Soal nafkah, ibu tunggal jangan sedih bekas pasangan tidak jalankan tanggungjawab. Sememangnya apabila bergelar ibu tunggal banyak yang akan dilalui.
Apatah lagi bila berhadapan dengan bekas suami yang culas soal nafkah anak.
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Menerusi perkongsian ibu tunggal yang cukup tabah dan berjaya Puan Dzuriasikim Dzulkefli menerusi akaun Facebooknya cukup memberi manfaat buat golongan wanita di luar sana yang bergelar ibu tunggal.
Pengalaman yang dilalui selepas berpisah dengan suami cukup memberi pengajaran. Malah Puan Dzuriasikim juga memberikan inspirasi buat wanita yang senasib dengannya.
SOAL NAFKAH
Bertenanglah…
Kerana Allah memberikan tanggungjawab kepada kita.
Dan ujian kepada kita mengikut kekuatan kita sendiri.
Saya tidak pernah berharap kepada bekas pasangan untuk menyara anak-anak saya.
“Kamu telah bernikah selama 20 tahun dan dia telah melahirkan 5 orang anak buat mu. Tidakkah kamu ingin memberikan sedikit saguhati kepadanya?”….
“Tidak….” Jawab bekas suami saya.
Dan Tuan Hakim bertanya kepada saya jika ada apa-apa yang saya ingin tuntut….
Saya menjawab….
“Saya yakin dengan rezeki Allah…. Tak apalah Yang Arif jika saya tak dapat apa-apa pun….”.
Saya baru bekerja pada waktu itu.
Saya juga tidak punya harta.
Saya tidak punya simpanan melainkan hanya ada sedikit barang kemas dan wang yang tidak sampai seribu ringgit untuk bayar sewa rumah dan makan minum kami 6 beranak. Juga saya tidak tahu bilakah akan ada wang lagi kerana orang berniaga ini pendapatannya tidak menentu.
Datang ke mahkamah pun dengan menaiki teksi sahaja. Sepanjang perbicaraan yang sering ditangguhkan kerana bekas pasangan sering tidak hadir, saya terpaksa ambil cuti. Kemudian cuti separuh hari. Dan cuti lagi. Dan lagi.
Berhenti berharap kepada manusia.
Kerana tidak ada satupun yang sukar bagi Tuhan jika Dia mahu memberi.
Saya selalu menangis kerana sangat bahagia dengan ketentuan yang Allah berikan. Syukur.
Tuhan lebih tahu apa kemampuan mu…
Walaupun kita mungkin selalu berfikir bahawa kita tidak akan mampu untuk terus melangkah.
Trust Allah.
Trust Allah will never put us in the situation that we can’t handle.
Baca Disini : Curang Tak Kenal Paras Rupa, Tak Perlulah Salahkan Diri, Kekallah Jadi Wanita Hebat
Pernah Rasa Jadi Ibu Tunggal, Che Ta Mahu Bantu 1 Juta Wanita! “Rezeki Itu Ada Di Mana-Mana”
Mingguan Wanita : Wanita kena cekal apatah lagi bila bergelar ibu tunggal.
Sumber : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery