Sos Perapan Sedap, Buat Guna 3 Bahan, Mudah Sahaja!

Share

Mudah sangat buat sos perapan ini. Hanya guna 3 bahan sahaja. Kalau ada yang suka bolehlah cuba buat untuk perap ayam atau daging. Nak perap sosej pun boleh juga.

Cuma sebelum bakar atau panggang itu, perap dahulu ayam atau daging itu agak lama bagi memastikan sos itu sebati. Bila bakar atau panggang pastilah sedap hasilnya.

Boleh Cuba Buat Resipi Sos Perap Perkongsian Saleha Maarof Ini.

3 Bahan Mudah Buat Sos Perap

“Welcome back dunia masak-memasak mamasal. Hehe. Rasa sendu pulak fb dah lama mamasal tak share resipi dan tip mudah memasak ni kan.


Hari ni mamasal nak bagi resipi atau cara buat sos perap yang mudah, simple, bajet dan yummy. Kalau nak ubah buat untuk ayam, sosej ke pun boleh tau. Takda masalah langsung. Sama je cara dia.
Resipi ni mamasal guna lamb slice.”

Bahan bahan

Serbuk cili
Sos black pepper (yang paket)
Madu
Tu sahaja. Mudah kan. Siapa kata susah nak buatnya heheee.

Baca Sini Juga:
Tauhu Berlauk Ayam Tambah Udang, Sedap Makan Panas, Boleh Frozen Kalau Nak
Resipi Asam Pedas Ayam Berempah, Lengkap Cara Buat, Senang Nak Masak!

Cara Nak Buatnya

1. Campurkan sahaja 3 bahan di atas. Sukatan dia mamasal main letak saja.
2. Cuma sos blackpepper kena lebih. Habiskan sepaket pun takpa. Jika nak pedas lebihkan serbuk cili.
3. Then gaulkan lamb slice, atau potongan ayam kalau nak buat ayam.
4. Rasa dulu. Ada pedas, manis madu kira ok dah. Adjust rasa ikut tekak memasing. Dalam gambar ni memang buat pedas dan lebihkan sos blackpaper nanti sos perap tu masa bakar tak kering.
5. Perap 5 hingga 6 jam baru bakar. Ni mamasal perap tengahari, malam baru bakar. Baru dia ummphh gituhh.
6. Masa bakar ni pakai kuali lebar je. Letak minyak supaya isi tak kering. Then boleh letak sos perap masa nak pusing-pusing isi supaya lebih sedap.

“Itu sahaja cara buat sos perap. Nak makan kat luar tak baloi pulak rasa. Lagi sedap buat sendiri. Tapi sesekali rasa malas nak makan luar takda masalah.
Dah tau boleh cuba. Dah cuba nanti bagitau hasil tau hehee. So musim PKPB ni sesuai untuk kita luang masa berBBQ dengan family kita. Pun dah seronok tau.


Ha mudah tak. Nak resipi mudah yang lain jangan lupa see first mama sal yee. Kita tunggu next resipi ummphh pulak. Oyehhh.”

MW: Siapa yang suka buat ayam atau daging panggang, bolehlah cuba buat ye. Selamat mencuba.

Sumber: Saleha Maarof

Follow Mingguan Wanita
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
julie roshana Shafee