Tentunya suasana pandemik Covid-19 ini cukup menguji hati sesiapa sahaja. Kebiasaan tak lagi jadi biasa, anak-anak tak lagi bebas mengunjungi masjid seperti sebelumnya. Orang dewasa nak masuk masjid untuk solat Jumaat pun perlu menggunakan kupon. Itulah peraturan yang mahu atau tidak, terpaksa kita akur.
Ayah ini, Ustaz Hatta Azad Khan Madani berkongsi pengalaman membawa empat orang anak-anak lelakinya berjalan di Alamanda, Putrajaya. Bila tiba waktu solat, mahu bawa anak-anak masuk masjid. Sayangnya peraturan tetap peraturan.
Namun, kewajipan pada Yang Esa tak sesekali dilupakan. Walau di ruang laman terbuka, mereka anak-beranak tetap tunaikan solat berjemaah.
Kongsinya,
Semalam (ketika catatan ini dimuatnaik pada 13 September 2020) ke Alamanda Putrajaya, bawak hero 4 orang ni sekali jalan jalan..
Kemudian gerak ke Masjid Besi Putrajaya nak solat Asar.. Tak tahu pulak kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk walaupun pakai mask,bawak sejadah.
Tak mengapa, dengan berhemah ostad minta security nak masuk toilet je sebab hero 4 orang ni nak buang air.. Alhamdulillah dapat gi toilet, tunaikan hajat dan berwuduk. Kami dirikan solat dekat luar je pun ok tak da orang halau.
Cuma ostad terpaku nak jawab bila hero hero ni tanya, kenapa shoping mall boleh masuk? masjid tak boleh?
Jeng..kita selalu ajar anak anak kita masjid tempat turun RAHMAT tempat paling Allah cinta.. Mall, shoping complex, pasar tempat Allah paling benci..
*solat yang paling khusyuk, adalah ketika tak dibenarkan masuk Masjid
Baca sini : Pesakit tahfiz Covid-19, tetap solat berjemaah dalam jarak 1 meter
MW : Semoga cepatlah Covid-19 menjauh pergi dari bumi Malaysia ini. Dan Allah kembalikan nikmat beribadat dengan tenang dan nyaman kepada umat Islam.
Sumber/Foto : Hatta Azad Khan Madani