Snek Laksa Kering, Kudapan Sesuai Untuk Mak-mak Yang Tak Suka Bagi Jajan Pada Anak

Share

Kudap untuk anak-anak, snek laksa kering ini sesuai bagi pada anak-anak yang suka makan jajan. Jadi mak-mak boleh ganti makanan ini untuk anak-anak yang suka makan jajan yang kurang berkhasiat.Jom godek resepi yang dikongsikan oleh Puan Siti Aminah Rahman

ini…

Snek untuk anak. Min memang tak pernah belikan jajan dan dilarang keras ade jajan kat rumah.
Jadi mama pun kena la buat snek sendiri. Haritu min ade tengok member fb buat snek ni untuk anaknya juga.

Dan ni kali ke 2 min buatkan untuk anak. Memang sedap, krapp krupp kraap sekejap aje Rania habiskan.

Ini resepinya…

Bahan utama:

Laksa kering.
Digoreng sehingga warna keemasan.

Nota:

Minyak kena betul betul panas ye. Angkat dan toskan.

Bahan Perasa:

Serbuk kari.
Sedikit garam.
Serbuk masala.
Secubit lada hitam hancur.(Min tumbuk sendiri).
Sesudu Chia Seed yang di blend kering.

Cara buat:

Campur semua bahan perasa ni, dan boleh tabur kat laksa yang kite goreng tadi. Siapp.
Sedap tau, mama pun tumpang sekaki lah. Tak tahan tengok kak rania krapp kruppp sengsorang.

Haaa, senang je nak buat kan. Sila lah cuba dan sila SHARE ok. Esok esok nak buat tak adalah tercari cari resepinya.

Published by
Nadia