Simpan Resit Dan No. Kad Touch n Go, Kalau Hilang Boleh Claim Baki Duit Dalam Tu, Ini Stepnya!

Share

Kita ini bukannya maksum sangat. Ada masa datang kalut, entah kat mana-mana cicirkan kad touch n go. Lagi susah hati bila dalam kad tu ada baki beratus-ratus.

Panduan yang dikongsikan oleh Ediie Soh berguna untuk anda ikut. Lepas ini ingatkan diri agar simpan no. kad Touch n Go kemas-kemas.

Walaupun nampak simple, tapi nombor kad itu amat bermanfaat untuk anda apabila terjadinya kehilangan. Tapi paling penting, anda perlulah daftar kad anda untuk memudahkan urusan seterusnya.

Dua Langkah Perlu Buat

Pagi ini baru top up Touch n Go sebanyak RM200 di kedai minyak BHP. Selepas top up lupa pula mana diletak kad tersebut apabila ingin melepasi tol lebuhraya Kesas.

Pertama:

Saya hubungi pejabat Touch N Go di 03 2714 8888. Di nasihati oleh pegawai untuk BLOCK kad daripada di salah guna orang lain. Kad boleh di block di atas talian. Sama seperti kes hilang kad kredit.

Kedua:

Pegawai Touch n Go memberi arahan untuk tulis sekeping surat kepada pejabat Touch n Go dan surat itu boleh di fax ataupun di email. Kandungan surat perlu ditulis nombor kad, nama, telefon nombor dan nombor akaun untuk dimasukkan wang pulangan. Juga diperlukan fotostat gambar ic

Wang akan dikembalikan dalam masa 30 hari

PETUA: Sila catitkan nombor kad Touch n Go anda di dalam buku rekod supaya senang buat laporan kad hilang kelak.

Nasib saya resit top up masa ada pada saya.

Sumber/Foto: Eddie Soh

Talian Touch n Go

Perkhidmatan e-Customer Service untuk kehilangan/pertanyaan/maklumbalas:

Klik sini untuk ke e-Customer Service

Kenapa Kena Daftarkan Kad Touch n Go

Sebelum jadi apa-apa (kad hilang) daftarlah dulu kad Touch N Go yang ada di tangan, Jadi urusan pembayaran semula claim  akan menjadi lebih mudah.

Klik sini untuk daftar kad Touch n Go

Via Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer