Kecantikan

Skrub Beras, Madu, Lemon Ni Berkesan Hilangkan Parut Jerawat, Ada 3 Lagi Manfaatnya Yang Best!

Share

Gabungan skrub beras, madu dan lemon/limau ini mempunyai 4 khasiat untuk kulit muka sampailah ke seluruh tubuh wanita, Semua bahan ini mudah diperoleh. Nak membuatnya pun mudah saja. Jimat pun jimat!

Perkongsian Cik Puan Cty Hajer

mengenai skrub DIY untuk wanita ini cukup bagus dan mudah dicuba.

Manfaat

1.   Menghilangkan parut jerawat

2.   Menghilangkan daki di muka/badan

3.   Menghilangkan jeragat

4.   Menanggalkan sel kulit mati

Bahan-bahan

5 sudu beras

3 sudu madu asli (ambil guna sudu plastik)

2 hiris lemon/limau

Nota

Kuantiti boleh ikut sesuka hati. Kalau nak pekat letak banyak beras.

Kalau nak cair letak banyak lemon.

Boleh disapu di seluruh badan.

Haja dah cuba dan terbukti parut-parut degil boleh hilang. Lepas ni tak payah membazir duit beli skrub yang mahal just guna bahan-bahan di dapur je.”

Langkah 1

Beras dikisar menggunakan blender kering. Beras tidak boleh terlalu kasar atau hancur.

Tip

  • Jika terlalu kasar akan melukakan kulit bila kita gosok di muka.
  • Jika terlalu hancur kotoran / parut /jeragat susah hilang.

Langkah 2

Tambah 3 sudu madu dalam adunan.

Langkah 3

Potong 2 keping lemon atau limau. Perah ke dalam adunan tadi.

Langkah 4

Gosok adunan tersebut dimuka menggunakan lemon atau jari (pastikan tangan bersih). Jangan gosok terlalu lama nanti kulit akan terluka.

Langkah 5

Basuh muka menggunakan air yang bersih. Lap muka guna tuala yang bersih.

Selepas ini bolehlah jadikan amalan pemakaian skrub beras, madu dan lemon/limau ini. Sebab memang besar manfaatnya terutama nak hilangkan parut jerawat dan jeragat.

Jika suka boleh SHARE

Sumber/Foto: Cty Hajer via Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer