Skrub viral alami ini mudah saja nak buat. Tak ambil masa yang lama pun. Selain dilumur pada tangan, boleh juga cuba dekat bahagian kaki yang gelap dan kusam. Nanti taklah muka saja putih tapi tangan hitam. Cantik, biarlah sekata.

Puan Azzatie Intan Suraya berkongsi cara buat skrub viral alami dan aturan penggunaannya. Panduan bergambar disertakan untuk mudahkan mak-mak lebih faham.

Korang dah try belum? Ala.. yang viral sampai habis licin stok lotion vaseline ni kat kedai.” Katanya yang buatkan MW pun tak sabar nak mencuba.

Nota : Anda yang kulit jenis sensitif tak digalakkan mencuba skrub ini.

Bahan-bahan Diperlukan

1 sudu besar soda bikarbonat

1 biji limau nipis

1 genggam asam jawa

Ads

Losyen vaseline

Seketul tangan untuk disental

Rujuk Gambar Untuk Membuat Skrub Viral Alami

 

Skrub Viral Alami, 15 Minit Dah Buatkan Tangan Secantik Che Ta
Bahan-bahan

 

 

Ads
Skrub Viral Alami, 15 Minit Dah Buatkan Tangan Secantik Che Ta
Campurkan semua bahan ikut sukatan di atas.

 

 

Skrub Viral Alami, 15 Minit Dah Buatkan Tangan Secantik Che Ta
Lenyek asam jawa guna tangan bagi sebati.

 

 

Skrub Viral Alami, 15 Minit Dah Buatkan Tangan Secantik Che Ta
Lumurkan dekat tangan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas bersih dengan air.

 

Ads

 

Skrub Viral Alami, 15 Minit Dah Buatkan Tangan Secantik Che Ta
Nah! Hasilnya.. jadi lebih cerah dan berseri.

 

 

Hasilnya Tangan Berbau Wangi

Sedap weh bau tangan. Perap tangan tu 15 minit tau. Kalau buat dengan kecap cantik cam che ta la tangan ye dak?” Selorohnya.

Papa balik sat gi, nak hulur tangan kat dia. Abaikan tangan gebu berurat angkat kettlebell hari-hari tu.”

Sumber/Foto : Azzatie Intan Suraya

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI