
Isi Kandungan
ToggleBagi yang suka buat bakeri, mesti tertanya-tanya, apa beza antara sos butterscoth dengan sos karamel. Warnanya dan kepekatannya seakan sama. Kadang-kadang, kita sendiri boleh keliru dan merasakan ia dari bahan yang sama. Bezanya hanya sebutan sahaja.
Bukan begitu, nama pun dah tak sama, sudah tentu cara membuatnya pun tak sama. Beza untuk membuat kedua sos ini pun tidak sama.
Mungkin ada sesetengah mak-mak yang suka buat resipi bakeri kena tahu untuk membezakan antara sos butterscoth dengan karamel. Paling penting, info yang diberikan oleh Qui Ieja ini boleh memberi manfaat kepada semua.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Bahulu Guna 3 Bahan, Mudah Tapi Kena Tahu Caranya Baru Jadi!
Info Lebih Menarik DI SINI
Sos Butterscoth Dengan Sos Karamel Sama Tak Serupa
“Bagi yang belum tahu, ada ilmu yang ingin dikongsikan antara dua sos ini.
Kedua-duanya nampak macam sama tapi tak serupa. Nak tahu apa bezanya…
Sos Karamel
Ia menggunakan gula putih. Gula putih di-caramelized dulu, barulah masukkan butter dan whipping cream.

Sos Butterscoth
Ia menggunakan gula perang. Mentega dicaikan terlebih dahulu dan barulah dimasukkan gula perang. Tapi, ia tak perlu sampai caramelized. Kemudian, barulah masukkan whipping cream.
Kalau tengok kedua gambar ini, sos butterscoth warnanya lebih cerah sedikit berbanding sos karamel.
Petua Asli
Satu lagi, petua untuk pastikan kedua-dua sos ini asli adalah dengan tidak mencampurkan tepung dalam resipi membuatnya. Kepekatannya memang dihasilkan daripada whipping cream sahaja.
Moga bermanfaat.

#qiukitchen
MW: Nanti rasa beza keasliannya dengan tidak mencampurkan dengan tepung.
Sumber: Qui Eja
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lama Tak Makan LEPAT LIAT Inti Nyok, Isteri Buat Hilang Teringin” Ini Resipinya!

Isi Kandungan
Toggle“Lama Tak Makan LEPAT LIAT Inti Nyok, Isteri Buat Hilang Teringin” Ini Resipinya! Kuih-kuih lama seperti Lepat Liat ni payah nak jumpa jual di kedai mahupun tepi jalan. Bila teringin nak makan tu memang kena buat sendiri. Rupanya nak buat lepat ni mudah je.Bahan-bahan pun tak banyak. Boleh buat minum petang untuk keluarga.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Ariff Budiman Zainal Abidin ini.
Saya bergurau dengan isteri kata lama tak makan lepat liat inti nyok. Terus isteri suruh beli nyok putih dan ambil daun pisang. Alhamdulillah hilang teringin.
Bahan-Bahan:
500 gm tepung pulut
200 gm gula merah
100 gm gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan
1 biji kelapa putih
Sedikit garam
Minyak lumur daun Pisang
Cara Membuat:
1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur.(Tapis)
2. Masuk air gula panas-panas dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati ( guna senduk).
3. Kelapa putih gaul dengan sedikit garam.
4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper. Letak kelapa putih atas adunan.
5.Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.
Boleh dapat dalam 25-30 bungkus.

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Mesti Baca:Resipi Kuih LEPAT UBI Kenyal-Kenyal, Kukus Selama 25 Minit Dah Boleh Makan!
Baca Lagi Di Sini:Tak Payah Cari Daun Pisang, Bungkus Lepat Jagung Guna Kulitnya Lagi Sedap Wangi!
Artikel Menarik:Bingka Ubi Kayu SEDAP, Separuh Masak Sapu ‘Butter’ Bakar Sampai Garing!
Mingguan Wanita:Menarik juga kuih Lepat Liat ni. Mudah nak buat, bahan-bahan tak banyak dan sedap sungguh. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Sumber:Ariff Budiman Zainal Abidin
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Masak Sambal Tak Merecik, Syaratnya Guna Api Perlahan

Isi Kandungan
ToggleSetiap kali masak sambal nasi lemak, mak-mak akan berdepan keadaan sambal merecik di sekitar dapur. Kalau tak banyak pun, tetap ada. Ada cara macam mana nak bagi masak sambal tak merecik ke dinding.
Peniaga ini, Laelatul Amaroh berkongsi petua. Katanya sepanjang berniaga nasi lemak tak pernah lagi dia masak sambal merecik dan dia ada petuanya.
Petua Masak Sambal Tak Merecik
“Baru je siap buat sambal nasi lemak, 6 tahun sudah jadi si penjual nasi lemak. Tak pernah buat sambal besepah mercik penuh dapur.
Cara saya, masak sambal dengan api perlahan & tutup kuali dalam anggaran masa 3 jam, siaplah sambal tu.”
Ini Cara Masak Sambal Nasi Lemak
- Basuh cili dan rebus, gunting-gunting tapiskan biji.
- Blend cili dengan sedikit air, minyak dan bawang besar.
- Belacan dan udang geragau, daun pandan.
- Minyak untuk menumis secukupnya.
- Potong-potong bawang besar, bawang putih,tumis sampai layu, masukkan belacan dan udang geragau, daun pandan. Tumis lagi sampai wangi barulah masukkan cili.
- Masak dengan api perlahan (kacau selalu)
- Tunggu sehingga pecah minyak, barulah masukkan gula, garam, air asam jawa dan Aji.
- Masak sehingga sambal jadi merah kehitaman, sebatikan rasa dan tutup api.
Tips : Masa yang diambil untuk masak sambal. Jika kuantiti sambal yang banyak anggaran dalam 3 jam. Jika sikit, untuk makan sendiri tunggu sampai sambal pecah minyak saja.
Mingguan Wanita : Begitu caranya, harap yang selalu masak sambal merecik ke dinding dapur bolehlah cuba tip yang diberikan ini.

Macam min, kalau nak bagi tak merecik ke dinding, min gunakan splatter screen. Gajet dapur ini pun membantu elak sambal terpercik ke dinding.

Baca sini : Resepi sambal hitam ekspress cuma 4 bahan, masak dalam periuk tekanan jimat masa.
Sumber/Foto : Laelatul Amaroh
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Istimewanya Resipi Puding Raja Tok Mak, Pernah Jadi Hidangan Santapan Buat YDPA dan RPA

Isi Kandungan
ToggleBersua wajah dengan personaliti yang memenuhi ruangan Gaya Hidup VIP, Datin Fadzilah Mat Idin, 59, atau lebih selesa dengan panggilan Tok Mak, baru-baru ini, terserlah sifat keibuan. Malah penulis juga rasa turut bertuah kerana ibu kepada tiga orang anak yang menetap di Pahang ini sanggup turun ke ibu kota bagi merealisasikan kehendak penulis memuatkan kisahnya di dalam MW.
Suaminya yang juga Pegawai Khas kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatudin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah, Dato’ Hj Jamaluddin Hj Ahmad, 68, juga tidak keberatan merestui pertemuan bagi sesi temubual ini.
Wanita yang bergelar suri rumah, aktif berniaga secara online dan guru personal kelas masakan ini sebenarnya sangat dikenali di laman sosial Facebook. Sebut saja menu popular air tangannya, Puding Raja Tok Mak pasti membuatkan ramai yang terliur dengan keenakan pencuci mulut istimewa ini.

Puding Raja Tok Mak Istimewa
Malah Puding Raja Tok Mak juga pernah menjadi hidangan buat santapan YDA dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Memandangkan suami bekerja di Istana Pahang lebih 40 tahun jadi Tok Mak pun sudah tinggal di kawasan Pekan selama itu. Walaupun Tok Mak ni orang Pahang (asal Kuala Lipis) sewaktu baru-baru berkahwin dengan suami, di kampung Tok Mak tak ada Puding Raja.
“Puding raja ini sangat istimewa kerana merupakan salah satu sajian istimewa yang terdapat di Pekan. Pada awalnya Tok Mak tak pernah terfikir dari telur kuning boleh menjadi jala emas. Jika singgah di Pekan, wajib merasai makanan ini kerana tidak terdapat di tempat lain. Kiranya dulu pencuci mulut ini hanya dihidangkan di istana saja dan kini ramai yang sudah komersialkan. Namun Tok Mak bersyukur kerana mendapat resipi istimewa Puding Raja ini daripada Dato Hanizah Dato Sri Ghazali yang juga Pengurus Icah Catering. Beliau merupakan guru yang mengajar Tok Mak buat Puding Raja. Tok Mak sangat berterima kasih kepada beliau. Malah beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyediakan santapan di raja Pahang dalam majlis-majlis rasmi dan personal,” ungkap Tok Mak.
Paling menggembirakan hati Tok Mak, Raja Permaisuri Agong juga pernah mencemar duli berkunjung ke kediamannya.
“Suami Tok Mak sudah bekerja dengan istana Pahang lebih 40 tahun jadi hubungan kami agak rapat dengan keluarga diraja. Raja Permaisuri Agong juga pernah mencemar duli ke rumah kami. Sambil menikmati hidangan Puding Raja yang Tok Mak masak, Raja Permaisuri Agong juga memberikan tips. Tok Mak juga sangat kagumi Raja Permaisuri Agong dan menjadikan bukunya, Air Tangan Tengku Puan Pahang-Masakan Tradisional Pahang sebagai panduan dalam masakan,” terang Tok Mak yang beruntung kerana sering mendapat tips masakan dari tukang masak istana.

8 Tahun Kongsi Resipi Di Facebook
Dek kerana ilmu masakan yang ada, sejak lapan tahun lalu, Tok Mak sudah berkongsi resipi masakan di FB miliknya. Pada awal hobi melayari laman sosial hanya sekadar mengisi masa lapang dan berhubungan lebih rapat dengan anak ketiganya yang melanjutkan pelajaran di Australia namun Tok Mak tidak menyangka penulisannya menjadi ikutan ramai rakan Facebook.
“Tok Mak tak sangka ramai yang menghargai perkongsian resipi masakan Tok Mak di Facebook. Bila Tok Mak ada masa lapang, akan kongsi resipi, gaya hidup Tok Mak yang ala kampung dan berkongsi cara mendeko meja makan. Paling tak disangkakan rakan yang ramai memberi maklum balas terdiri dari golongan ibu muda. Malah Tok Mak juga melayan rakan-rakan di Facebook seperti keluarga sendiri. Dimana Tok Mak menyantuni mereka dan beramah mesra dengan semua orang,” ungkap Tok Mak yang turut menurunkan ilmu masakan kepada anak keduanya Nurhafiza. Selain Puding Raja Tok Mak juga menghasilkan sendiri Rempah Soto dan produk tersebut ternyata mendapat sambutan.
Kongsi Resipi Puding Raja Istimewa
Bahan-Bahan:
1.Pisang lemak manis masak ranum
2.Minyak yg banyak untuk mengoreng
3.Sedikit minyak sapi campur dalam minyak
Bahan-Bahan Jalamas:
- Kuning Telur
- Gula
- Air
- Daun Pandan
Bahan-Bahan Sos:
- 2 tin susu cair
- 4 biji kuning telur
- Gula secukup nya
- Air secukupnya
- Esen vanilla secukup nya
- Daun pandan
Cara Memasak:
- Goreng pisang hingga masak. (susun dlm mangkuk hiasan)
Bahan-Bahan Jalamas
- Didihkan air gula dan pandan hingga air gula menjadi pekat.
- Letak kuning telur dalam acuan roti jala dn ayak dlm air gula tadi.
Angkat dan toskan
Cara Memasak Sos:
1. Masukan susu cair dqn semua bahan sos dalam periuk dan masak atas api perlahan.
2. Sejukan. Kemudian hiaskan dengan buah ceri, prune atau gajus.
Suami tercinta.

Anggap Anak-Anak Sebagai Sahabat
Selepas mendirikan rumahtangga, Tok Mak bergelar suri rumah sepenuh masa. Jadual kerja suaminya amat padat, disebabkan oleh itu Tok Mak memberi segala perhatian dan mementingkan pendidikan anak-anak.
“Tok Mak lakukan yang terbaik untuk memberi didikan kepada anak-anak. Tok Mak melahirkan anak ketiga pada usia 25 tahun. Sebagai seorang ibu dalam baik ada garangnya. Tok Mak berusaha lebih iaitu 200 peratus untuk ketiga-tiga anak bijak dalam pelajaran. Tok Mak juga rajin hantar tuisyen, bila anak-anak masuk asrama Tok Mak tak pernah lalai menjenguk mereka.
“Tok Mak juga berkenalan dengan semua tenaga pengajar anak-anak. Tak pernah putus memberikan anak-anak didikan yang terbaik. Malah Tok Mak anggap anak-anak sebagai sahabat. Syukur alhamdulillah ketiga-tiga anak berjaya, yang sulung Nurlina bertugas di luar negara, yang kedua Nurhafiza sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengurus di sebuah bank di Kuala Lumpur manakala anak yang ketiga Ahmad Jaffri kini merupakan Atlet Paralimpik Negara bagi Sukan Memanah. Anak lelaki Tok Mak sebelum ini normal, namun selepas mengalami kemalangan jalan raya sembilan tahun lalu dia lumpuh dan pernah melanjutkan pelajaran di Australia dalam jurusan Sains Sukan.
“Pada Tok Mak dalam mendidik anak-anak biarlah secara sederhana, walau banyak duit tapi kita makan apa saja yang ada. Selain itu Tok Mak juga tak nak anak-anak besar diri. Tok Mak juga kenal dengan semua rakan-akan anak namun Tok Mak tetap menghormati privasi anak-anak. Tok Mak juga anggap anak sebagai sahabat kalau marah biar mereka dengan secara santai,” sambung Tok Mak yang turut berbangga bergelar seorang ibu.
Jangan Cepat Sombong
Tatkala menyentuh tentang pesanan arwah ibunya yang paling diingati, suara Tok Mak bergetar dan dia kelihatan begitu sebak tatkala melontarkan kata-kata.
“Paling saya tak boleh lupa, arwah ibu suruh sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Jangan cepat berasa sombong, tak rugi jika kita mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua orang. Tok Mak juga pupukkan perkara yang sama pada jiwa anak-anak. Tok Mak sendiri akui ramai kenalan di Facebook yang Tok Mak tak pernah jumpa. Dalam ramai kawan-kawan ada yang bukan calang-calang orang. Pada Tok Mak siapa pun kawan kita itu berbuat baiklah dengan mereka.
“Memandangkan Tok Mak berkahwin dengan lelaki yang lebih tua sembilan tahun dari Tok Mak. Ternyata banyak yang Tok Mak belajar dari Dato’ dan lebih mematangkan fikiran kita. Dato’ orangnya tidak suka makan di luar, jadi selepas berkahwin Tok Mak belajar memasak dan Dato’ juga banyak memberi pandangan dan idea untuk Tok Mak perluaskan ilmu memasak. Suami juga seorang yang sangat cool dan tidak banyak karenah. Antara menu yang menjadi kesukaan Dato’, Ikan Masak Taucu, Stew Ayam, Puding Raja dan Sago Gula Melaka,” luah Tok Mak.
Agak jarang bercuti ke luar negara namun Tok Mak dan suami akan pastikan akan curi masa untuk menghabiskan cuti bersama-sama.
“Memandangkan Dato’ sangat sibuk, jadi kami memang jarang bercuti apatah lagi ke luar negara. Sekali sekala kami akan ke Hong Kong menjenguk anak sulung kami yang bekerja di sana. Jarang sekali melancong, tetapi Tok Mak tak boleh lupakan pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga. Momen itu sangat berharga dalam hidup Tok Mak,” akhiri Tok Mak.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI