Bulan Ramadan menuntut kesederhanaan dalam segala perkara termasuklah dalam kecantikan diri. Lumrah wanita sukakan kecantikan, tetap nak nampak cantik selalu secara semulajdi walaupun tak pakai mekap. Sebenarnya tiada salahnya pun nak bercantik-cantik walaupun dalam keadaan sekarang kebanyakan masa kita lebih banyak berada di dalam rumah sendiri. Paling penting bersederhana dan tak berlebihan.

Asas utama nak wajah nampak cantik berseri secara semulajadi bermula dari rutin penjagaan wajah yang betul bagi menjaga kelembapan dan mengekalkan kesegaran kulit. Barulah kulit jadi lebih sihat, segar, lembab, bebas cela mahupun bintik hitam.

Selain itu, ‘prep’ kulit wajah juga memainkan peranan penting sebelum pakai make up. Kena pastikan kulit wajah kita ‘bersedia’ terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang solekan.Bila kulit wajah sihat dan lembap, sapuan solekan akan jadi lebih mudah, cantik sekata, menyerlah berseri dan tahan lebih lama.

Solekan Cantik Tahan Lama, PENTING ‘Prep’ Kulit Wajah Dahulu Sebelum Pakai Make Up!

Cara ‘Prep’ Kulit Wajah Sebelum Bersolek:

Cara yang lebih mudah dan hasilnya lebih berkesan untuk pastikan kulit wajah kita benar-benar bersedia sebelum sapuan sebarang mekap dengan menggunakan Hada Labo Premium Whitening Lotion.

Hada Labo Premium Whitening Lotion

Perlu tahu sebenarnya menggunakan losyen berbanding toner selepas mencuci muka dan sebelum memakai krim pelembap merupakan trend terkini dalam rutin penjagaan wajah. Hada Labo merupakan jenama produk penjagaan kulit dari Jepun. Produk losyennya diakui sangat terbaik dan mencapai kedudukan no 1 selama 13 tahun.

IKLAN

Solekan Cantik Tahan Lama, PENTING ‘Prep’ Kulit Wajah Dahulu Sebelum Pakai Make Up!

Langkah Mudah Menggunakan Losyen:

Langkah Pertama:
Tuang losyen Hada Labo secukupnya pada tapak tangan.

Langkah Kedua:
Sapu losyen pada seluruh kulit wajah menggunakan tangan.

Langkah Ketiga:
Teruskan langkah kedua sehingga losyen menyerap sepenuhnya pada kulit wajah. Kesannya kulit akan menjadi lebih lembut, halus dan licin. Losyen juga boleh disapu pada leher, mahupun pada bahagian kulit kering yang lain seperti siku, lutut dan tapak kaki.

IKLAN

Solekan Cantik Tahan Lama, PENTING ‘Prep’ Kulit Wajah Dahulu Sebelum Pakai Make Up!

Keistimewaan Hada Labo Premium Whitening Lotion

Rutin ini dapat meningkatkan penyerapan, mengekalkan kelembapan dan mengecilkan pori wajah.Ia membuatkan kulit muka jadi halus mulus, licin dan solekan tahan lebih lama.Bahkan boleh membantu untuk mengekalkan kelembapan dan mencerahkan kulit wajah agar lebih berseri secara semula jadi walaupun tanpa mekap.

Bukan itu sahaja, Hada Labo Premium Whitening Lotion denganTranexamic Acid dan Hyaluronic Acid juga dapat menembusi secara mendalam, membantu mencegah bintik hitam dan menyerap lebih hidrasi untuk lebih berseri dan kulit lebih lembab.

IKLAN

Hyaluronic Acid berkuasa membawa lebih 600 kali air meresap ke dalam kulit dan memperbaiki tekstur kulit. Kandungan Hyaluronic Acid dengan saiz molekul yang berbeza mampu menembusi secara mendalam setiap lapisan kulit.

Jadi buat wanita yang ingin mendapatkan kulit wajah cantik berseri secara semula jadi, PENTING ‘Prep’ kulit wajah dahulu dengan Hada Labo Premium Whitening Lotion ini.

Solekan Cantik Tahan Lama, PENTING ‘Prep’ Kulit Wajah Dahulu Sebelum Pakai Make Up!

Untuk maklumat lanjut layari;
Website: Hada Labo Malaysia
Facebook: MY Hada Labo
Instagram: hadalabomalaysia

https://www.youtube.com/watch?v=6gw0p-LQY1Q

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI