Simpan segala dokumen penting di dalam satu beg supaya mudah dicapai waktu kecemasan. Ini antara persediaan penting yang kita perlukan bagi menghadapi segala kemungkinan di kemudian hari.
Bukan apa, dokumen-dokumen ini bila hilang atau rosak proses yang perlu dilakukan untuk menggantikan semula nanti akan menjadi cukup rumit. Jadi bila dikumpulkan dalam satu beg iya jadi lebih mudah, tak perlu tercari-cari lagi malah mudah dicapai sewaktu kecemasan seperti banjir yang berlaku ketika ini.
Boleh ikut cara dan pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Wanda Safwanini sebagai rujukan.
Antara benda yang saya bersyukur sangat sewaktu cemas dilanda banjir ialah semua dokumen penting saya dah disimpan di satu tempat.
3-4 bulan lepas, memang selalu terfikir pasal nak kemaskan susun atur dan juga pengumpulan dokumen-dokumen penting setempat.
Disamping prepping, pengurusan dokumen ni juga penting supaya senang kita nak capai dan lari di waktu kecemasan.
Saya simpan semuanya di dalam 1 beg ni. Ruangan simpanan dia banyak, boleh simpan segala dokumen penting macam surat beranak anak, passport, geran kenderaan, S&P pembelian rumah, surat ar-Rahnu, polisi insurans dan apa saja dokumen penting yang perlu ada.
Sijil Degree saya & suami pun saya simpan dalam beg ni. Yelah just in case diperlukan nanti.
Masa air naik pukul 3am tu, saya terus capai beg ni & semak balik apa yang ada di dalam. Kemudian saya terus masukkan ke dalam luggage untuk di bawa keluar nanti.
Beg ni pun ada lock sekali untuk kita protect dokumen di dalam. Bagi saya, setiap orang perlu ada 1 beg ni di rumah & letakkan di tempat yang senang capai.
Beg ni saya beli dulu direct dari China, tapi saya tengok kat shopee pun ada jual. Murah je RM15 harganya.
Trust me, waktu dah panik nak selamatkan diri nanti kita tak sempat dah nak ingat kat mana passport, kat mana buku tabung haji, kat mana surat beranak anak etc.
Dengan 1 bag ni, mudah kita nak grab & go. Jangan lupa selitkan juga sedikit cash di dalam beg ni untuk kegunaan di waktu kecemasan nanti.
Mohon sharekan, semoga bermanfaat kepada orang lain. Dulu saya tak terfikir benda ni betul-betul berguna di waktu kecemasan.
Ads
Dah rasa situasi cemas tu sendiri baru tahu
Segala surat, sijil, dokumen, agreement, saya masukkan dalam folder ada plastik supaya dokumen tak berterabur di dalam bag & mudah nak selak & cari.
Ada lock untuk keselamatan. Ada 2 zipper untuk 2 compartment.
Ads
Besar juga ya beg ni siap ada pemegang tepi, boleh masuk plastic folder dalam ni.
Mingguan Wanita: Ada benarnya, sebaiknya kumpulkan semua dokumen penting dalam satu beg, jadi bila berlakunya waktu kecemasan tinggal capai dan bawa sekali.
Bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kucai. Kalau tak kena gaya, memang tak hiduplah. Ada dua cara, satu semai benih. Satu lagi cara tanam dari ubinya.
Pekebun kecil ini, Siput Lala berkongsi cara beliau menanam pokok kucai atas batas. Cara ini lebih teratur dan nampak kemas. Pokok kucai pun dapat hidup subur nanti.
Cara Tanam Kucai Atas Batas Tanah Berbaja
“Ni saya nak kongsi tip cara tanam sayur. Tapi ni untuk projek kucai saya.”
1. Buat batas. Biasanya batas saiz dalam 3 kaki. Kalau kecik dalam 2 kaki pun takpa. Sediakan lorong untuk keluar masuk. Biarkan dalam 3 kaki jugak. Sebab senang nak lalu lalang wat keja nanti. 2. Dah siap batas boleh letak baja organik. Tak Kira tahi ayam ke tahi kambing ke.. tak kisah. Saya pakai tahi ayam proses jenis halus. Sebab senang buat kerja. Tabur je atas batas. Untuk 8 batas saya ni boleh guna dalam 1 guni baja tahi ayam. Proses ni.. kalau guna yang dari kandang kena biarkan dalam 2 minggu baru boleh becucuk tanam.. macam baja proses ni dalam 3 hari boleh pakai dah. 3. Ok, dah siap tabur semua baru perata tanah bagi kemas-kemas balik batas kita. Kukuhkan tebing batas supaya hujan tak runtuh. Saya kepung bata ja. Dah siap biar 3, 4 hari baru lah masuk benih apa yang kita nak tanam.
Hasil Pokok Kucai Yang Sudah Membesar
√ Kucai ini boleh disemai dari biji atau ubi dia. Kalau pakai biji kena ada rumah semaian. Percambahan dia makan masa. Kalau uni boleh tanam terus dalam sebulan lebih boleh dapatkan hasil.
√ Jadi cepat dan pertumbuhan sekata.
√ Ubi kucai yang banyak boleh dipecahkan kepada beberapa pasu. Dapatlah hasilnya yang banyak nanti.
MW : Memang benar, tanam kucai dari ibu lebih senang. Malah, pokok kucai lebih tahan lama malah boleh cecah bertahun-tahun. Lebih mudah nak tumbuh anak baru. Ini daripada pengalaman wartawan sendiri yang pernah menanam pokok kucai dari ubinya.
Rupanya rendam beras basmathi sekejap dengan garam, hasilnya nasi lembut elok masak sekata dan cantik berderai. Bukan apa, walaupun guna beras basmathi, jika tak kena cara masaknya, beras boleh patah, nasi jadi lembik dan sebagainya. Cara ini sesuai nak masak nasi biasa ataupun nasi berperisa.
Boleh ikut cara dan petua yang dikongsikan oleh Puan Faizah Md Zain ini sebagai panduan;
Saja nak share yang dah tahu abaikan aje ye.Kalau masak nasi guna beras basmathi tip akak untuk nasi yang lembut, berderai dan masak sekata.
Cara-Caranya:
1. Rendam Beras Dengan Garam
Basuh beras bersih dan rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit. (petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut).
2. Sukatan Air
Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yang nak masak.
3. Didihkan Air
Untuk memasak nasi, didihkan dulu air baru masukkan beras.
4. Kacau Beras Semasa Air Banyak
Kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering elok kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah.
5. Tunggu Air Kering Baru Warnakan Nasi
Untuk mewarnakan nasi tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru kacau.
6. Masukkan Butter
Untuk nasi-nasi yang akak masak untuk tempahan last sekali akak akan letak dua sudu butter.( Cara akak le).
Mingguan Wanita: Jadi kalau nak masak nasi guna beras basmathi boleh ikut cara dan petua yang dikongsikan ini. Barulah nasi lembut elok cantik berderai dan masak sekata.
Lahir dan dibesarkan di Terengganu, boleh dikatakan tekak saya sudah sebati dengan masakan singgang dan budu. Saya boleh makan nasi berpinggan walau hanya berlaukkan ikan singgang dan budu saja.
Bila berhijrah ke luar Terengganu untuk menyambung pelajaran di UiTM, saya agak ‘stres’ sebab makanan berubah. Ketika itu saya di Lendu, Melaka. Masakan di sana pedas sedangkan saya tak biasa pedas. Mula-mula sampai sakit perut dibuatnya.
Berubah
Saya berkawan baik pula dengan tiga orang rakan dari Selangor. Mereka yang ajar saya makan kari mamak. Alahai, awalnya tekak saya memang tak boleh terima. Tekak saya lebih serasi dengan gulai versi Terengganu, yang berbeza dengan masak kari negeri lain apatah lagi kari mamak. Lama juga saya nak belajar makan kari mamak.
Bila bekerja sebagai wartawan, saya perlu menghadiri pelbagai acara termasuk ‘food review’ dan sebagainya. Akhirnya kini, tekak saya dah boleh terima macam-macam jenis makanan. Malah, saya ‘hantu’ makanan Jepun hingga anak pun ikut jejak langkah. Bila bercakap tentang makanan Jepun, yang paling ‘aneh’ saya pernah cuba ialah ‘sperma’ sejenis ikan (maaf saya lupa namanya) yang dikatakan bagus untuk wanita untuk kelihatan awet muda di sebuah restoran Jepun terkenal.
Kahwin
Bila berkahwin dengan orang Minang, selera saya turut berubah. Jika dahulu petai, jering dan kerdas hanya dimakan mentah dan dibuat ulam dengan budu. Tapi suami perkenalkan saya dengan pelbagai jenis masakan berasaskan petai, jering dan kerdas. Tak sangka, macam-macam masakan boleh dimasak dengannya. Paling lucu, ketika awal kahwin, saya ingatkan masak lemak cili padi jering adalah masak lemak cili padi nugget sebab bentuk jering rebus tumbuk itu umpama nugget di dalam kuah.
Pekerjaan saya membuatkan tekak saya boleh terima macam-macam jenis masakan. Tapi apa pun, tekak Terengganu saya tak boleh tinggal. Stok budu tetap ada di rumah. Rakan-rakan rapat juga tahu, saya ‘tak makan’ nasi lemak di Selangor kecuali yang dimasak sendiri. Sebabnya saya sudah terbiasa makan nasi lemak sambal ikan ala Terengganu yang susah nak dapat di sini. Mungkin ada, tapi bagi saya tetap tak sama dengan yang dijual di negeri kelahiran saya.
Bila balik Terengganu, itu yang akan saya cari dahulu. Selain itu saya juga rindu nasi dagang yang dibungkus dalam kelongsong daun pisang. Sedap sangat tau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!