Sakit pandangan, sesak dada tengok pinggan mangkuk penuh dalam sinki. Dan dan tu terus rasa nak membebel satu rumah. Sebenarnya, ada cara macam mana nak bagi kemas, bersihkan sinki tanpa perlu marah-marah.
Ini tip yang dikongsikan Zatika Izati Puade. Dan bolehlah diturunkan ke anak-anak dan suami. Selepas praktikkan seisi rumah, mudahlah nanti nak urus sinki yang menyakitkan pandangan mata itu.
Rutin harian sebelum tidur ini banyak dicadangkan oleh penulis-penulis buku pengurusan rumah tangga.
Salah satu cara yang sihat untuk menghilangkan stres terutama apabila kita terasa overwhelming dengan kerja rumah dan tak tahu nak mulakan dari mana.
Bayangkan betapa leganya perasaan kita apabila bangun tidur pada waktu pagi, melihat sinki sudah bersih berseri-seri. Boleh saja terus keluarkan haiwan-haiwan beku daripada freezer untuk dimasak. Nak terus masak nasi pun boleh, sebab periuk nasi sudah dibasuh.
Pertama sekali, tukar cara kita melihat sinki yang penuh ni. Mula-mula tu memang la terasa nak marah dan membebel kenapa hasben anak-anak tak nak tolong, apahal la banyak pulak benda dalam sinki ni aku rasa nak lempor semua ke sungai.
Rileks dulu, Puan-puan. Tarik nafas panjang, lepaskan, ucapkan Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberi rezeki kepada kami anak beranak hari ini.
Make it fun, you’ll get it done!
Sebelum bermula, pasanglah surah Al-Mulk (bagus diamalkan sebelum tidur) atau ayat suci Al-Quran atau podcast atau FB Live majlis ilmu. Sambil menyelam, sambil minum air gitu.
Biasakan selepas masak, rendamkan kuali dan periuk supaya kotoran mudah tanggal.
Untuk kuali. Minyak yang sudah digunakan berulang kali, simpan dalam botol plastik. Jangan buang ke dalam sinki. Pastikan sejuk dulu ya sebelum tuang ke dalam botol. Nanti boleh dijual di pusat kitar semula.
Jika ada lebihan nasi, simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk
. Esok-esok boleh buat nasi goreng. Elakkan pembaziran. Masukkan air dalam periuk nasi untuk melembutkan kerak supaya mudah dibasuh.Kain pengelap saya dah rendam siap-siap dalam air sabun.
Basuh pinggan mangkuk. Saya biasa basuh mengikut susunan begini, bermula daripada yang paling kurang kotor:
1. Cawan/mug
2. Sudu, garfu, pisau (saya kutip siap-siap dan rendam dalam satu mug berisi air bercampur sedikit sabun)
3. Pinggan mangkuk piring
4. Periuk, tudung periuk, kuali
5. Bekas-bekas plastik eg. tapis.
Isi semula sabun pencuci tangan. Guna sebotol sudah. Basuh botol hampir kosong tu dan masukkan sekali dalam plastik untuk dikitar semula. Redholah sabun perisa limau dalam bekas sabun perisa anggur. Asal boleh.
Sabun pencuci pinggan jenis pekat, saya campurkan air siap-siap, boleh terus digunakan tanpa membazir sabun dan air.
Dapur ibarat nadi sebuah rumah, malas sekalipun sebelum tidur kemas dulu.
Gunakan berus kecil atau berus gigi terpakai untuk membersihkan celah-celah sinki, pada bahagian belakang paip. Bilas dengan air bersih dan lap supaya kering.
Pastikan lantai dan kaunter dapur juga bersih dan tiada makanan tertumpah, bagi mengelakkan didatangi semut, lipas atau cicak.
Sampah di dalam tong sampah, jika sudah penuh, ikat rapi dan panggil anak bujang yang sedang main PUBG tu. Minta tolong dia buang terus ke dalam tong sampah di luar rumah.
Siap!
Sejuk mata memandang apabila sinki sudah bersih begini.
#tipmakmak
zip #99stressfreemummy
Kalau buat siang, mak pasang kpop. Gitu.
MW : Terasa mudahkan bila ikut aturan yang dikongsikan ini. Bukan saja mak-mak lega, jika anak-anak dan suami praktikkan, satu keluarga jadi senang.
Sumber/Foto : Zatika Izati Puade
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita