Simptom Depresi Lelaki Dengan Perempuan Berbeza & Orang Waras Tak Akan Buat ‘Kerja’ Ni

Share

Setiap kita tentu ada masanya mengalami simptom depresi yang tidak kita sedari. Tanpa sebarang tindakan yang cepat, ia boleh menjadi teruk dan lebih menyedihkan kesannya bukan pada diri sendiri tapi melibatkan ahli keluaerga.

Mungkin inilah yang berlaku pada seseorang yang mengalami simptom depresi sehingga berlaku sesuatu di luar kawalan. Jika tidak diubati dari awal, bimbang akan jadi lebih buruk.

Dengan keadaan masalah ekonomi keluarga, harga barang semakin tinggi, tiada pekerjaan dan sebagainya, ia boleh menjadi salah satu punca simptom depresi pada seseorang.

Tak mustahil juga apa yang telah viral tentnag berita gempar sebelum ini mungkin disebabkan depresi. Tak perlulah menuduh yang bukan-bukan sebab kita tak tahu apa yang berlaku mereka.

Antara perkongsian daripada Dr Maryam Jamadil turut memperkatakan itu boleh jadi kerana simptom depresi yang dialaminya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Depresi Tahap Disorder, Bukan Sebab Kurang Iman, Ini PENYAKIT Perlukan Rawatan

‘Tak Pernah Bergaduh, Menantu Bukan Jenis Baran.’ Lelaki Larikan Diri Selepas Kelar Isteri, Anak

Info Lebih Menarik DI SINI

Simptom Depresi, Lelaki Sukar Untuk Mengakui

Saya terbaca “caption” di atas bersama-sama dengan berita gempar semalam tentang seorang lelaki membunuh anak dan isterinya. Sakit pula hati, walaupun orang luar.

Kalau kita orang luar tidak tahu cerita, tolonglah jangan komen bukan-bukan. Walaupun perbuatan tersebut adalah salah dan menyayat hati tetapi cukuplah dengan mendoakan mangsa dan keluarga yang terlibat.

Sebak bila baca statement bapa mangsa, yang anak dan menantunya tiada masalah dan hubungannya sangat rapat. Jiran pun beritahu yang tidak pernah mendengar mereka bergaduh.

Baru kahwin.
Akhir bulan ini baru buat kenduri kahwin.
Bayi umur 25 hari.
Masih masih dalam pantang.
Baru diberhentikan kerja / tiada kerja tetap.

Dengan kos barang dah meningkat, separuh troli pun dah beratus ringgit. Nak beli barang keperluan bayi lagi, isteri berpantang lagi.

Orang Waras Tak Akan Buat

Orang yang sedang berfikiran waras tidak akan melakukan perbuatan itu. Tetapi tetap ia bukan lesen untuk melakukan jenayah.

Tahukah kalian yang:

1. Simptom depresi lelaki dan wanita berbeza.
2. Kalau wanita jumpa doktor, mereka akan lebih beritahu tentang masalah emosi tetapi lelaki akan beritahu tentang masalah fizikal (sakit badan, masalah penghadaman dan sebagainya).
3. Pendekatan yang berbeza untuk membantu masalah depresi, lelaki susah untuk mendalami masalah emosi jadi penting untuk mereka kenalpasti simptom dahulu.
4. Lelaki juga sukar untuk mengakui dan kenalpasti yang mereka memang ada masalah depresi.


5. Walaupun wanita lebih ramai menghidap depresi tetapi kes bunuh diri lelaki 2 kali ganda daripada wanita.

Teringat saya semasa berklinikal 2 bulan dalam bidang psikiatrik, 1001 cerita yang ada.

Semasa kendalikan kes fizikal, badan penat. Tapi semasa kendalikan kes psikiatrik, otak yang penat.

Balik rumah kepala rasa “panas”.

Sebab itu staf kesihatan yang bekerja dalam bidang psikiatrik dapat cuti khas 14 hari tambahan setahun. Sangat besar cabarannya sebab kadang-kala terbawa-bawa masalah pesakit balik ke rumah.

Ramai orang ingat yang depresi hanya boleh ada pada orang yang banyak masalah, tak tahu yang depresi ini adalah satu penyakit. Orang yang tak ada masalah hidup pun boleh dapat.

Ramai tak tahu yang Occupational Therapist juga ada yang bekerja dalam bidang psikiatrik.

Tugas kami adalah untuk tingkatkan kefungsian hidup pesakit, teknik yang biasa digunakan:

1. “Relaxation technique”
2. Cara lepaskan kemarahan (anger management)
3. Latihan skil sosial (social skill training(
4. Latihan vokasional (untuk pesakit kembali bekerja)

Banyak lagi teknik dan cara yang boleh digunakan untuk membantu pesakit psikiatrik.

Cuma setakat ini servis ini hanya banyak di hospital kerajaan, tidak meluas lagi di swasta. Mungkin sebab stigma masyarakat menebal lagi buat orang malu untuk dapatkan bantuan terapi.

Kalaulah pendedahan tentang OT bahagian psikiatrik dapat diperluaskan lagi, mungkin dapat bantu lebih ramai pesakit yang memerlukan.

Saya puji dengan Sistem Saringan Minda Sihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor, kalian boleh lakukan ujian DASS (Depression, Anxiety dan Stress) sendiri dan dapatkan temujanji dengan pakar.

Ujian DASS
Orang Johor:
http://appsjknj.moh.gov.my/qrdass/

Selain Johor:
https://www.ramlimusa.com/…/depression-anxiety-stress…/

Atau
https://ipsikologi.johor.gov.my/v2/modules/dass21/

(Nanti keputusan dari ujian ini kalian boleh print dan pergi klinik pesakit luar terdekat, doktor akan refer ke klinik psikiatri sekiranya memerlukan)

Berbalik kepada kes di atas, kita tak tahu apa puncanya lagi. Mohon sama-sama kita doakan keluarga mangsa dan suspek diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan.

Terima kasih, semoga bermanfaat untuk semua.

Mingguan Wanita : Bila keadaan ini berlaku, jangan pendam, berkongsilah dengan orang yang boleh kita percayai, isteri atau kawan rapat. Jangan dipendam sebab depresi ini adalah satu penyakit.

Sumber: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora