Begitu berseri-seri wajah penyanyi yang disukai ramai ini apabila usia kandungannya kini sudah mencecah empat bulan dan mengumumkan bakal menimang bayi lelaki dijangka pada April depan.
Ternyata khabar yang diterima ini begitu indah dan merupakan rezeki yang tidak ternilai buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.
Perkongsian terbaru lebih menarik apabila Siti memberitahu bahawa bayi keduanya itu sebenarnya merupakan kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah, namun embrio tersebut disimpan terlebih dahulu.
Menerusi temu bual program radio #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini, Siti berkata embrio tersebut terjadi pada hari yang sama namun doktor tidak menggalakkan untuk masukkan dua embrio sekaligus dan memilih untuk masukkan Aafiyah terlebih dahulu.
“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF).
“Bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.
“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama.
“Tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu.
“Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” luahnya ketika menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa temuramah tersebut.
Imbas kembali pada 1 Disember lalu ditemani suami Siti telah berkongsi khabar gembira dia kini sedang mengandung anak lelaki menerusi siaran langsung bersama Shopee.
Dalam pada itu, suami Siti, Datuk K turut berkongsi bakal memberikan nama cahaya mata lelakinya itu sebagai Muhamad dan seterusnya dengan nama yang bermula dengan huruf A.
“InsyaALLAH, nama anak akan diberikan pada hari ketujuh kelahiran. Nama anak lelaki saya sebelum ini, semua ada Muhamad dan bermula dengan hurup A. Jadi sama jugalah dengan yang ini.
“Syukur alhamdulillah untuk anugerah ini. Semoga dapat terus doakan yang terbaik agar baby yang bakal lahir nanti dapat menceriakan hidup kami sekeluarga, terutamanya pada Siti dan Aafiyah,” tambah Datuk K.
Baca Disini Juga:
Pengiktirafan Buat Siti Nurhaliza, Tahniah! Terpilih Untuk Diabadikan di Walk Of Fame, Adelaide
“Tiada Niat Berdiam Diri..” Siti Nurhaliza ‘Buka Mulut’ Hamil Anak Kedua
Siti Nurhaliza Kongsi Kelebihan SELAWAT, Salah Satu Tanda Kecintaan Kepada Nabi SAW
Bercerita tentang kandungannya Siti menyatakan, semuanya dalam keadaan yang baik dan sebagaimana kandungan pertamanya dahulu, dia tidak mengidam sesuatu di luar jangkaan.
“Nasib baik kedua-dua anak saya termasuk semasa mengandungkan Aafiyah dulu, saya tidak mengidam nak makan yang susah-susah atau pelik.
“Cuma setiap kali mengandung, saya tak boleh makan pedas sedangkan saya memang sangat suka pedas. Jadi, makan tak puaslah. Apapun alhamdulillah semuanya okay,” terangnya.
Sumber: SinarPlus
Sumber Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza (ctdk)
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita