‘Songlap duit, kemudian menikah lain.’ Isteri ini menyesal 8 tahun tanggung biawak hidup. Tentu pedih hati isteri ini bila suami yang diharapkan setia hingga ke hujung nyawa berlaku curang.
Apatah lagi selama ini dia banyak menyokong suaminya untuk mengembangkan bisnes dengan memberi modal, namun akhirnya tuba yang dibalas.
Kisah ini dikongsikan oleh pengguna Tik Tok, fanibeautygallery dan telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata pengikutnya turut bersimpati dengan nasib yang dialaminya.
@fanibeautygallery Diceraikan , dengan duit semua habis . bisnis lingkup #fyp ♬ bunyi asal – kanai04
Bayangkan suaminya bukan saja songlap duit simpanannya malah turut berkahwin lain dan akhir sekali menjandakan dia. Segala pengorbanan isteri langsung tak bererti di mata suami.
Perniagaan entah ke mana dan tergamak suaminya membiarkan isteri terkontang kanting memulakan hidup baru setelah kecundang dalam perniagaan tak menjadi.
Bila Dapat Tahu Suami Curang, Jangan Salahkan Diri Sendiri Hadapinya Dengan 5 Perkara Ini!
Isteri Boleh Sabar Bila Suami Kutuk Dirinya Tapi Jangan Tuduh CURANG, Sukar Dimaafkan!
Suami Curang Sebab Pilihan Sendiri, Jangan Aniaya Pasangan, Isteri Boleh Mohon FASAKH
Sepatutnya seorang suami menjadi tempat isteri bergantung hidup, tapi ada segelintir lelaki sanggup membiarkan isteri memerah keringat mencari pendapatan untuk keluarga.
Lebih menyakitkan hati, bila dia memilih untuk curang dan berkahwin lain tanpa rasa bersalah. Selepas diceraikan, Fani dan tiga anaknya ditinggalkan begitu saja, dialah yang perlu segala masalah yang timbul termasuklah mengemas kedai sewa.
Ternyata ramai yang bersimpati dengan nasib Fani dan mendoakan ibu tunggal ini terus kuat menghadapi dugaan mendatang. Walaupun tak mudah, Fani perlu reda dan terus tabah menjalani ujian ini demi anak-anak.
Menurut Fani, dia bukan mengutuk perbuatan suaminya sebaliknya berkongsi kisahnya agar wanita di luar lebih berjaga-jaga dengan lelaki spesis biawak hidup.
Dia sama sekali tidak mahu apa yang berlaku pada dirinya terjadi kepada orang lain. Walaupun pahit, hidup tetap perlu diteruskan.
@fanibeautygallery Replying to @sabrerodo #fyp ♬ original sound – FANI
Mingguan Wanita : Dalam hidup ini bermacam cara Allah menguji manusia, begitu juga dengan Fani. Jangan dihina ibu tunggal kerana mereka tidak pernah memilih untuk menjanda dan perlu membesarkan anak tanpa kehadiran seorang isteri.
Sumber : TikTok fanibeautygallery
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita