Bukan semua suami gemar memancing ya. Ada lelaki yang memang tak begitu minat memancing. Macam BroOhsem, Akhtar Syamir ini. Demi memenuhi minat isteri memancing, rela dia turutkan berkelah di tepi sawah bendang.
Pergerakan rentas negeri yang masih belum dibuka, cuma rentas daerah saja dibenarkan ketika ini. Jadinya, suami ini ambil peluang berkelah di tepi bendang dekat Sekinchan, Selangor.
Haa.. siapa kata Selangot tiada tempat menarik untuk dilawati. Banyak sebenarnya, kena rajin mencari. Macam BroOhsem kita ini, dia kongsikan apa bestnya di sini.
Saya nak bagitau rahsia ni. Tempat yang best kalau nak pergi memancing dan santai-santai dengan keluarga tanpa rentas negeri Selangor ialah di Sekinchan.
Dah la cantik pemandangannya, tenang je tak ramai orang. Tapi kena datang pagi sebab panas terik kat tengah bendang ni. Bawa khemah, bawa makanan, tikar semua.
Berkelahlah kat tepi bendang tu. Bukan senang nak melepak kat tepi sawah padi ni tau.
Memang unik pengalaman ni. Saya sebenarnya tak minat sangat nak memancing. Tapi isteri saya suka dan ipar duai saya pun memang minat memancing.
Mula-mula dia macam takut nak tanya, takut saya tak setuju sebab isteri saya tahu saya kurang minat bab mancing ni. Saya tak fikir banyak, terus setuju je. Ini minat dia, ini apa yang buat dia seronok buat dengan keluarga dia. Jadi tanggungjawab saya untuk gembirakan mereka.
Bergembiralah untuk pasangan. Support apa yang mereka suka. Yang penting, kita pun seronok sama.
Baca sini : Sepuluh tahun dulu sedih tengok isteri, pakai baju tudung sama
Jom datang Sekinchan. Boleh beli makanan laut yang fresh sekali. Yang penting, bawa plastik sampah dan kutip semua sampah selepas berkelah tu.
Ini tanggungjawab kita dan perlu hormat, kita datang tempat orang, jangan tinggalkan sampah, tinggalkan kenangan yang manis.
Mingguan Wanita : Sekecil-kecil tindakan suami kadangkala boleh membahagiakan hati isteri berpanjangan.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW