Hari ini ramai yang turut bersedih dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya pada 5.13pagi. Meskipun ramai yang mengenalinya sebagai seorang selebriti, namun kehilangannya terasa begitu dekat di hati semua.
Sungguh, pemergian Siti Sarah menemui Sang Pencipta sebenarnya adalah secebis kisah besarnya pengorbanan dan jihad seorang ibu ketika hamil dan melahirkan anak, yang kita sering terlepas pandang.
Bukan kerana SITI SARAH artis yang buat satu negara ternanti-nanti perkembangan beliau. Tetapi Allayarhamah merupakan satu cerita pengorbanan ibu-ibu yang biasa kita terlepas pandang kerana ia berlaku pada sosok bukan selebriti.
Takziah untuk Shuib dan seluruh keluarganya. Jihad seorang ibu antaranya ialah mengandung sehingga melahirkan sahaja juga telah tuntas. Seorang ibu sentiasa memikirkan tentang anaknya. Tak lekang dari bibir
“Doakan anak saya”
“Tolong selamatkan anak saya”
Dan doa itu melebihi keutaman untuk dirinya diselamatkan. Apabila seorang yang hamil perlu diintubasi, doktor perlu mengeluarkan bayi dalam kandungan agar paru-paru mempunyai lebih ruang untuk berkembang dan menghasilkan oksigen dalam darah.
Saya sendiri menanti perkembangan dari IG suaminya, Shuib dengan penuh debar. Saya simpan kata-kata cuma yang keluar hanya doa. Namun, pola kemerosotan kesihatannya mirip dengan arwah anak istimewa saya sendiri.
Mula oksigen kurang dari 90, doktor katakan dah rendah boleh merisikokan fungsi otak. Saya katakan dalam diri, it’s ok kalau anak ini nanti tidak bijak ataupun kurang akalnya. Asalkan kami dapat peluang menjaganya.
Bila turun bawah 80, doktor cuba lagi dengan pelbagai radas kerana katanya, paras oksigen bawah 80 merisikokan organ. Masa ni kami berkata dalam hati, it’s ok kalau kami terpaksa jaga anak ini sepanjang hayatnya bed ridden.
Semuanya hanya DOA DOA DOA.
Ada ketika, paras oksigen jatuh sangat rendah sekitar 60-an. Panic dan merayu doktor lakukan sesuatu sedangkan doktor juga sedang melakukan pelbagai ikhtihar. Kemudian paras oksigen kembali baik. Dah gembira, dan dah kongsikan kegembiraan itu dalam medsos. Ribuan yang mendoakan. Alhamdulillah.
Tak lama, dapat panggilan awal pagi “Encik Saiful, anak Encik keadaanya sangat tak ok, Encik boleh datang sekarang ye”. Maknya dari mula anak saya masuk ICU, tak balik-balik dah. Selepas keadaan baik sedikit, baliklah ke rumah sebentar mengurus diri yang dah tak terurus. Masa itu lah, hospital menelefon.
Spo2 drop ke kadar membimbangkan. 40-50-60-40-50 begitu. Buah pinggang mula rosak, air kencing dalam beg perkumuhan tak bertambah, muka dan badan membengkak kerana air yang masuk tak dapat dikumuhkan.
Macam Shuib dan anak-anaknya, kami juga sama melalui detik ini. Kami dah tak mengharapkan SAINS lagi kerana sains telah digunakan semaksimanya, ketika itu kami mengharapkan keajaiban dari Allah.
Balik kepada kenapa saya dan mungkin ramai rakyat Malaysia mengikuti cerita Allayarhamah Siti Sarah, kerana beliau menjadi ikon cerita perngorbanan ibu-ibu yang sebelum ini jarang tular kerana tidak berlaku kepada seorang ikon. Kematian ini ialah satu pendidikan besar kepada seluruh ummat manusia tentang kehebatan seorang yang bernama IBU.
Dah setahun lebih kita disekat dengan pelbagai sekatan untuk kita menjengah ibu dan bapa kita di kampung. Sekiranya mereka masih ada, buatlah video call bertanya khabar mereka. Kita tidak tahu sejauh mana mereka telah berkorban untuk kita. Kita juga tidak tahu, bila kali terakhir kita akan bercakap dengan mereka. Mungkin, panggilan kita selepas dari ini kepada mereka adalah panggilan terakhir.
Kematian Siti Sarah hari ini, ialah Kematian yang Menghidupkan banyak jiwa-jiwa manusia yang sudah mati.
Hargai ibu
Allah tak ciptakan kita manusia sehebat manapun, datang dalam kotak bubble wrap dengan manual pengoperasian. Tapi Allah jadikan kita dari rahim seorang ibu.
SAIFUL NANG
Abah Allahyarham Arman
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suaminya, Shuib Sepahtu dan empat orang anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, bayinya yang baru dilahirkan secara pembedahan.
Baca Lagi Di Sini :
Allahyarham Siti Sarah Berkali Tanya, Nak Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin
Allah Lebih Menyayangimu, Siti Sarah Meninggal Dunia, “Bidadari Saya Pergi Selamanya” Shuib
“Bangun 5 Pagi Tolak Troli, Buka Gerai, Barulah Ke Sekolah” Siti Sarah
Siti Sarah Masuk ICU, Mohon Doakan Ibu Dan Anak Dalam Kandungan
Mingguan Wanita : Semoga jihadnya melawan sakit, melahirkan anak dan berjuang melawan wabak serta mati dalam redha suami, arwah Siti Sarah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan dimasukkan di syurga hendaknya. Alfatihah.
Sumber: Saiful Nang
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita