Setiap kali tibanya acara sukan, slogan Malaysia Boleh pasti bakal berkumandang sebagai ekspresi menzahirkan rasa sokongan tanpa berbelah bahagi. Tidak dinafikan, slogan Malaysia Boleh merupakan salah satu medium yang menyatukan rakyat Malaysia bukan sahaja dalam bidang sukan, malah pelbagai aspek.
Tanpa kita sedari, slogan keramat tersebut mempunyai kisah yang tersendiri. Mingguan Wanita kongsikan info disebalik slogan keramat yang menjadi aspirasi rakyat Malaysia ini:
Pada tahun 1992, Majlis Olimpik Malaysia (OCM) mencari cara untuk memberikan dorongan keyakinan kepada atlet negara terutamanya mereka yang bersaing di luar negara. Dengan Sukan SEA 1993 di Singapura semakin hampir, bekas presiden OCM, Tan Sri Hamzah Abu Samah, mendekati Nestle untuk mendapatkan idea.
Selepas sesi perbincangan intensif dengan bekas pengurus pemasaran sukan Nestle, Datuk Dina Rizal, kedua-dua mereka akhirnya memilih satu slogan daripada banyak pilihan yang mereka cadangkan semasa sesi ulasan idea.
“Malaysia Boleh!” dengan cepat menjadi jeritan perjuangan khas rakyat Malaysia di acara sukan utama. Sebenarnya, kempen MILO untuk Sukan Komanwel 1998 berpusat pada slogan yang sama yang menarik perhatian.
Slogan ikonik rakyat Malaysia
Ads
Dihoskan untuk pertama kalinya di Kuala Lumpur, Sukan Komanwel 1998 juga mencatatkan beberapa pencapaian pertama untuk acara sukan serantau kedua terpenting di dunia.
Selain menjadi negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah acara ini, Sukan Komanwel 1998 juga kali pertama menyertakan sukan berkumpulan dan merupakan kali pertama diadakan di negara di mana Bahasa Inggeris bukan bahasa pertama, antara lain.
Ads
Ads
Pengaruh slogan ini meluas di peringkat kebangsaan apabila, pada suatu ketika di pertengahan tahun 90-an, ketika itu Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih frasa tersebut untuk memberi dorongan kepada Wawasan 2020.
Sejak itu, “Malaysia Boleh!” bukan lagi sekadar slogan yang digunakan untuk memberi semangat kepada atlet negara kita. Lebih daripada hanya meraikan pencapaian, frasa ini juga dimaksudkan untuk menanam keyakinan bahawa Malaysia dan rakyatnya mampu melakukan apa saja. Yang paling penting, ia digunakan secara menonjol untuk mengumpulkan rakyat Malaysia di sekitar idea mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Meskipun terdapat beberapa slogan baharu diperkenalkan, namun slogan Malaysia Boleh ini masih melekat di hati kebanyakan rakyat Malaysia yang meletakkan azimat dan semangat untuk rakyat Malaysia berjaya bukan sahaja dalam bidang sukan, malah ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan.
Semoga slogan ini terus tersemat di hati setiap rakyat Malaysia dan menjadi azam untuk terus mara ke hadapan dalam pelbagai bidang yang diceburi!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bulan Ramadan merupakan antara bulan yang sibuk, namun sering dinantikan-nantikan bagi wanita yang berkeluarga. Biarpun sibuk dengan pelbagai komitmen kerja di pejabat mahupun menguruskan rumah tangga, namun peluang memasak di bulan Ramadan sering diutamakan.
Bukan apa, waktu inilah mak-mak akan bertungkus lumus berusaha menyediakan hidangan istimewa buat anak-anak, suami dan keluarga tersayang. Bermula dari menyiapkan hidangan waktu sahur, menyediakan sajian istimewa untuk berbuka puasa sehinggalah menu ringkas untuk moreh. Di samping turut membuat pelbagai jenis biskut, kek dan kuih muih sendiri untuk persiapan raya nanti.
Kebiasaannya pada bulan Ramadan inilah mak-mak akan lebih ‘bersemangat’ dan kreatif untuk mencuba pelbagai resipi-resepi baru mahupun memasak resipi tradisi keluarga bagi memenuhi citarasa anak-anak dan suami di bulan yang mulia.
Biarpun seharian puasa, apabila melihat keluarga gembira dan berselera menikmati hidangan yang disediakan, letih memasak pun tidak terasa malah berasa puas dan tersenyum gembira.
Oleh yang demikian, dalam menyediakan hidangan terbaik buat anak-anak dan suami, bahan-bahan yang digunakan haruslah yang berkualiti, mudah digunakan dan sesuai dengan pelbagai kegunaan. Baik untuk memasak, membakar kek, pastri, biskut, membuat kuih muih dan sebagainya. Marjerin ADELA pilihan terbaik buat seisi rumah.
Terbaru, FGV Holdings Bhd (FGV) telah melancarkan Marjerin ADELA di pasaran dengan formulasi dan pembungkusan yang di perbaharui. Marjerin ADELA kini diformulasi dari minyak kelapa sawit yang berkualiti tinggi dan ditambah dengan kebaikan Minyak Bunga Matahari.
Minyak Bunga Matahari diketahui tinggi dengan vitamin E yang boleh membantu meningkatkan kesihatan kulit, dapat menurunkan kolesterol dan risiko serangan penyakit jantung. [1]
Dengan pembungkusan baru yang lebih menarik, Marjerin ADELA didatangkan dengan empat saiz berbeza iaitu 240 gram, 480 gram, 1 kilogram dan 2.5 kilogram yang pastinya mengikut kesesuaian keperluan setiap pengguna.
Antara kelebihan lain Marjerin ADELA, ia diperkaya dengan 9 vitamin, mengandungi Omega 3,6 dan 9 serta tanpa kolesterol.
Bukan itu sahaja, bau dan rasa Marjerin ADELA yang “buttery” dan lazat ini menjadikannya pilihan ideal untuk digunakan ketika memasak, sewaktu membakar kek, pastri dan biskut. Teksturnya yang halus dan lembut membuatkan sapuan pada roti cukup sempurna dan enak dinikmati begitu sahaja.Malah Marjerin ADELA ini cukup mudah digunakan kerana tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Memang banyak kelebihan Marjerin ADELA dengan formulasi terbaru keluaran FGV Holdings Bhd (FGV) ini. Jangan lupa dapatkan di pasaran.
Ramadan tidak dapat dipisahkan dengan amalan bersedekah. Bahkan amalan ini sepatutnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana bulan ini Allah Taala menjanjikan bagi tiap-tiap amal soleh itu akan digandakan pahalanya sehingga 700 kali ganda.
Ramadan bulan yang mulia ini adalah waktu yang terbaik untuk bersedekah, sempena itu juga pihak PTPTN telah berbesar hati menghulurkan sumbangan kepada sebuah keluarga asnaf yang terjejas disebabkan Pandemik Covid-19. Malah PTPTN juga telah menyempurnakan kelengkapan sambutan Aidilfitri Zaki Udin dan isterinya, Junaidah Isa sekeluarga.
Pasangan ini tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada jualan nasi lemak, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih rumah orang. Mereka merupakan keluarga yang dipilih melalui Yayasan Basmi Kemiskinan.
Rezeki Rahsia Allah, Hajat Bawa Anak Beli Belah Baju Raya Termakbul
Sememangnya rezeki yang hadir tidak diduga buat pasangan asnaf Zaki Udin dan Junaidah Isa yang menetap di Shah Alam, Selangor. Menerusi program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita mereka sekeluarga bukan sahaja berpeluang membeli belah pakaian raya bersama Ketua Eksekutif PTPTN iaitu Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, malah menikmati jamuan berbuka puasa di hotel dan menerima duit raya dalam bentuk pembukaan akaun SSPN-i.
Sememangnya rezeki yang tertulis itu adalah rahsia dari Allah. Malah hajat pasangan ini yang terpendam bertahun hendak bergaya dengan baju raya baharu termakbul daripada satu panggilan telefon.
“Alangkah baiknya kalau kita boleh dapat sumbangan hadiah pakaian hari raya untuk anak-anak macam dalam iklan radio ni kan bang?” tutur puan Junaidah kepada suaminya.
Enam Tahun Tidak Ada Baju Raya Baru
Siapa sangka beberapa hari setelah mendengar iklan tersebut, Junaidah ibu kepada sepuluh orang anak ini dihubungi pihak Mingguan Wanita mewakili PTPTN menyampaikan berita tidak disangka.
“Saya rasa sangat terharu, bila keluarga saya terpilih dalam kempen Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita. Berterima kasih banyak-banyak kerana tak sangka tahun ini dapat bawa anak-anak membeli belah.
‘Secara jujur sejak enam tahun lalu kami sekeluarga tak ada baju raya apatah lagi baju raya sedondon. Bila anak-anak dapat membeli belah mereka rasa seronok malah selepas pulang mereka membuat sebuah karangan yang menggambarkan perasaan girang mereka sewaktu membeli belah.
“Anak-anak sangat berterima kasih dan berdoa apabila mereka sudah besar nanti mereka juga ingin membantu orang lain seperti mana pihak PTPTN berikan kepada mereka. Apatah lagi bila dapat berbuka puasa di hotel. Mereka dah biasa tak boleh membazir dan bertanya kepada saya tak mahal ke mama makan di hotel? Saya terangkan pihak PTPTN belanja makan dan anak-anak begitu girang. Sememangnya tak dinafikan kami sekeluarga rasa teruja dan berbesar hati bila PTPTN meraikan kami.
“Lagi-lagi bila dapat tahu Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut sama hadir berbuka bersama. Anak-anak tambah ceria. Syukur dengan layanan yang diberikan PTPTN yang mana jasa baik mereka kami tak akan lupakan sampai bila-bila,” ujar ibu kental ini yang sentiasa sedaya upaya menyediakan yang terbaik buat sembilan orang anaknya.
Disebalik keceriaan Junaidah dan suami menyambut Ramadan dan Syawal, sebenarnya hati kecil mereka sentiasa berasa sedih bila teringatkan anak sulung yang meninggal dunia tiga tahun lalu.
Keluarga Asnaf Teruja PTTN Belanja Makan Di Hotel
Seusai membeli belah, keluarg Zaki Udin dan isterinya, Junaidah Isa dibawa pula berbuka puasa di Acapella Hotel, Shah Alam.
Selain Encik Ahmad Dasuki turut hadir bersama, Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN dan Puan Wan Zawiah, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat Dan Pemasaran PTPTN.
Sepanjang majlis berbuka puasa ini Norman dan Memey melayan anak-anak pasangan ini dengan penuh mesra lagi. Apatah lagi si kecil yang bernama Ashraf bagaikan tidak boleh berengang dengan Norman.
Terpancar wajah keriangan pada wajah enam orang anak pasangan ini. Apatah lagi dengan kehadiran pasangan selebriti popular Norman Hakim dan Memey Suhaiza.
Sempurnakan Raya Beri Keceriaan & Kegembiraan Buat Ahli Keluarga Puan Junaidah – Ahmad Dasuki
Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita ini memberikan keceriaan buat Puan Junaidah sekeluarga.
“Ini adalah program CSR tahunan yang dijalankan oleh PTPTN untuk mendampingi masyarakat. Dilaksanakan setiap tahun menjelang Ramadan dan menyambut Syawal. Kajian pemilihan mereka yang terjejas pendapatan disebabkan Pandemik Covid-19. Mendapat maklumat juga dari Yayasan Basmi Kemiskinan.
“Saya terharu dapat berjumpa dengan keluarga Puan Junaidah yang mempunyai sembilan orang anak tapi yang hadir untuk membeli belah enam orang anak. PTPTN atas dasar tanggungjawab CSR kita kongsikan apa yang kami ada untuk membantu keluarga Puan Junaidah. Selaras dengan hashtag kami, #kami kongsi kami bantu.
“Selepas membeli belah di Jakel Shah Alam, Team CSR PTPTN sekali lagi telah membawa Puan Junaidah sekeluarga berbuka puasa di Hotel Acapella, Shah Alam. Kita bawakan tetamu istimewa pasangan selebriti popular Norman Hakim dan Memey Suhaiza untuk memeriahkan lagi suasana berbuka puasa. Sempurnakan Raya ini memberi keistimewaan kepada keluarga Puan Junaidah bahawa apa jua keadaan yang berlaku mereka jua berhak mendapat suasana gembira menjelang hari raya.
“Bagi PTPTN juga kami menyediakan sedikit simpanan kepada keluarga Puan Junaidah dalam bentuk akaun simpanan. Tujuan utama untuk menggalakkan keluarga Puan Junaidah memulakan penabungan akaun SSPN. Bagi memastikan anak-anak beliau seramai sembilan orang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walau apa jua yang berlaku kepada keluarga Puan Junaidah. Program Sempurnakan Raya ini akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang, memandangkan ianya memberi manfaat yang jelas kepada masyarakat terutamanya buat keluarga asnaf seperti keluarga Puan Junaidah,” jelas Encik Ahmad Dasuki.
Norman Hakim & Memey Suhaiza Terharu, Teruja & Gembira
Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang dijemput khas juga berasa sangat teruja dan gembira dapat meraikan keluarga asnaf ini.
“Rasa terharu, teruja dan gembira diberi peluang bersama-sama diberikan kesempatan dan peluang meraikan keluarga Encik Zaki dan Puan Junaidah. Selain itu saya dan Memey juga dapat memeriahkan lagi persiapan hari raya enam daripada sembilan anak-anak mereka.
“Ini satu pengalaman yang manis terutama pada bulan Ramadan. Selain dapat meraikan golongan asnaf kita dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia. Sebab kita tak nak ada jurang dalam kehidupan ini.
“Perasaan rasa kesyukuran dan kepuasan, sejujurnya pemgalaman ini terngiang-ngiang dalam memori. Anak lelakinya yang kecil, Ashraf sangat peramah dengan abang dan yang perempuan rapat dengan Memey. Macam-macam soalan yang mereka bertanya menyentuh hati dan perasaan, contohnya mereka tanya anak-anak abang pakai handphone? Best tak ada handphone? Seronok tak dapat naik kereta besar, selesa ada orang bawa? Pada saya yang boleh saya cakap pada mereka, dalam kehidupan ini kita kena amalkan konsep bersyukur. Jangan buat perbandingan sesama manusia. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Dapat bersama dengan orang tersayang pun adalah satu nikmat yang terkata. Tak ada jurang sesama manusia. Sudut material Cuma luaran saja.
“Ini adalah modul yang terbaik dari pihak PTPTN, program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita yang berkonsep bersedekah dan berkongsi rezeki. Adalah sesuatu yang sepatutnya diadakan dari semasa ke semasa. Paling penting nawaitu kita untuk membuat konsep sebegini.
“Kalau buat sesuatu biarlah datang dengan keikhlasan. Sedekah yang terbaik adalah apabila kita menghulur tangan kanan tangan kiri tak nampak apa yang tangan kanan bagi. Bila kita buat konsep bersedekah terang-terangan supaya kita dapat memberi satu inspirasi kepada orang di luar sana. Dimana mereka yang berkemampuan membuat perkara yang sama kepada golongan asnaf ini. Pada saya niat kena betul, jujur dan ikhlas kerana Allah SWT,” ungkap Norman.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Nampak Separuh Badan Wanita, Tangan & Kaki Tertimbus Dalam Runtuhan” Cukup menyayat hati dan pastinya trauma buat mangsa yang terlibat dalam insiden tragedi tanah runtuh di Batang Kali awal pagi tadi.
“Saya terdengar jeritan meminta tolong sebelum ternampak ada separuh badan yang hanya nampak tangan dan kaki tertimbus dalam runtuhan tanah.
“Saya dan rakan terus menggali tanah itu dengan tangan kami untuk membantu wanita dan anaknya,” kata Chong, 28.
Chong adalah mangsa yang terselamat dalam runtuhan tanah di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di sini, hari ini.
Perkhemahan Bahagian Zon A
Lelaki dari Melaka itu berkata, runtuhan tanah berlaku di tapak perkhemahan bahagian zon A dengan hampir keseluruhan kawasan itu musnah.
Menurutnya, dia bersama 18 ahli keluarga dan rakan berkhemah di zon B yang tidak terjejas teruk dan semua kumpulannya selamat.
Katanya, sebelum itu mereka terdengar bunyi dentuman kuat sebelum runtuhan tanah merosakkan khemahnya.
“Kami keluar menyelamatkan diri dan tiba-tiba saya terdengar jeritan wanita meminta tolong dan ternampak ada separuh badan wanita tertimbus.
“Tanpa berlengah saya dan seorang lagi rakan lelaki terus menggali tanah dengan tangan selama 10 hingga 15 minit sebelum mangsa dan anak perempuannya diselamatkan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini, hari ini.
Dua Beranak Dapat Diselamatkan
Menurutnya, dia tidak mengenali mangsa terbabit, namun bersyukur dua beranak itu dapat diselamatkan.
“Tapak perkhemahan itu memang cantik tetapi runtuhan itu menyebabkan semua kawasan sudah menjadi seperti rata.
“Saya tak pasti berapa ramai mangsa terbabit dalam kejadian itu tetapi percaya masih ada lagi di bawah (tertimbus),” katanya.
Dengan Dentuman Kilat
Mengimbas detik kejadian itu, Chong berkata, kejadian berlaku pada 2 pagi dan ketika itu mereka sedang tidur di khemah masing-masing.
“Ketika tanah runtuh saya terdengar seperti dentuman kilat dan runtuhan tanah dirasai berada di kepala. Kami kemudiannya terus keluar untuk selamatkan diri. Malam tadi hujan cuma renyai.
“Saya bersyukur kumpulan kami semua selamat cuma khemah saya saja koyak dalam kejadian itu. Kami datang ke tapak perkhemahan itu sejak kelmarin dan sepatutnya pulang hari ini,” katanya.
Sementara itu, Teh Lynn Xuan, 22, berkata, ketika kejadian dia hanya tidur-tidur ayam saja dan terdengar bunyi kuat seperti batu berguling serta air menitis di luar khemahnya.
Katanya, dia juga berkhemah di bahagian zon B dan datang ke tapak itu untuk bercuti bersama 20 lagi keluarganya dari Melaka.
“Kejadian itu menyebabkan khemah tertolak hingga kaki kami naik ke atas ketika tidur dan ia berlaku sangat cepat,” katanya sambil memberitahu kumpulannya juga semua selamat.
Turut dilaporkan juga lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan ahli keluarga mereka, disahkan antara ratusan mangsa tanah runtuh perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.
Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan pasukan penyelamat dalam menyelamatkan mangsa yang terlibat.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.