
Isi Kandungan
ToggleKudap untuk anak-anak, snek laksa kering ini sesuai bagi pada anak-anak yang suka makan jajan. Jadi mak-mak boleh ganti makanan ini untuk anak-anak yang suka makan jajan yang kurang berkhasiat.Jom godek resepi yang dikongsikan oleh Puan Siti Aminah Rahman ini…
Snek untuk anak. Min memang tak pernah belikan jajan dan dilarang keras ade jajan kat rumah.
Jadi mama pun kena la buat snek sendiri. Haritu min ade tengok member fb buat snek ni untuk anaknya juga.
Dan ni kali ke 2 min buatkan untuk anak. Memang sedap, krapp krupp kraap sekejap aje Rania habiskan.
Ini resepinya…
Bahan utama:
Laksa kering.
Digoreng sehingga warna keemasan.
Nota:
Minyak kena betul betul panas ye. Angkat dan toskan.

Bahan Perasa:
Serbuk kari.
Sedikit garam.
Serbuk masala.
Secubit lada hitam hancur.(Min tumbuk sendiri).
Sesudu Chia Seed yang di blend kering.
Cara buat:
Campur semua bahan perasa ni, dan boleh tabur kat laksa yang kite goreng tadi. Siapp.
Sedap tau, mama pun tumpang sekaki lah. Tak tahan tengok kak rania krapp kruppp sengsorang.
Haaa, senang je nak buat kan. Sila lah cuba dan sila SHARE ok. Esok esok nak buat tak adalah tercari cari resepinya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalgona Latte Kopi Korea VIRAL, Senang! Whisk Pakai Garfu Pun Boleh

Isi Kandungan
ToggleMenariknya resipi Dalgona Latte ni. Katanya cara buat Kopi Korea yang tengah viral. Ramai yang dah cuba kopi ni, sebab senang dan bahan-bahan pun tak banyak. Jika nak cepat kembang bancuhannnya kacau dengan ‘mixer’. Tapi kalau takde mixer, whisk guna garfu pun boleh.Cuma kena kacau lama sikit. Mak-mak yang suka minum kopi, kena cuba buat Dalgona Latte ni. Serius sedap!
Ini resipi yang dikongsikan oleh Aishah Rosli sebagai panduan;
“Sempena perintah larangan pergerakan ni, kita duduk rumah explore benda baru. Jangan nak bebal keluar rumah.Jom buat coffee latte (dalgona latte) yang viral ni. Sedap minum air sejuk panas panas ni. Tambahannn air ni tak manis. Tak manis. Dan tak manis.”
“AWAS, KETAGIH. HANYA SEKALI SEBULAN YE SEMUA. JANGAN MINUM SELALU TAK ELOK CAFFEIN.”
Bahan-Bahan:
1-2 sudu Nescafe/coffee (mana mana pun boleh)
1 sudu Gula 1 sudu (ikut citarasa masing-masing.Jangan manis nanti diabetes).
Sedikit air panas
Susu Segar
Ais
Cara Membuat:
1. Masukkan Nescafe/coffee dalam mangkuk.
2. Masukkan pula gula.
3. Masukkan sedikit sahaja air panas dalam bancuhan tersebut.
4. Whisk guna garfu sampai kembang. Macam nak buat meringue tu. (Kalau malas, guna je mixer. Cepat hahahahaha).
5. Selepas itu masukkan ais dalam gelas dan letak susu segar.
6. Kemudian letak bancuhan coffee yang dah dipukul sampai kembang tu atas sekali (buat macam topping).
7.Siaaaap. Kacauuu dulu kemudian minum!

Info Ekstra!
- Benda ni boleh buat 2-3 gelas tau. Bukan 1 gelas letak semua topping tu.
- Boleh kurangkan nescafe dan tambah gula ikut citarasa masing-masing. Saya suka pahit-pahit. So letak sikit je gula hehe)
Posted by Aishah Rosli on Thursday, 19 March 2020
Baca Lagi Di Sini:
Cara Buat Air Mojito Halal, Sangat Sedap, Mudah & Murah Kosnya!
MW: Menarik ni Dalgona Latte ni, nak buat senang bahan-bahan pun tak banyak. Mak-mak yang ‘hantu’ kopi tu boleh laa cuba buat sendiri kat rumah nanti.
Sumber: Aishah Rosli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Unik Dan Asli Tersendiri Masakan Utara Thai Pikat Selera Sekeluarga

Isi Kandungan
ToggleRasa unik dan tersendiri masakan Thai menjadi antara penyebab mengapa ramai di kalangan kita yang sangat menggemari aneka hidangan daripada negara jiran itu.
Restoran yang menyajikan masakan Thai sememangnya menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Sebab itu juga, di sana sini terdapat restoran mahu pun gerai yang menyajikan jenis masakan tersebut.
Rasa Unik Tersendiri
Kali ini dikongsikan masakan daripada daerah utara Thailand. Kebanyakan restoran tomyam lain yang lebih kepada hidangan daerah selatan Thailand seperti Pattani dan Narathiwat. Cubalah masak di rumah untuk hidangan keluarga. Boleh jimat banyak tau!
Rasa Asli Yang Memikat Selera
KARI HIJAU AYAM
BAHAN-BAHAN:
6 biji bawang putih – kisar
1 batang serai – ketuk
5 helai daun limau purut
3 potong terung panjang
10gm cili padi – kisar
2.5cm lengkuas – kisar
250ml santan
1 sudu teh kicap sotong
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk perasa (jika suka)
750ml air
BAHAN B:
250 gram daging ayam – Cuci bersih dan potong kecil
CARA MEMASAK:
- Didihkan air di dalam sebuah periuk dan masukkan kesemua bahan A kecuali serai, terung panjang dan daun limau purut. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan serai yang diketuk dan daun limau purut. Kacau lagi.
- Setelah mendidih, masukkan potongan ayam dan kemudian hirisan terung. Biar ia mereneh dan memekat.
- Akhir sekali, masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
- Sedia dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi atau roti.
Lagi resipi sedap di sini:
Jom Cuba Resipi Masakan Asli Thai, Tomyam Putih Dan Miang Platoo
Akar Ketumbar, Minyak Bawang Putih, Buat Kuetiaw Sup Thailand Bertambah Sedap!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
AYAM PANDAN
BAHAN A:
1kg isi ayam
300 gram gula padi
125ml sos tiram
150 gram daun ketumbar
200 gram bijan halus
125ml minyak bijan
450 gram gula
3 sudu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perisa
BAHAN B:
Daun pandan secukupnya – dijadikan bakul
Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:
- Perap isi ayam bersama bahan A semalaman di dalam bekas kedap udara supaya tiada udara yang masuk. Ini untuk menggelakkan bahan A rosak. Ketepikan.
- Bentukkan bakul menggunakan daun pandan. Keluarkan isi ayam yang telah diperap dan sudukan ke dalam bakul daun pandan. Lakukan sehingga selesai.
- Masukkan kesemuanya ke dalam periuk pengukus yang telah pun disediakan terlebih dahulu. Kukus bakul isi ayam selama 20 minit.
- Setelah isi ayam lembut, angkat.
- Sediakan kuali dan panaskan minyak. Goreng seketika isi ayam di dalam kuali secara ‘deep fried’. Toskan.
- Sedia dihidangkan.
AYAM DAUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
100 gram isi ayam – potong dadu
10 gram lobak merah
5 batang cili padi – cencang
3 ulas bawang putih – cencang
8 helai daun selasih
150ml air
11/2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan kicap sotong/minyak ikan
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih yang telah dicencang hingga terbit wangi.
- Masukkan air dan isi ayam. Masak hingga ayam nampak lembut.
- Masukkan lobak merah, cili padi, daun selasih, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
- Masukkan kicap sotong dan akhir sekali bancuh sedikit tepung jagung bersama air dan tuang ke dalam masakan untuk memekatkan kuah. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Dan Isi Ikan, Resipi Untuk Gemukkan Kucing, Boleh Cuba!

Setiap makanan yang diberikan pada ada bulus berbeza-beza, lebih-lebih lagi kucing kacukan. Bagi anak bulus yang dah biasa makan isi ikan, semestinya pemilik akan beli stok makanan untuk kucing kesayangan.
Sudah pasti setiap orang yang membeli anak bulus ini mahu melihat kucing yang dipelihara itu sihat, gebu dan paling penting gemuk. Kadang-kadang ada yang pelik apabila melihat anak bulus yang dijaganya sama saja, tidak gemuk dan sama saja. Sedangkan sudah pelbagai cara dilakukan untuk memastikan kucing kesayangan itu gemuk dan sihat.
Sebenarnya, untuk gemukkan kucing mudah sahaja terutamanya kucing yang sudah biasa makan ikan yang dijadikan makanannya setiap hari.
Campurkan isi ikan dengan roti yang kita makan ini dan berikan kepada kucing kesayangan Gerenti akan bertambah debab kucing itu nanti. Itulah yang dikongsikan oleh Sara Fini dalam nak gemukkan kucing peliharaan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini:Kad Pengenalan Kucing Kesayangan, Penting Untuk Mengesan Hak Pemilik Yang Sah
Air Rebusan RUMPUT PENDUL, Berkesan Rawat KUCING Sakit Parvo, Selsema Atau Demam
Baca Artikel Menarik Lain DI SINI
Isi Ikan Dan Roti, Bahan Utama
Rasanya, cukup mudah bahan yang digunakan untuk menggemukkan kucing peliharaan. Hanya dua bahan sahaja sudah cukup. Apa yang boleh dikatakan, ikan itu perlulah direbuskan dahulu dan gantikan nasi dengan roti yang telah digunting.
Ingat! Pastikan ikan yang direbus itu tidak masin. Sebab ini boleh menyebabkan bulu kucing anda akan gugur. Mengikut kesesuaian kucing anda.
Resepi:
1. Roti gardenia digunting
2. Isi Ikan rebus
Ikan yang biasa berikan pada anak bulus.
Inilah bahan-bahannya.
Gunting roti tersebut.
Pastikan asingkan isi ikan dan tulang terlebih dahulu.
Gaul sebati isi ikan dan roti yang telah digunting tadi.

#kaksarasharing
MW: Nanti boleh cuba di rumah. Gantikan nasi yang biasa kita bagi dengan roti. Nanti lihatlah hasilnya.
Sumber: Sara Fini
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI