Skrub viral alami ini mudah saja nak buat. Tak ambil masa yang lama pun. Selain dilumur pada tangan, boleh juga cuba dekat bahagian kaki yang gelap dan kusam. Nanti taklah muka saja putih tapi tangan hitam. Cantik, biarlah sekata.
Puan Azzatie Intan Suraya berkongsi cara buat skrub viral alami dan aturan penggunaannya. Panduan bergambar disertakan untuk mudahkan mak-mak lebih faham.
“Korang dah try belum? Ala.. yang viral sampai habis licin stok lotion vaseline ni kat kedai.” Katanya yang buatkan MW pun tak sabar nak mencuba.
Nota : Anda yang kulit jenis sensitif tak digalakkan mencuba skrub ini.
1 sudu besar soda bikarbonat
1 biji limau nipis
1 genggam asam jawa
Losyen vaseline
Seketul tangan untuk disental
“Sedap weh bau tangan. Perap tangan tu 15 minit tau. Kalau buat dengan kecap cantik cam che ta la tangan ye dak
?” Selorohnya.“Papa balik sat gi, nak hulur tangan kat dia. Abaikan tangan gebu berurat angkat kettlebell hari-hari tu.”
Sumber/Foto : Azzatie Intan Suraya