Berita

Siti Nordiana Setuju Selesai Kes Saman Fitnah RM2.5 Juta Secara Baik Terhadap 5 Sahabat

Share

Siti Nordiana setuju selesai kes saman fitnah RM2.5 Juta secara baik terhadap 5 sahabat. Akhirnya kes saman yang difailkan oleh penyanyi Siti Nordiana terhadap lima sahabat yang berlanjutan selama dua tahun berkesudahan.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panghilan Nana sebelum ini menfailkan saman terhadap Mohd Razlan Mohamed Yusof (Lan Solo), 38 dan isterinya, Nur Sheila Hassim, 38, serta penyanyi Syura atau Zuraidah Badron, 37.

Dua lagi, Pegawai Perhubungan Awam syarikat rakaman, FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45, serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 43.

Untuk rekod terdahulu, dalam pernyataan tuntutannya, Nana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui siaran langsung dikendalikan Nur Sheila yang disertai empat defendan lain menyiar, mengeluar dan menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Siti Nordiana Setuju Selesai Kes Saman Fitnah RM2.5 Juta

Seperti yang dilaporkan, peguam yang mewakili Nana, Abang Azlan Abang Ariffin memberitahu, perbicaraan kes tidak diteruskan selepas terdapat perbincangan antara anak guamnya selaku plaintif dan lima defendan.

Katanya, mereka bersetuju supaya kes saman fitnah diselesaikan secara baik.

“Kes sudah diselesaikan secara baik, hari ini. Ini adalah persetujuan kedua-dua pihak.

“Persetujuan dilakukan dalam mahkamah selepas peguam berbincang dengan anak guam masing-masing dan bersetuju diselesaikan secara baik, pagi tadi,” ungkap Abang Azlan seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.

Bersetuju Untuk Memohon Maaf

Abang Azlan turut menerangkan, persetujuan dilakukan mengikut terma dan syarat ditetapkan dan dibaca di hadapan Hakim John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.

“Ada tiga terma penyelesaian. Pertama, tanpa liabaliti iaitu kedua-dua pihak bersetuju untuk memohon maaf.

“Kedua, plaintif tiada kebebasan untuk memfailkan semula saman ini. Maksudnya, perkara ini ada penghakiman persetujuan.

“Kalau plaintif tarik balik, jadi penghakiman persetujuan itu tidak wujud.

“Terma ketiga, tanpa perintah terhadap kos,” katanya.

Menyambung hal tersebut, Abang Azlan tidak dapat memastikan atau memberi jaminan mengenai hubungan antara kedua pihak selepas ini.

“Selepas ini, tiada apa-apa perbicaraan. Hubungan antara kedua pihak adalah subjektif, jadi saya tak pasti selepas kes selesai bagaimana keadaan mereka.

“Dari segi bagaimana mereka di luar bergantung kepada masing-masing,” kongsinya.

Menarik Disini : Siti Nordiana Masih Pelik Cium Rayyan Walau Sudah Usia 15 Tahun

Mulianya Hati Lan Solo & Isteri, Bantu Penduduk Kg Sri Aman “Kepuasan, Amanah Dipertanggungjawabkan Dapat Diselesaikan”

Sumber : Berita Harian

Foto : Sheila Razlan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

Published by
Norhayati Suboh