Admin terpanggil mengulas mengenai isu memakan escargot atau siput babi yang pernah tular beberapa ketika dahulu apabila seorang selebriti terkenal memuat naik video menikmati hidangan tersebut di luar negara. Perkara tersebut telah menimbulkan perdebatan di kalangan masyarakat Islam yang mengatakan escargot itu haram di sisi agama.

Siput Escargot? Halal ke dimakan?

Siput Escargot? Halal ke dimakan? Ini penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Menerusi tinjauan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ia menjawab mengenai persoalan mengenai  mengapa siput babi atau escargot tidak boleh dimakan sedangkan siput sedut boleh dimakan?

Laman sesawang https://muftiwp.gov.my/ mengulas mengenai perkara tersebut di mana ia membezakan terlebih dahulu mengenai kedua-dua haiwan tersebut.

Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira.

Ads

Manakala siput sedut pula atau nama saintifiknya Cerithidea obtuse adalah merupakan salah satu spesies siput air dari kelas gastropoda  yang termasuk dalam famili Potamididae. Siput sedut adalah antara haiwan yang hidup di kawasan hutan bakau (mangrove ecosystem).[2]

Oleh itu, secara ringkasnya kita boleh katakan bahawa perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua siput tersebut ialah siput babi adalah merupakan hidupan darat manakala siput sedut adalah merupakan siput akuatik (hidupan air).

Baru-baru ini, kelihatan pasangan selebriti tempatan dilihat meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka di salah sebuah restoran steak terkenal di Kuala Lumpur. Dalam muat naik foto pasangan tersebut, kelihatan menu escargot di atas meja makan malam mereka. Admin juga pernah menikmati steak di restoran terkenal itu dan pernah melihat menu escargot itu terdapat di dalam menu yang disediakan.

Ads

Ini penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Siput Escargot? Halal ke dimakan? Ini penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai pendirian seperti berikut.

Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa semua siput akuatik seperti siput sedut adalah halal dimakan selagimana tidak memudaratkan manakala bagi siput daratan seperti siput babi dan escargot, dan lain-lain, kami cenderung kepada pendapat yang mengharamkannya sebagaimana jumhur ulama kerana ia dianggap sebagai jijik dan kotor serta tabiat manusia semulajadinya akan menjauhi perkara-perkara tersebut.

Imam al-Nawawi menjawab mereka yang berhujah dengan hadis al-Talib bin Tha’labah al-Tamimi bahawa perkataannya yang mengatakan dia tidak mendengar (mengenai pengharaman hasyarat), tidak menunjukkan perkara tersebut tidak didengari oleh sahabat yang lain.  (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/17)

Ads

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI