Ajal dan maut ditangan tuhan.Semua yang ada pada kita, pasangan, anak-anak dan keluarga hanyalah satu pinjaman. Sampai masa akan kembali bertemu pencipta. Hanya kesabaran dan perlu redha dalam aturan setiap ketentuan takdirnya.
Ternyata tuhan lebih menyayangi.Terkini dilaporkan satu-satunya cucu lelaki kepada Pakar Bedah Mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad,59 telah meninggal dunia pagi tadi jam 9.50am. Perkara ini dikongsikan oleh Prof Muhaya didalam Instagramnya.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM. InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah.”
Menurut Prof Muhaya, sistem sokongan hayat yang dipasang terhadap cucunya telah diberhentikan awal pagi tadi.
“Jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk. Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga.”
Sebelum ini, Prof Muhaya ada berkongsi keadaan cucunya, Muhammad Ahmad Aiman yang tenat setelah dimasukkan ke hospital, serta meminta sokongan serta doa buat kesejahteraan cucunya.
“Minta semua doakan cucu kami Muhammad Bin Ahmad Aiman yang sedang tenat di Atur Allah takdir terbaik dunia akhirat . Terima kasih atas doa dan sokongan”
Selain Muhammad, Prof Muhaya turut mempunyai 3 orang cucu perempuan yang lain.Muhammad yang kini berusia dua tahun setengah merupakan anak kepada Dr Noor Atiyah Azmi. Muhammad mempunyai masalah semilobar holoprosencephaly
iaitu kecacatan dari lahir yang mengganggu perkembangan otak.MW: Salam takziah buat keluarga, semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian yang ditakdirkan ini.
Sumber:Instagram Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, Dr Atiyah Azmi