aafiyah

Doa pendek namun penuh pengertian menjadi sandaran serta ilham buat penyanyi kesayangan negara Datuk Seri Siti Nurhaliza,39 dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa,59 ketika menamakan anak mereka Siti Aafiyah Binti Khalid.

‘Aafiyah’, ringkas, pendek, senang disebut namun penuh bermakna. Dikala segelintir mak ayah yang suka letak nama anak panjang berjela, sebutan dan tulisan pun payah nak sebut, makna anak pun tak tentu maksudnya. Tindakan Siti Nurhaliza dan suami menamakan anak mereka wajar dipuji dan contohi oleh mak ayah yang lain.

Siti Nurhaliza ada berkongsi video pendek doa ini di laman instagram sebagai panduan buat para peminatnya.

Ia merupakan doa yang diajarkan Rasullah (SAW) kepada bapa saudara sendiri, Al Abbas.

أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً

Allahumma Inni Asaluka Al-‘afiyah

IKLAN

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata: “Ya Rasulullah, ajarkanlah doa,” katanya.
Nabi (ﷺ) berkata: “Wahai bapa saudara saya, bacalah :

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة
Allahumma inni asaluka al-‘afiyah
(Ya Allah, aku meminta kepada kamu ‘afiyah).

‘Afiyah bermaksud :

Untuk menyelamatkan aku daripada sebarang kesusahan yang menimpa.
Untuk menjadi sihat,kita berada dalam ‘afiyah.
Untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam ‘afiyah.
Untuk hidup, kita berada dalam ‘afiyah.
Untuk mempunyai anak-anak kita di lindungi,Kita berada dalam ‘afiyah.

Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah.Jadi, pada asasnya ‘Afiyah bermaksud:

“Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan.”

Ini termasuk didunia dan akhirat.

IKLAN

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali selepas beberapa hari dan berkata:

“Ya Rasulullah, doa ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang besar.”

Nabi (ﷺ) berkata:

“Bapa saudara ku yang dikasihi, memohon kepada Allah untuk ‘Afiyah, anda tidak boleh diberi apa-apa lebih baik daripada ‘afiyah. Ia adalah doa yang mudah.”

Yang benar bermakna apa yang anda katakan ketika berdoa.

IKLAN

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk selamat daripada sebarang kesusahan,kesedihan,bahaya dan jangan menguji saya dan lain-lain.”

Semua ini termasuk dalam “Allahumma inni asaluka al-‘afiyah”
(Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi).

Team Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memilih untuk bersederhana dalam segala segi, baik memilih nama anak, mengadakan majlis dan sebagainya. Mungkin selepas ini nama ‘Aafiyah’ bakal menjadi trend, inspirasi dan ikutan ramai, buat mak ayah dalam menamakan anak mereka!

Baca juga:

Yang Baik-Baik Buat Siti Aafiyah, Inilah Doa Siti Nurhaliza

Sumber: Instagram Ctdk

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI