Siti Jamumall dah nikah di Thailand, batal majlis 31 Mei & pilih lelaki lain.
Pempengaruh dan usahawan sensasi Siti Jamumall didakwa sudah melangsungkan pernikahan di Satun, Thailand, pada awal bulan ini. Dirinya yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 31 Mei tetapi akhirya memilih lelaki lain sebagai pasangan hidupnya.
Menguatkan dakwaan itu, Siti Jamumall, 25, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin turut berkongsi video pendek bersama pasangannya dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.
Siti yang juga ibu kepada dua cahaya mata bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai perkara itu.
“Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan,” katanya ringkas.
Terdahulu, Siti sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya namun majlis itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi.
Malah, segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu.
Namun, Siti mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai pembatalan majlis itu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE