Menjamu Selera!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Mak-Mak Boleh Buat Serbuk Kunyit Sendiri Di Rumah!

Isi Kandungan
ToggleSerbuk kunyit antara salah satu bahan masakan yang penting di dapur.Jika selama ini mak-mak hanya beli je serbuk kunyit, apa kata kali ni cuba buat sendiri.Pasti lebih menjimatkan, tanpa pewarna tambahan dan terjamin kebersihannya.
Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Sumaiyah Abdullah, cara hasilkan sendiri serbuk kunyit semulajadi di rumah yang boleh dijadikan panduan;
“Sharing last sebelum hari raya, saya nak share macam mana nak buat homemade serbuk kunyit dekat rumah.”
- Kunyit yang terbaik untuk dituai adalah kunyit yang berusia 7-10 bulan. Kalau nak tahu kunyit dah betul-betul matang, batang dan daun kunyit start mengering. Kunyit yang telah dituai harus diproses dalam tempoh 2-3 hari.
2. Kemudian cuci bersih kunyit tadi. Saya guna berus gigi je. Buang akar sekali tau.
3. Dah cuci bersih, keringkan dan biarkan selama 1 hari. Boleh skip kalau nak cepat.
4. Kunyit tidak boleh dikeringkan begitu saja. Kunyit perlu direbus atau dikukus terlebih dahulu.
Tujuannya adalah untuk;
1. Melembutkan kunyit supaya proses pengeringan menjadi lebih cepat.
2. Menghilang kan bau tanah.
3. Mencantik kan warna.
4. Membunuh kuman atau bakteria bahaya dalam tanah yang melekat pada kunyit.
Tempoh merebus atau kukus paling ideal adalah selama 30-45 minit.
5. Ini rupa kunyit setelah dikukus. Jangan terlebih rebus atau kukus pulak. Warna kunyit boleh berubah.
6. Kemudian kunyit tadi dihiris nipis-nipis. Siap untuk dikeringkan.
Tips menjemur;
1. Elakkan direct cahaya matahari. Seeloknya bawah pokok atau bawah bumbung rumah.
2. Keringkan lebih kurang 7-10 hari. Bergantung kepada cuaca. Kalau cuaca panas terik, lagi cepat kering.
7. Inilah hasilnya selepas 5 hari dikeringkan.
8. Kemudian masukkan kunyit tadi ke dalam pengisar kering. Ulang mengisar beberapa kali sehingga tekstur serbuk kunyit betul-betul halus.
9. Inilah hasilnya. Cantik gitu. Hahaha, masuk angkut bakul sendiri.
10. Cari botol cantik-cantik, kemudian refill. Done, sedia untuk memasak. Selamat mencuba.
Mudah je kan, jadi selepas ni mak-mak bolehlah buat serbuk kunyit sendiri, tak perlu beli lagi dah malah terjamin kebersihannya.
Sumber: Sumaiyah Abdulah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Cawan Oreo Hanya Guna Dua Bahan, Bakar Pakai Air Fryer

Isi Kandungan
ToggleKek cawan (cupcakes) memang antara kegemaran anak-anak kita. Tiap kali buat, mesti anak-anak berulang memakannya. Tentu sebagai mak, rasa seronok tengok anak kita suka makan apa yang kita buat. Tapi, kadangkala nak buat malas juga bila memikirkan bahan-bahan yang diperlukan.
Jangan bimbang! Kali ini, tentu mak-mak teruja nak mencuba resipi kek cawan yang hanya guna dua bahan saja. Biar betul! Dua bahan je? Wow!
Ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Nadia ini.
Resipi lain di sini:
Kek Buah Kukus Guna Sukatan Cawan, Lebih Moist Dan Super Sedap
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Bahan Kek Cawan Oreo:
1 pek Oreo – yang panjang
250ml Susu Full cream/Fresh Milk ( Yang ni kena pandai agak-agak je, asal tak tenggelam biskut dalam blender tu)
Cara Membuat:
1.Satukan oreo dan susu di dalam blender. Kisar hingga halus dan sebati. Tuang ke dalam cawan kertas.
Kemudian boleh letak topping apa yang disukai.
Setelah itu, bakar dalam air fryer 180 darjah celsius selama 10 minit. Dah masak, keluarkan dan sejukkan.
Siap!!
Info Extra!
Ini sukatan akan menghasilkan tujuh kek cawan bersaiz kecil. Kalau nak banyak, gandakan bahan ye.
Sumber resipi: Nadia Musa(https://www.facebook.com/nadia.cyiee)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam & Acar Tumis SEDAP!

Isi Kandungan
ToggleJika selalu mak-mak masak nasi putih berlauk sahaja, sesekali bila ada hari-hari istimewa boleh buat masak sendiri set lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis yang sangat sedap ni. Memang berbaloi dan puas hati makan. Tak lah dapat makan Nasi Minyak waktu kenduri je.
Boleh cuba set lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis resipi perkongsian Puan Nurul Ateekah ini;
Nasi Minyak ramai orang suka makan tiap kali kenduri, mesti rindukan nak makan nasi minyak. Malah,sekarang musim PKP, kenduri pula perlu ditangguhkan. Yang teringin nak makan nasi minyak, boleh lah cuba masak di rumah. Saya sertakan Resipi Nasi Minyak, Daging Masak Hitam & Acar Tumis SEDAP!
1.Nasi Minyak
Bahan-Bahan:
5 pot Beras Basmati
1 cawan Susu Cair
5 biji Bawang merah (dihiris halus)
3 biji Bawang putih (dihiris halus)
2cm Halia dihiris/atau ditumbuk
1 batang Serai (dikatok)
1 biji Bunga lawang
3 biji Buah pelaga
1 batang kecil Kayu Manis
3 biji Bunga cengkih
2@3 sudu besar Minyak sapi
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit (hujung sudu)
Garam dan serbuk perasa (agak-agak)
Cara Membuat:
1. Rendamkan beras basmati selama 30-45 minit dan toskan.
P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air atau ( air rebusan daging).
2.Tumiskan bahan-bahan nih sehingga Naik bau..haaa..Yang warna putih Tu saya letak minyak kambing (rebusan air kambing.memgeluarkan minyaknya)lemak beku Tu la…(macam minyak sapi Tu).
3.Masukkan ,kayu Manis,buah pelaga,Bunga cengkih,Bunga lawang,bawang putih,bawang merah,serai,halia.Tumis sehingga keperangan dan masukkan kunyit 1 sudu kecil.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau dan biarkan seketika.
5. Masukkan pula susu cair dan kacau sebati.
6. Masukkan air 5 pot beras= 5 kali x 1¼ cawan air atau ( air rebusan daging).
7.Lubangkan 4 tempat dan masukkan.pewarna kuning telur..tunggu 10 minit, gemburkan nasi dengan garpu agar nasinya tidak hancur.
*Siap. Taburkan bawang goreng,daun ketumbar dan kismis (jika suka).
2.Daging Masak Hitam
Bahan-Bahan:
1 kg daging (direbus sehingga empuk)
4@5 sudu besar Kacang peas dalam tin (jika suka)
Kismis
1 kotak @ 4 sudu besar kismis
½ botol kecil kicap Manis (saya guna cap kipas udang)
1 batang serai dikatok
2 batang Daun kari
1 sudu besar air asam jawa
2 biji bawang besar dihiris halus
2 sudu besar Serbuk Kari daging
1 sudu besar serbuk sup
1 batang kayu Manis,1 biji buah pelaga,1biji Bunga lawang,2 biji Bunga cengkih
3 sudu besar Gula pasir@gula Melaka
Garam Dan serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis
4 senduk Air rebusan daging
Bahan Kisar:
5 batang batang serai
10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
Halia sebesar ibu jari
20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar
4 biji buah keras
10 biji bawang putih
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, serai,bawang yang dihiris, bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih,kayu manis, masak sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.
2.Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
3.Apabila sudah pecah minyak,masukkan serbuk kari dan serbuk sup.(masak seketika).
4.Masukkan air asam jawa 1 sudu besar.
5.Masukkan kicap Manis, air rebusan daging dan masukkan sekali daging yang telah direbus.
6.Masukkan kismis,kacang peas dan biarkan agak sedikit kering.Kalau suka berkuah pun tak pe)
7.Perasakan dengan gula melaka,gula putih,garam dan serbuk perasa. Siap dihidang.
*Kuah masak hitam NIH saya selalu masak sehari sebelum nak makan. Esok tu saya panaskan semula. Rasa kuah hitam ni melekat sampai dalam daging dan tulang.
*Air rebusan daging kambing atau lembu jangan dibuang, buat untuk masak nasi minyak bertambah sedap nasi minyak nanti. Tak pun boleh simpan untuk buat sup.
Acar Timun Bertumis
Bahan-Bahan:
1 biji Timun (dipotong panjang)
1 biji Lobak merah (dipotong panjang)
15 biji Bawang kecil
15 biji Bawang putih
2 cm Halia dihiris halus-halus
1 sudu besar Biji sawi
3 sudu besar Cili kisar
1 sudu besar Rempah Kari ikan
1 sudu besar Gula melaka
1 sudu besar Gula putih
2 sudu besar Kismis
2 sudu besar cuka
Garam
Serbuk perasa
1 batang Daun kari
3 sudu besar Minyak masak
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak masak, masukkan biji sawi dan daun kari.
2.Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
3.Masukkan serbuk kari dan masak seketika.
4.Masukkan,halia,bawang kecil dan bawang putih,masak sehingga lembut(API perlahan).
5.Apabila sudah lembut,masukkan cuka,garam,gula melaka,gula putih,serbuk perasa dan kismis.
6.Masukkan lobak merah dan timun, masak lembut sehingga masak.
*Acar Timun Bertumis ini juga sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam,ayam masak tomato,ayam masak merah,Kari ayam,Kari daging,masak kurma ayam,daging,kambing,atau telur atau ikut yang disukai.
Baca Lagi Di Sini:
Resipi Sambal Nasi Kerabu Sedap Dan Tahan Lama, Rupanya Inilah Rahsia Penjual
MW:Menarik juga resipi lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis SEDAP ni. Sesekali tukar selera keluarga dan sesuai buat untuk hari-hari yang istimewa.
Sumber: Nurul Ateekah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI