Siti Nurhaliza Mula-Mula Pun Kayuh Basikal ‘Basic’, Tak Perlu Basikal Mahalpun

Share

Aktiviti berbasikal semakin hari semakin popular dan diminati ramai. Malah pagi-pagi ketika mendengar topik perbualan di radio pun bercerita kisah yang sama. Apatah lagi aktiviti ini dicop mewah oleh segelintir warganet kerana aktiviti bersukan ini kian digemari selebriti tempatan.

Akitiviti ini turut diceburi oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Sebenarnya Siti sudah melakukan aktiviti sihat ini sejak beberapa tahun lalu.

Raikan Ulang Tahun Perkahwinan Dengan Acara CTDK Frasel Hill Ride

Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Siti akui berasa seronok tatkala berbasikal apatah lagi bila ditemani suami kesayangan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
“Saya rasa seronok dibuatnya apabila dapat mencabar diri menunggang basikal mendaki bukit. Malah, ditemani pula suami dan anggota keluarga lain.

“Memang bertuah kerana suami juga sangat meminati aktiviti berbasikal ini dan kami saling menyokong. Malah Datuk Khalid juga banyak membantu saya menimba ilmu dan berkongsi pelbagai maklumat terkini yang menarik mengenai basikal,” terang Siti yang juga turut meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-14 jatuh pada 12 Ogos yang diraikan mereka lebih awal dengan mengadakan acara CTDK Fraser Hill Ride, baru-baru ini.

Basikal ‘Basic’Kemudian Teringin Beli Yang Baru

Aktiviti berbasikal Siti juga menarik perhatian warganet malah ada yang mendakwa harga basikal milik Siti berjumlah puluhan ribu ringgit dan turut disamakan dengan harga sebuah kereta.

Elak Jadi Gemuk, Lyn Sha’are Ajak Wanita Keluar Peluh Dengan Kayuh Basikal & Tunggang Motosikal

Arwah Abah Gaji RM700 Untuk 9 Sekeluarga, Bila BERSYUKUR Allah Beri Lebih – Siti Nurhaliza

Bercerita lanjut mengenai aktiviti sukan diceburi itu bertaraf mewah, Siti menerangkan sebenarnya tidak perlu membeli basikal yang berharga mahal pada awal pembabitan.
“Saya pun ada basikal ‘basic’ di rumah. Cuma, apabila semakin mahir dan seronok menunggang maka teringin pula nak beli yang baharu. Apatah lagi, saya pula suka menyertai acara berbasikal.

Sambung Siti lagi, jika betul-betul meminati aktiviti berbasikal tak perlu mengikut cara orang lain terutama harus memiliki basikal mahal.

“Paling utama untuk aktiviti berbasikal ini, kena pastikan stamina fizikal mesti kuat. Begitu juga dengan mental. Tak guna basikal dah mahal, tapi stamina kaki mengayuh masih kurang.

“Tidak terkecuali, kita harus betul-betul minat nak berbasikal dan bukan terikut-ikut orang lain. Barulah diri gembira dan seronok melakukannya,” tambahnya.

MW ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 11 buat Siti Nurhaliza dan suami.

Sumber / Foto: Instagram CTDK https://www.instagram.com/ctdk/
Sumber: https://www.hmetro.com.my/rap

Sila kepautan lain untuk mendapatkan kisah yang lebih menarik di Instagram MW:
https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh