Akaun simpanan anak yang berumur sebelum 18 tahun, tentulah atas nama penjaga, sama ada pemilik bersama ayah atau isteri. Tak dinafikan, kalau urusan akaun anak memang suami yang buatkan.
Kononnya, segala urusan suami yang buat dan isteri tak perlu nak ambil tahu. Bila anak berusia 18 tahun barulah tukar nama pemiliknya.
Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah suami yang lebih rela akaun simpanan anak atas nama isteri. Sebab ada kebaikannya dan kita tak tahu apa-apa yang akan berlaku di hadapan terutamanya bila suami ‘pergi’ dahulu.
Inilah salah satu cara nak jaga kebajikan isteri dan anak-anak bila akaun simpanan anak yang belum berusia 18 tahun diletakkan atas pemilik bersama nama isteri.
Baca Artikel Menarik Di Sini: Suami ‘Buat Baik’ Pada Isteri, Anak Perhatikan, Inilah Dia Buat Untuk Ibunya Kelak!
Selepas Bercerai, Isteri Belum Tentu Dapat Hak Penjagaan Anak, Kalau Tak Penuhi Syarat!
Info Lebih Meenarik DI SINI
Kelmarin saya buka SSPN-I Plus, saya letak nama pendeposit tu nama dia. Lepas itu, saya bagi login id, password, saya ajar macam mana nak check baki, macam mana nak tambah duit dan sebagainya.
Awal tahun bulan 1 hari tu, buka akaun Tabung Haji anak-anak pun letak nama dia, suruh dia daftarkan akaun bersama dengan anak-anak, dia jadi penjaga akaun.
.
Dia tanya, kenapa tak letak nama saya saja.
Soalan yang baik. Tak ramai yang tahu, tak ramai yang faham, kalau suami letak nama dia sebagai penjaga, bila suami pemilik bersama akaun tu dengan anak-anak dan ditakdirkan berlaku apa-apa pada suami seperti kematian, maka senang ke, susah isteri nak keluarkan duit dari akaun anak-anak itu untuk digunakan sebagai perbelanjaan harian…?
Banyak Prosedur
Banyak proses dan prosedur. Isteri takkan dapat duit on the spot…
Check kat bank, suami pulak tak daftar penama…bank nak isteri kemukakan dokumen macam-macam, baru pihak bank boleh bagi keluarkan duit.
Bagi elakkan urusan itu rumit, maka eloklah sekiranya kita buat akaun bersama anak-anak itu atas nama isteri. Akaun remaja ASB nama isteri dan anak-anak, akaun Tabung Haji nama isteri dan anak-anak, akaun Sspn-i Plus pun nama isteri dengan anak-anak.
Hak Faraid Tak Boleh Tuntut
Waris suami boleh tuntut tak hak faraid utk akaun tu semua…?
Akaun simpanan suami, nama suami, jawapannya YA.
Tapi akaun simpanan isteri, nama isteri walaupun sharing dengan anak-anak, jawapannya TIDAK.
Itu hak isteri sepenuhnya kerana itu dah dikira sebagai harta isteri. Jumlah simpanan dalam akaun tu adalah milik PENJAGA akaun selagi anak tu di bawah 18 tahun…
.
Suami pam je duit masuk akaun-akaun tu…secara online je…
Senang dan mudah isteri nak jaga kebajikan anak-anak dan besarkan anak-anak dengan duit simpanan itu tak boleh dicabar atau dituntut orang lain walaupun mereka adalah waris dari pihak suami.
Tuan Khairul Fahmi Ramli, Peguam Syarie
Keterangan dari Tuan Khairul Fahmi Ramli, peguam syarie:
“Walaupun, simpanan anak itu atas nama isteri, itu tidak bermakna harta isteri. Isteri hanyalah penama pada simpanan anak dan bukanlah pemilik mutlak.
“Bila penama atas nama isteri, ia hanya memudahkan proses pengeluaran wang sahaja dan penama sebagai pemegang amanah saja.
“Malah, jika berlaku pada sesuatu, harta yang ditinggalkan tetap perlu diberikan kepada waris berhak, sekiranya pusaka. Contohnya, kalau simpanan itu duit milik anak dan anak meninggal, suami atau isteri sebagai penama sekali pun, duit tu tetap perlu dibahagikan kepada waris pusaka yang berhak/waris faraid.
Mingguan Wanita : Kena faham betul-betul.
Sumber: Kelab Wanita Ibu Isteri Malaysia
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita