berakhlak-baik

Setiap ibu bapa idamkan anak berakhlak baik. Membentuk akhlak yang baik dalam diri anak-anak perlu dimulakan sejak dari kecil lagi. Menjadi peranan ibu bapa untuk melenturnya, sehingga anak seronok untuk berbuat kebaikan.

Ibu ini, Wan Anie berkongsi tip bagaimana beliau mendorong anak-anaknya berakhlak baik dengan bertanyakan soalan yang betul. Pada masa dan mengikut situasi yang bersesuaian.

Semoga menjadi manfaat untuk ibu bapa muda di luar sana.

Begini Cara Mendorong Anak Berakhlak Baik

Malam itu, seperti biasa anak-anak akan datang membawa buku yang mahu ibu bacakan. Sambil kepala sudah terlentok ke tangan, mata sudah layu.

Ibu, ceritalah.

Ok boleh. Sebelum tu ibu nak tanya boleh?

Apa dia?

Siapa anak ibu yang solat hari ni?
Seorang anak menyahut, “Ammar“.

Siapa anak ibu yang mengaji quran hari ni?
Anak yang sama menyahut, “Ammar

Siapa anak ibu yang tolong ibu abah hari ni?
Dua-dua berebut memberitahu apa yang telah mereka lakukan hari ini.

Ads

Siapa anak ibu yang baca buku hari ini?
Memang ibu sendiri sudah tahu jawapan mereka. Berebut juga menunjukkan buku yang telah mereka baca pada hari tersebut.
Bagus. Bagus. Anak ibu yang melakukan perbuatan yang ibu sebutkan tadi pasti mendapat pahala kebaikan. Allah sayang anak yang solat, mengaji dan membantu ibu ayah.

Kalau Allah sayang, kita boleh masuk syurga ke ibu?
Itulah cita-cita semua orang yang beriman termasuk kita. Syurga yang super best.
Macam tu, esok Hadi nak solat jugalah.
Ammar pun nak solat penuh.

Baca : Anak Berdesup Solat Sebaik Dengar 1 Doa Ibu Paling Mustajab

Bertanyakan Soalan Yang Mendorong Akhlak Anak

Apabila kita bertanya soalan untuk mendorong anak berakhlak baik, tanya soalan berikut:

1. Soalan yang berkaitan dengan perbuatan baik yang mahu anak lakukan.
2. Soalan tentang akhlak baik yang mudah untuk mereka lakukan.
3. Soalan yang sesuai dengan usia mereka.

Soalan yang ibu tanya tadi adalah berkaitan dengan solat, mengaji, membaca buku dan membantu ibu ayah. Itu semua adalah akhlak baik yang mahu ibu dorong anak lakukan setiap hari.

Ads
  • Dilarang untuk membuat sesi bertanya soalan ini semasa anak merajuk, marah, atau bergaduh dengan adik beradiknya.
  • Jangan bertanya sekiranya anak ralit bermain, menonton tv atau apa sahaja situasi yang menyebabkan anak kurang fokus.
  • Pilih masa yang sesuai, sebelum tidur, di dalam kenderaan atau semasa makan bersama.
  • Sesuai juga untuk mulakan sesi pembelajaran di sekolah dengan bertanya soalan akhlak yang berkaitan dengan pelajar.
  • Lakukan berulang kali. Ia adalah satu proses dan bukan keajaiaban.

Mudah mudahan anak kita semua didorong dengan kebaikan dan menjadi penyejuk mata.

Doa Untuk Anak

Satu doa yang bagus untuk diamalkan sentiasa, baca apabila teringat anak-anak kita. Bayangkan wajah mereka.

Tuhanku, anugerahkan kepadaku (anak) yang termasuk di kalangan orang yang soleh.” Ini adalah doa Nabi Ibrahim AS sebelum dikurniakan anak Nabi Ismail AS.

Soalan Begini Mendorong Anak Berakhlak Baik ‘Berebut Masing-masing Nak Beri Jawapan’

Mudah mudahan Allah kurniakan kita anak yang soleh. Amin.
#TintaWanAnie
#DorongAnakAkhlakBaik

Ads

Sumber/Foto : Wan Anie

Soalan Begini Mendorong Anak Berakhlak Baik ‘Berebut Masing-masing Nak Beri Jawapan’

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI