Bagi anak-anak yang hidup di perantauan, pasti tak sabar nak balik kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi sebelum balik kampung dan bercuti, pastikan keselamatan dititikberat supaya tidak berlaku perkara yang tidak ‘pelik-pelik’. Ok, sila semak beberapa tip ini sebelum balik kampung…
1. Simpan barang berharga
Pastikan kita menyimpan barang-barang berharga di tempat yang selamat. Kalau boleh bawa sekali balik kampung. Takut semasa kita balik bercuti, pencuri pula membuat onar dengan memecah masuk rumah orang. Jadi, ambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara buruk berlaku.
2. Buka kepala tong gas
Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kebakaran yang tidak diingini. Paling penting, jangan biarkan injap gas terbuka kerasa takut berlaku kebocoran. Tolong check balik sebelum keluar rumah!
3. Kosongkan air kolah
Tak nak lah nyamuk ‘berpesta’ di dalam kolah yang berisi air dengan bertelur bagai. Jadi sila kosongkan air kolah supaya kita tidak menjadi sebab tempat pembiakan nyamuk aedes. Itu cari penyakit, namanya!
4. Tutup punca kuasa elektrik
Pastikan sebelum balik kampung kita sudahpun memeriksa semua plug dan pastikan kita tutup dan cabut plug dari soketnya. Ambil langkah berjaga-jaga kerana malang selalunya tidak berbau. Jika kita alert, inshaAllah tiada apa yang akan berlaku.
5. Kunci tambahan
Gunakan kunci tambahan atau padlock yang tahan umpil, yang padu sikit. Pastikan grill koridor, tingkap juga dipasang padlock. LHaaa…. sila pastikan bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci dengan betul. Gunakan mangga (ibu kunci) yang berfungsi dengan sempurna dan bukan dalam keadaan rosak.
6. Lampu luar
Gunalah auto timer untuk nyalakan lampu bahagian depan dan koridor. Setkan lampu agar diaktifkan pada jam 6:30 petang sampai 7:00 pagi. Pada yang berkemampuan, pasanglah alarm system/cctv.
7. Sekurang-kurangnya beritahu jiran
Mungkin ada yang jenis tak pernah bertegur dengan jiran tetapi seeloknya beritahulah jiran berdekatan yang tak balik kampung sepanjang kita tak ada di rumah. Bagi sekali contact nombor handphone agar mudah dihubungi kalau ada emergency kat rumah.
8. Jangan lupa binatang!
Pada anda yang ada bela binatang, sebaiknya bawak lah sekali. Tapi kalau keadaan tak mengizinkan anda untuk bawa sekali, anda boleh tinggalkan si pusat jagaan haiwan peliharaan. Jangan tinggalkan macam itu saja.
9. Isi Borang
Pastikan anda mengisi borang balik kampung yang mengandungi maklumat penting untuk membolehkan pihak polis memantau rumah dan meronda kawasan persekitaran rumah anda semasa ketiadaan tarikh yang dinyatakan.
10. Ada Kunci Pendua Tak?
Jangan nak simpan kunci pendua di dalam pasu bunga atau alas kaki sangat lah ya. Lebhih selamat kalau serahkan kunci kepada orang yang boleh dipercayai. Tujuannya adalah untuk persediaan jika ada berlaku perkara tidak diingini.
Kalau mak-mak dah buat semua benda di atas, sebelum keluar dari rumah nanti jangan lupa minta doa pada Allah supaya rumah dilindungi dan segala urusan dipermudahkan. Ini paling utama dan yakinlah kepadaNya.
Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI