Sokongan Warga Maya Beli Tiara Candy, KEUNTUNGANNYA Achey Sumbang Van Jenazah Percuma. Tahniah buat Achey Bocey kerana telah menyumbangkan keuntungan penjualan perniagaan candy puterinya dengan membeli sebuah van jenazah.
Seperti yang dikongsi di sosial media, Achey menyumbangkan van jenazah tersebut untuk membantu waris yang kurang berkemampuan.
Sokongan Warga Maya Beli Tiara Candy
Dek kerana berkat rezeki daripada jualan gula-gula anaknya, Tiara Candy, Achey telah membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menjadikan ia van jenazah untuk kegunaan secara percuma bagi pihak yang memerlukan.
Achey turut menyatakan adalah pencapaian jualan perniagaan puterinya hasil sokongan daripada warga maya yang membeli.
“INI ADALAH ACHIEVEMENT ANAK BERNAMA NUR TIARA ZINNIRAH DAN ANDA YANG MENYOKONG TIARA CANDY.
“Semoga semua dapat merasa hasilnya,” kongsi pelakon dan pelawak Achey.
Ads
“Doakan Kami Dapat Sediakan Van Jenazah Untuk Kawasan-Kawasan Memerlukan”
Pada masa yang sama Achey telah berkongsi sebuah video memaparkan kenderaan berupa KIA Carnival berwarna hitam yang tertera ‘Van Jenazah’ dan ayat-ayat suci al-Quran.
“Walaupun kenderaan terpakai, kami percaya ia membantu.
“Peti jenazah belum siap, jadi belum beroperasi lagi. Insya-ALLAH kami cuba secepat mungkin.
“Untuk cover perjalanan yang dekat, insya-ALLAH. Doakan kami dapat sediakan van jenazah lagi untuk kawasan-kawasan yang memerlukan,” luah Achey.
Ads
Selain perkhidmatan mengambil dan menghantar jenazah tanpa sebarang bayaran kepada golongan kurang berkemampuan, pihaknya juga menyediakan set kain kafan percuma.
Mingguan Wanita: Terbaiklah Achey! Memang bagus ajar anak-anak bersedekah sejak kecil!
Memang ada benarnya, trending video ‘pengantin malu-malu’ semakin galak menjadi ikutan. Ia sebenarnya mampu menggores maruah seorang wanita muslimah itu sendiri. Jika tak selesa, ada baiknya tangguhkan acara tersebut jadikanlah ia sesi tertutup. Bukan apa dengan rasa ‘malu-malu’ tersebut dipertontonkan sebenarnya ia boleh menjadi sesi nakal dan usikan lucah pula nanti.
Hadamkan perkongsian daripada Puan Sharifah Zahidahini sebagai pesanan dan peringatan buat semua.
Saya rasa, macam semakin trending pula video ‘pengantin malu-malu’ untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian diviralkan dengan caption yang menunjukkan ‘betapa muslimah’ dan ‘betapa sucinya’ pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini. Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang.
Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk lintuk badannya ke kiri dan ke kanan. Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit-sentuh sikit-tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi, lepas tu main cuit tarik cuit tarik – sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah.
Sweet dan comel katanya bila malu-malu pada sentuhan pertama.
Sesi Nakal & Usikan Lucah
Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan lucah dan memalukan dari penonton dan memakan masa lebih lama, lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang.
Saya teringat Syeikh saya di Syria dulu pernah berpesan,
“Real muslimah when they feel shy, it shows on their faces and not their inappropriate action. But people know. And people respect them out of knowing that. Just like the story of Musa with daughters of Nabi Syuib alaihissalam…”
Pesanan akhir beliau,
“…. If you really feel shy, you wont giggle out of your shyness. Shyness is an act that uplift a woman. Giggling out of shyness (gedik) just makes women a target for bad and unappropriate jokes..”
Bahan Gelak & Usikan Ramai
Ya, begitulah. Wanita muslimah yang benar-benar malu untuk acara sarung cincin, takkan tergedik tunjuk malu dan membiar diri menjadi bahan gelak dan usikan ramai orang.
Yang betul-betul malu, akan kaku (tetapi tetap matang dan mampu memberi kerjasama) lantas menyegerakan proses sehingga tak mengundang apa-apa usikan dan imaginasi liar terhadap mempelai.
Tangguhkan Acara Atau Sesi Tertutup
Kita ibu yang ada anak perempuan ni, nasihatkan anak-anak gadis kita yang bakal berumahtangga kelak. Jika benar-benar malu dan tak selesa, tangguhkan acara dan jadikan ianya sesi tertutup saja. Simple. Bukan meneruskan acara buat tatapan umum sehingga jadi satu sesi usikan yang menggores maruah wanita. Saya yang lihat, terasa jauh lagi malu.
Percayalah, tak sweet pun begitu.Wanita yang high class adalah wanita yang setiap gerak gerinya terpandu dan membuatkan dia mendapat lebih banyak penghormatan dari orang. Bukan jadi bahan usikan-usikan galak orang sekeliling.
Saya sayang kalian, adik-adik muda yang bakal berumahtangga. Kerana itu saya menulis. Supaya trend ini tak semakin galak dan kian diviralkan. Simpan malu-malu kalian di depan suami dalam saat peribadi kalian. Biar kalian saja yang menikmati saat-saat malu itu. Jangan pertontonkan kepada kami secara percuma. Ianya menggores kemuliaan kalian.
Allahualam.
Sharifah Zahidah
21 Mac 2022
#sebelumasenja
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, simpanlah rasa malu di depan suami saat peribadi. Sesungguhnya ia menggores maruah wanita. Jika tidak selesa sebaiknya tangguhkan acara atau lakukan sesi tertutup dan tak perlu dipertontonkan depan orang ramai.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Mak Zayn Rayyan dituduh atau lepas? Dilihat tinggalkan Kompleks Mahkamah. Hari ini seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti kes bunuh adik Zayyan tertunggu-tunggu apakah tahanan reman ke atas ibu bapanya dituduh atau dibebaskan?.
Namun sebentar tadi dilihat, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abdul Manaf yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini.
Mak Zayn Rayyan Dituduh Atau Lepas?
Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 29 tahun berkenaan dikawal ketat polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk kenderaan agensi penguatkuasaan itu pada jam 12.50 tengah hari.
Difahamkan, ibu kanak-kanak itu tiba jam 10.30 pagi sebelum dibawa masuk mahkamah manakala beberapa individu dipercayai ahli keluarga kanak-kanak itu dilihat masuk lobi mahkamah jam 10.55 pagi.
Dilihat Tinggalkan Kompleks Mahkamah
Puluhan pengamal media yang hadir tidak dibenarkan mengikuti prosiding, sebaliknya hanya boleh membuat liputan perkembangan kes terbabit di lobi mahkamah.
Terdahulu, peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat dilihat tiba di mahkamah masing-masing pada jam 11.15 pagi dan 11.20 pagi.
Turut kelihatan berada di mahkamah adalah ahli keluarga kepada bapa kanak-kanak malang itu.
Sebelum ini, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pasangan itu direman enam hari sehingga esok.
Pasangan suami isteri itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.
Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Setiap pesakit Covid-19 mempunyai cerita tersendiri sepanjang diwadkan di hospital. Pelakon Ashraf Muslim juga tak terkecuali. Terasing di dalam wad isolasi, yang cuma dikelilingi pesakit Covid-19.
Petugas kesihatan cuma masuk mengikut aturan jam kerja yang ditetapkan saja, pintu pagar wad pun ditutup rapi. Berbeza sungguh daripada wad-wad biasa yang mana ahli keluarga boleh datang melihat bertanya khabar.
Kesunyian semakin terasa apabila satu demi satu pesakit mulai sembuh dan mereka dibenarkan pulang. Pesakit yang tinggal inilah perlu kuat dan cekal melawan penyakitnya. Bak kata Ashraf Muslim, beberapa orang pesakit yang ada diwadnya sudah boleh keluar bertemu ahlu keluarga.
Seorang demi seorang meninggalkan aku di sini. Syukur pada mereka ramai yang telah sihat dan dapat berjumpa dengan ahli keluarga. Kenanganku bersama mereka takkan aku lupakan, segala ilmu yang dikongsi takkanku sia-siakan.
Perasaan sayang bersama mereka telah timbul dengan perwatakkan dan akhlak yang ditunjukkan pada aku. InsyAllah setiap pesanan yang diberikan akan ku amalkan. Terima kasih sahabatku Firdaus, Abdullah, En Shamsul dan ramai lagi.
Dan paling ku tidak lupakan lelaki yang berjubah yang meninggalkn senyuman padaku ini ialah lebih dikenali Hj Usman banyak kata-katanya membuatku tersedar dari tidur.. terima kasih semua di wad 31. Hanya Allah yang mampu membalas kamu semua.
Pada 12 April lalu, Ashraf Muslim disahkan positif Covid-19. Ashraf antara pelakon yang terlibat dengan pengambaran drama Demi di Scotland bersama beberapa kru produksi. Ada di antaranya turut disahkan positif Covid-19.
Semalam, pelakon Puteri Aishah telah pun disahkan negatif Covid-19.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.