Simpan CILI BESAR Dalam Botol Mineral, 8 Bulan Masih Segar Tahan Lama!

Share

Rupanya simpan cili besar dalam botol mineral, salah satu cara supaya ia kekal segar dan tahan lama. Bukan apa, cili antara sayuran yang cepat lembik dan busuk jika salah cara penyimpanannya. Ikut tip ini ia dapat bertahan lama berbulan-bulan dan tak cepat rosak.

Ini pengalaman dan cara simpan cili yang dikongsikan oleh Puan Has Linda
sebagai panduan.

Jiran berkebun tuai berkilo kilo cili besar.Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar. Tips untuk simpan cili besar agar tahan lama.

Lepas cuci cili, toskan dulu bagi kering baru masuk dalam botol bertutup.

Tak perlu letak air dan letak ruangan ‘chiller’ sahaja ruangan sayuran. Bukan dalam sejuk beku (freezer).

Selain cili besar,boleh simpan cili api juga.

Info Ekstra!

  • Satu lagi cara simpan cili dengan 2,3 ulas bawang putih dalam bekas. Kemudian tutup dengan tisu dapur. Ia mampu tahan lama dan tak mudah rosak.
  • Cari bekas yang kedap udara, sayuran lain pun akan tahan lama.
  • Halia, bawang pun boleh simpan begini. Dijamin masih segar dan cukup jimat belanja dapur.

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Masak Sambal Udang SEDAP Lain Macam, Guna Cili Kerinting Indo!
Baca Lagi Di Sini:Rupanya Boleh Tanam POKOK CILI Guna Keratan Pucuk, Elok Subur Berbuah!
Artikel Menarik:CILI KAMPUNG Sekali Petik Dapat Sedulang, Pangkal Pokok Tutup Dengan Sabut!

Mingguan Wanita:Bolehlah cuba tip simpan cili dalam botol mineral ni nanti. Memang elok kekal segar, tahan berbulan-bulan.Jimat belanja dapur, tak rosak atau lembik.

Sumber:Has Linda

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab