Siti Sarah Kongsi Video Resipi Bawal Emas 3 Rasa “Bermadu” Masakan Shuib, Serius Kelakar Buat Ramai Terhibur!

Share

Cuti hujung minggu ni, ramai yang meluangkan masa masak menu istimewa untuk keluarga. Tidak kurang juga, ada para suami yang rajin singsing lengan, masuk dapur memasak untuk gembirakan hati isteri dan bagi ‘chance’isteri berehat gantung kuali.

Baru sebentar tadi, penyanyi Siti Sarah Raisuddin ada memuat naik video resipi Bawal Emas 3 Rasa “Bermadu”, hasil air tangan suami tercinta, Shuib Sepahtu didalam instagramnya.

Namun perkara yang mencuri perhatian ialah cara Shuib menyampaikan perkongsian resipi tersebut cukup kelakar dan membuat ramai pengikutnya yang terhibur.Kalau dah berjiwa pelawak, memang tidak kering gusi dengan lawaknya walaupun sekadar berkongsi resipi.

Buat mak-mak yang nak cuba resipi Bawal Emas 3 Rasa “Bermadu” versi Shuib ini, berikut adalah resipinya sebagai rujukan:

Bahan-Bahan:

Ikan Bawal Emas
Minyak Masak

Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Serai

Cili Kisar
Sos Tomato
Buah Tomato
Cili Besar
sedikit Air
Nenas
Buah Epal
Madu
Daun Ketumbar

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.Goreng ikan bawal dalam kuali tersebut sehingga masak, ketepikan.


3.Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai yang telah dihiris hingga naik bau.


4.Masukkan cili kisar dan sos tomato, tumis sehingga garing dan masukkan sedikit air.

5.Masukkan pula cili besar, nenas, buah tomato dan buah epal yang dipotong kiub.Kacau sebati.


6. Masukkan pula sedikit madu, kacau sebati dan didihkan seketika.


7. Curahkan kuah tersebut diatas ikan.

Siap! Selamat Mencuba!

Berikut adalah perkongsian video resipi tersebut!

Mudah je kan nak masak Ikan Bawal Emas 3 Rasa “Bermadu” versi Shuib ini. Mak-mak boleh buat sendiri di rumah.

Sumber: Siti Sarah Raissuddin

Published by
Suhaidah Abd Wahab