Mak-mak mana yang akan sangka bayi yang dikandung akan lahir sebagai anak yang ada ekzema. Namun ini bukan masalah besar pun sebab sampai satu peringkat, ekzema akan hilang perlahan-lahan.
Ya, kalau tak jaga memang keadaan anak ekzema akan menjadi merah, kering, dan kering tetapi mak-mak kena tahu yang ekzema bukan satu penyakit berjangkit.
Nak tahu lagi apa masalah normal yang anak-anak ekzema lalui, ikuti perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman
…Sebagai seorang yang melihat pesakit ekzema secara harian, ada beberapa persamaan yang saya perhatikan pada pesakit ekzema anak kecil.
* Lebih sensitif, lebih tak stabil.
– Cepat marah.
– Mudah sedih.
– Kuat sentap, terutama jika kena marah.
– Cepat terkejut.
– Clingy..asyik nak dukung je. Tak boleh ditinggalkan.
– Obsesif: fanatik dan mungkin sangat fokus benda dia minat.
– Susah sesuaikan diri tempat baru.
– Penakut dan fobia sangat.
– Ahli fikir: suka termenung dan berkhayal.
– Sangat responsif: umur beberapa bulan dah toleh bila orang panggil nama dia comel kan.
– Dramaqueen: Sangat hepi tiba-tiba boleh nangis kuat-kuat. Emosinya ekstrem banget.
– Tidur lewat, walaupun tak gatal waktu malam.
– Clumsy. Kerap jatuh bila jalan. Kerap terlanggar.
– Selera makan ekstrem. Kurang atau lebih.
– Waktu baby nafas berbunyi macam ada lendir.
– Baby kerap muntah susu (mungkin refluks).
– Perut kerap kembung.
– Sembelit. Atau bila ekzema flare cirit birit (bahaya).
– Kerap demam.
Biasanya simptom atas ni hilang bila ekzema pulih. Anak-anak jadi playful dan ceria kembali, insha Allah.
Ini pemerhatian saja bukan kajian saintifik atau simtom biasa dalam buku teks. Jika ada masalah di atas boleh lah rujuk doktor perubatan berkenaan ya 🙂
Semoga ekzema anak-anak diberi kesembuhan secara total. Ameen.