‘Sleep Divorce’ trend baru pasangan moden, tak nak tidur terganggu. ‘Sleep divorce’ atau perceraian tidur, adalah istilah yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pasangan moden.
‘Sleep Divorce’ Trend Baru Pasangan Moden
Walaupun istilah ini kedengaran dramatik, ia bukanlah bermaksud perpisahan dalam hubungan tetapi merujuk kepada keputusan pasangan untuk tidur di tempat berasingan bagi meningkatkan kualiti tidur masing-masing.
Tak Nak Tidur Terganggu
Apa Itu ‘Sleep Divorce’
‘Sleep divorce’ berlaku apabila pasangan memilih untuk tidur di bilik berasingan atau menggunakan katil yang berasingan dalam bilik yang sama. Keputusan ini biasanya dibuat untuk mengatasi masalah tidur seperti:
Gangguan tidur akibat dengkuran: Salah seorang pasangan mungkin mendengkur dengan kuat, mengganggu tidur pasangannya.
Perbezaan jadual tidur: Ada pasangan yang tidur awal sementara pasangannya lebih cenderung berjaga hingga lewat malam.
Tabiat tidur yang berbeza: Contohnya, pergerakan berlebihan semasa tidur, suka tidur dengan lampu menyala, atau ketidaksepadanan suhu bilik.
Masalah kesihatan: Keadaan seperti apnea tidur atau insomnia mungkin memerlukan persekitaran tidur khas.
Mengapa Pasangan Memilih ‘Sleep Divorce’?
Keputusan ini biasanya dibuat dengan niat untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal masing-masing. Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan:
Stres dan ketegangan dalam hubungan.
Penurunan prestasi kerja dan produktiviti.
Masalah kesihatan seperti keletihan kronik, sakit kepala, dan kemurungan.
Dengan tidur berasingan, pasangan dapat menikmati tidur yang berkualiti tanpa gangguan, yang akhirnya membawa kepada suasana hubungan yang lebih harmoni.
Ads
Faedah “Sleep Divorce”
Kualiti tidur yang lebih baik: Tiada lagi gangguan daripada tabiat tidur pasangan.
Kesihatan mental yang meningkat: Tidur yang mencukupi membantu mengurangkan stres dan memperbaiki mood.
Hubungan lebih erat: Walaupun nampak bertentangan, pasangan yang cukup rehat cenderung lebih ceria dan kurang bergaduh.
Fleksibiliti jadual: Pasangan boleh mengikut jadual tidur masing-masing tanpa perlu merasa bersalah.
Bagaimana Melakukan “Sleep Divorce” Dengan Berkesan?
Jika anda dan pasangan mempertimbangkan “sleep divorce”, berikut adalah beberapa langkah untuk melakukannya tanpa menjejaskan hubungan:
Komunikasi terbuka: Jelaskan kepada pasangan bahawa langkah ini diambil demi kebaikan bersama, bukan kerana masalah perhubungan.
Rancang waktu bersama: Tetapkan masa untuk berbual, bergurau, atau menghabiskan waktu berkualiti sebelum tidur.
Ads
Kekalkan keintiman: Pastikan hubungan emosi dan fizikal tetap terjalin walaupun tidur berasingan.
Kaji keberkesanan: Sentiasa menilai sama ada langkah ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
‘Sleep divorce’ bukanlah tanda hubungan yang bermasalah, sebaliknya ia adalah langkah bijak untuk menjaga kualiti tidur dan kesihatan. Dengan komunikasi yang baik dan usaha mengekalkan keintiman, keputusan ini boleh memperbaiki hubungan dan meningkatkan kebahagiaan pasangan secara keseluruhan.
Jangan takut untuk mencuba jika ia membantu anda dan pasangan menjadi lebih sihat dan gembira.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyanyi, pelakon dan juga usahawan, Abby Abadi kini begitu bahagia di samping suami Muhammad Faizal Zakari dan anak-anak tersayang.
Malah hubungannya dengan bekas suami, Norman Hakim dan juga Memey begitu akrab sekali. Keluarga mereka dijadikan contoh terbaik buat pasangan yang sudah berpisah dan tidak menyimpan sebarang dendam.
Bukan itu saja keluarga mereka cukup harmoni. Abby juga dilihat begitu akrab dengan Memey. Paling membahagiakan Abby yang kini istiqomah berdakwah sering berkongsi pelbagai kebaikan dalam menyebarkan sinar Islam menerusi entri di akaun Instagramnya.
Abby Abadi “Kasih Mama Membawa Ke Syurga”
Menerusi entri terbaru, Abby berkongsi tentang kasih sayang. Malah disebalik pesanannya ini, sebenarnya Abby mahu anak-anak juga terus beribadah dan jangan lupa kepada Yang Maha Esa.
“Kasih Mama Membawa Ke Syurga”
“Kalau kasih Papa membawa ke mana?
“Meh tolong sambung pantun ni.
“Pastu ada mummy lagi, Abah lagi nak bawak kemana kasih mereka? hehe.. Opah lagi Atuk, Tok Mak.. Tok Ayah.. ramai tu,” tulis Abby.
Sentiasa Menjaga Amal Ibadat
“Semua membawa ke syurgalah.. jika baik amal ibadat kita, betulkan? Kalau kita sedar diri sebagai hambaNYA, jaga hak ALLAH sebaiknya.
“solat, tutup aurat, jaga ikhtilat sentiasa menjaga amal ibadat seperti Nabi Muhammad utuskan, inshaALLAH syurga milik kita bersama … aminnn
Iman Turun Naik
“Doakan saya rajin nak kembali bersembang pasal ‘Hidayah’ yang ALLAH hadiahkan pada saya ya.. Setelah 8 atau 9 tahun berlalu, iman turun naik.
“Saya kuatkan semangat terus berdoa ALLAH kuatkan hati Sy dan anak2 utk terus bergelar hambaNYA yg sebenar2 hamba.
“Tak mungkin sempurna, tapi kami sentiasa berusaha.. Doakan kebaikan utk kita bersama,” kongsi Abby.
Segala perkongsian Abby ini sememangnya memberi manfaat buat ibu-ibu di luar sana.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Bulan puasa sememangnya bulan yang cukup istimewa dan dinanti-nantikan oleh umat islam di seluruh dunia. Setelah seharian berpuasa, saat yang paling ditunggu pastinya waktu untuk berbuka. Ada negara mempunyai tempoh berpuasa yang panjang dan pendek bergantung pada faktor geografi berbeza.
Dikenali sebagai menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa yang terletak di Dubai mempunyai waktu berbuka puasa yang berbeza walaupun pada bangunan yang sama.
Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) meminta semua penduduk di Burj Khalifa setinggi 163 tingkat dan bangunan pencakar langit lain untuk mengambil perhatian terhadap perbezaan waktu berbuka puasa yang bergantung kepada tingkat kediaman mereka.
Sejak beberapa tahun lalu, penduduk yang tinggal di bangunan pencakar langit di Dubai perlu menunggu enam minit lebih lama untuk berbuka berbanding mereka yang menetap di kawasan lain.
Tingkat Atas Lebih Lama Berpuasa
Jabatan tersebut mengeluarkan pekeliling menetapkan tempoh berpuasa penduduk yang tinggal antara tingkat 60 dan aras 120 adalah empat minit lebih lama berbanding kawasan lain di Dubai.
“Mereka yang tinggal di tingkat 121 dan ke atas pula perlu berpuasa enam minit lebih lama manakala waktu solat subuh adalah tiga minit lebih awal,” jelas jabatan itu lagi.
Perbezaan masa berdasarkan ketinggian itu turut menyebabkan penduduk di Burj Khalifa menunaikan solat subuh dua minit lebih awal berbanding kawasan lain di Dubai.
Menurut ahli astrofizik terkenal, Neil deGrasse Tyson menerusi thenational.ae yang dikeluarkan kelmarin, waktu berbuka puasa unik di Burj Khalifa adalah kerana matahari terbenam agak lambat di tingkat paling atas menara yang menjadi kebanggaan di Dubai itu.
Tempoh Berpuasa Paling Lama & Paling Pendek
Sementara itu, kajian dilakukan portal beli belah dalam talian, CupoNation mendapati tempoh berpuasa paling lama di dunia adalah di Greenland. Data dikeluarkan menunjukkan waktu puasa terpanjang adalah 21 jam 42 minit di wilayah autonomi Denmark itu yang terletak antara Atlantik Utara dan Lautan Artik.
Penduduk Islam di negara pulau itu hanya mempunyai tempoh 2 jam 18 minit untuk berbuka dan kembali berpuasa.Hari pertama berpuasa di negara itu adalah selama 19 jam 35 minit dan hari terakhir adalah selama 21 jam 42 minit.
Manakala, tempoh berpuasa paling pendek di dunia pula adalah di New Zealand iaitu selama 11 jam 10 minit.
MW: Lokasi dan geografi setempat memainkan peranan dalam menentukan tempoh berpuasa. Semoga umat islam di seluruh dunia dapat menunaikan ibadah rukun islam ketiga ini dengan sempurna.
Memang unik nama dua beradik Muhammad Durry Yan, 6 dan Nur Rambutt’an, 1 ini.Identiti pengenalan diri dua beradik yang nama mereka mirip kepada buah-buahan tempatan menjadi viral di media sosial tidak lama dahulu.
Dokumen pengenalan diri milik Muhammad Dhury Yan yang lahir pada 21 Ogos 2012 dan adiknya, Nur Rambutt’an yang lahir pada 14 Mac 2017 menjadi bualan hingga viral seluruh negara.
Bapa mereka, Abi Amin Mahayadin, 40, mengakui terkejut dan kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang telah menularkannya.
Menurutnya, sejak menjadi tular, dia menerima kecaman hebat dari netizen namun mengambil pendekatan positif kerana memikirkan tindakan menamakan kedua-dua anaknya adalah keputusan keluarga.
“Nama ni dapat dari orang-orang lama, depa orang baik-baik, ada pertalian keluarga juga, macam pangkat tok-tok, jadi kami ikut sahaja,” katanya.
Tiada Kaitan Nama Buah-Buahan Tempatan
Menurutnya, ia sama-sekali tiada kaitan dengan nama buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan.Difahamkan, Muhammad Durry Yan diberi gelaran Yan dalam keluarga manakala Nur Rambutt’an digelar Adik An atau Nora.
Beliau bagaimanapun mengharapkan masyarakat menghormati keputusan keluarga itu tanpa meninggalkan sebarang persepsi sehingga menjejaskan masa depan anak-anaknya.
Temu bual bersama Yan dan Adik An, mengakui mereka sukakan buah-buahan tempatan termasuk durian dan rambutan.Yan berkata, dia suka makan durian dan mengakui adiknya juga sukakan buah rambutan.
MW: Biarlah apa juga nama yang diberikan untuk anak, yang paling penting ia membawa maksud yang baik-baik buat mereka.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...