Selepas kejayaan menghasilkan aplikasi e-Azzuha, syarikat pelancongan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd sekali lagi mencipta sejarah dengan memperkasakan teknologi Virtual Reality (VR) untuk simulasi pengalaman ibadah haji dan umrah bersama Az Zuha.
Inisiatif itu bertujuan untuk membantu bakal jemaah memahami dan merasai suasana sebenar di Tanah Suci sebelum mereka memulakan perjalanan yang penuh keberkatan itu
Detik istimewa itu turut dirasai kira-kira 250 bakal jemaah haji yang bakal mengerjakan ibadah itu pada tahun depan dalam Majlis Pelancaran Inovasi Teknologi VR Umrah dan Haji Azzuha yang berlangsung di Bangi, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Az Zuha Group Travel and Tours, Abdul Malik Abdul Raman berkata, melalui teknologi VR pengguna dapat merasai pengalaman haji dan umrah bersama Az Zuha dalam suasana yang realistik.
“Az Zuha percaya inovasi ini bukan sahaja memberikan peluang kepada jemaah untuk mendalami persiapan mereka ke Tanah Suci, tetapi turut memperkenalkan pendekatan baru dalam pelancongan Islamik yang memanfaatkan teknologi terkini.
“Alhamdulillah majlis yang berlangsung memberi peluang kepada hampir 250 bakal tetamu Allah yang bakal mengerjakan ibadah haji tahun depan bersama pakej haji Az Zuha.
“Rata-rata yang hadir berpeluang merasai sendiri pengalaman menggunakan teknologi VR dan begitu teruja untuk berada di Tanah Suci bagi melakukan ibadah,” katanya.
Menurut Abdul Malik, sebagai penghargaan kepada bakal jemaah terpilih berpeluang merasai pengalaman VR di booth Az Zuha pada Karnival Haji 2025 yang akan berlangsung di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang, bermula 3 hingga 5 Januari ini.
“Peluang eksklusif ini bakal memberikan pengalaman istimewa kepada jemaah untuk memahami perjalanan ibadah mereka bersama Az Zuha dengan lebih mendalam dan bermakna melalui teknologi VR ini secara percuma.
“Selain itu, pelbagai aktiviti dan tawaran istimewa disediakan kepada pengunjung untuk mengetahui sebarang maklumat atau pakej umrah dan haji yang kami sediakan,” katanya.
Untuk rekod, Az Zuha sekali lagi dilantik sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1446H/2025M.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.