Stres atau tekanan adalah satu keadaan di mana seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal mahupun mental berkait rapat dengan rutin harian dan cara hidup kita. Menurut kajian stress dan kesihatan yang dilakukan oleh Dr Izzat Hazmir Ismail, memaklumkan Dr. Hans Selye,yang juga pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.

‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Tahukah anda tekanan perasaan itu terbahagi kepada positif dan negatif. Tekanan positif dinamakan sebagai “eustress” manakala yang tekanan negatif pula dinamakan sebagai “distress.”

Nak tahu cara alami menangani stress tanpa melibatkan pengambilan ubat penenang? Berikut adalah remedinya.

  1. Permainan sensori

Dengan menggenggam bola, slime, patung squishy (patung yang boleh ditekan dan kembali kepada bentuk asalnya) sebagai cara meredakan stres. Perbuatan menggengga permainan sensori ini tampak remeh, tapi percayalah…tindakan sekecil itu mampu meredakan tekanan yang anda lalui. Tak percaya? Cubalah!

  1. Jom cuci pinggan dan baju secara manual

Mungkin ada yang memandang singki yang penuh sebagai satu bentuk kemalasan, sebaliknya ada individu tertentu melihat lambakan pinggan mangkuk yang belum dicuci sebagai mediuam menenangkan. Percayakah anda, kajian mendapati aktiviti mencuci pinggan sebenarnya sejenis terapi yang menenangkan jiwa.

Satu kejadian melibatkan 51 mahasiswa yang dilakukan di sebuah universiti terletak di Florida, melaporkan usai selesai proses mencuci pinggan didapati kadar stres pelajar menurun. Mereka dilaporkan lebih fokus, menikmati aroma bauan pencuci pinggan dan menaikan inspirasi untuk menyelesaikan tugasan itu. Selain mencuci pinggan, mencuci pakaian secara manual juga mencatatkan kepuasan yang sama dan meredakan stres yang anda alami.

IKLAN
  1. Mewarna

Jangan ingat hobi mewarna hanya sesuai dilakukan oleh anak kecil dan pelajar di sekolah rendah. Beberapa tahun lalu lambakan buku mewarna khusus untuk orang dewasa, laris terjual. Begitu juga beberapa aplikasi mewarna menerusi telefon bimbit diperkenalkan bagi menggalakkan orang dewasa mencurahkan kreativiti mereka mewarna menerusi skrin telefon pintar. Percaya atau tidak, masa yang diambil menyiapkan satu-satu subjek, secara tak langsung membuatkan anda lebih tenang dan fokus. Jom beli buku mewarna dan mulakan hobi ini apabila anda dibelenggu stres.

  1. Aktifkan diri dengan sukan olahraga

Berlari, bersukan sambil mengeluarkan peluh…mampu mengalihkan tumpuan anda kepada perkara yang lebih sihat. Dengan menggunakan seluruh anggota tubuh ketika melakukan aktiviti bersenam atau olahraga, anda sebenarnya telah menyahkan ‘kuman’ stres yang sedang melemahkan anda. Sambil mengeluarkan peluh dan nikmati pemandangan hijau di taman, anda telah menyalurkan rasa sesak dek tekanan itu dengan cara yang aktif lagi menyihatkan.

  1. Melihat telatah si kecil

Personaliti media sosial kini menjangkaui pelbagai lapisan umur. Anak selebriti mahupun si kecil yang mempunyai karekter menarik dan comel juga sudah mempunyai akaun sosial peribadi sendiri.Jika anda kusut, apa kata skrol telefon anda dan lawati akaun rasmi si cilik tadi sambil melihat keletah mereka. Percayalah dengan menonton video aksi mereka, mahupun membaca kapsyen lucu berkaitan anak-anak kecil ini…pastinya kekusutan yang dialami sedikit terubat.

IKLAN
  1. Dengan muzik yang menenangkan

Muzik juga boleh menjadi penawar kekusutan. Pilih muzik yang menenangkan tidak terlalu menjerit malah suara si penyanyi membuatkan hati kembali tenang sebaik mendengarnya.

  1. Banyakkan minum air putih

Jika perasaan marah meluap-luap di dada, dalam Islam sendiri menyarankan umatnya segera mengambil wudhu bagi meredakan amarah. Anda juga digalakkan minum air putih bagi mengembalikan fungsi otak agar lebih tenang dan rasional. Selain baik untuk kesihatan, air kosong yang kosong kalori itu mampu menyejukkan hati yang sedang membara dan kekusutan.

  1. Tekan kelopak mata dengan menggunakan hirisan timun

Sifat timun yang sejuk membuatkan ia cukup selesa dinikmati. Cara pantas meredakan tekanan adalah dengan meletakkan beberapa hirisan timun yang telah disejukkan di dalam peti sejuk dan letakkan di atas kelopak mata. Sensasi sejuk semula jadi membuatkan anda lebih tenang.

IKLAN
  1. ‘Power nap’

Tidur yang nyenyak dalam tempoh 10-15 minit, atau dikenali sebagai ‘power nap’ mampu membuatkan kita lebih produktif dan segar. Selain dapat mengembalikan tenaga ia juga dilaporkan mampu meningkatkan memori kita. Kajian yang dilakukan oleh University of California mendapati ‘power nap’ dapat meningkatkan lagi mutu kerja dan meredakan stres. Jangan terkejut jika anda dapati syarikat terkemuka dunia seperti ibu pejabat Google di California, Mercedes Benz di Texas, Uber di San Francisco dan Huffington Post di New York mewajibkan pekerja mereka ‘power nap’ bagi memastikan pekerja mereka memberikan kualiti kerja terbaik. Menarik bukan?

10 . Menyulam

Menyulam memerlukan ketelitian dan komitmen berpanjangan dalam menghasilkan satu-satu projek. Gerakan tangan yang berulang dan kedudukan postur tubuh yang betul membantu anda melenyapkan ketegangan yang melanda di dalam fikiran.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI