Mak-mak memang suka simpan lauk basah banyak-banyak dalam peti, senang nak masak dan lebih bersih masak sendiri. Sedap pun sedap!
Tetapi kalau tak kena cara, stok yang disimpan itu cepat busuk dan tak segar. Nak tahu macam mana cara yang betul simpan sayur dan lauk ikan basah, anda boleh cedok idea Puan Cik CA
ini…Sayur tak perlu basuh cuma simpan dalam bekas yang lapik tisu dapur jenis yang kuat serap air dengan kedap udara. Tak perlu lembabkan pun. Bila nak guna baru basuh bersih rendam 3-5 minit dengan air garam bagi hilang kotor.
Insyaallah tahan segar berminggu. Kalau nampak tisu pada bahagian bawah lembab dah sbb air turun terutama timun, tomato, cili, sila tukar tisu. Guna tisu dapur yang kuat sikit serap airnya. 2 lapisan dan lipat ea. Ini cara CA.
Ikan keli nak buang hanyir basuh dengan gandum dan buang darah pekat. Sama juga ikan lain. Darah pekat yang melekat pada celah-celah tu gosok. Baru tak hanyir.
Nasib baik CA giliran sayur ja. Kalau tak jenuh nak basuh susun barang basah. Yang jenis kerja berat kita bagi pada incik somi ja.
So nak makan kuarkan bekas dan rendam. Terus habiskan. Ayam ikan daging segar sbb tak keluar masuk direndam banyak kali.
Siapa geng camni sepp sekali!