Pelakon senior Aida Khalida kehadirannya membintangi drama yang kini sedang sensasi yang kini sedang rancak ditayangkan di kaca TV, Rindu Awak Separuh Nyawa membuatkan air mata penonton bercucuran.
Malah wajahnya yang redup dan sayu menambahkan lagi kesedihan di hati setiap mereka yang menghayati drama yang disiarkan di Astro Ria ini.
Bagi menghidupkan watak dalam drama, diakui bukan saja hero dan heroin memainkan peranan. Malah watak pembantu juga memainkan peranan penting.
Aida Khalida Tidak Kisah Sering Diberi watak Ibu Hidup Susah
Kini bergelar ibu kepada dua orang anak dan nenek kepada lima orang cucu akui dirinya tidak kisah sering diberi watak ibu yang hidup susah atau teraniaya di dalam lakonannya.
Seperti mana yang dipetik merusi Harian Metro, Aida, 63 menerangkan sebagai pelakon dirinya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.
“Sebagai pelakon, saya sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan karakter berdasarkan jalan cerita. Alhamdulillah, saya dapat yang baik.
Ads
“Saya okay saja bila terus diberikan watak yang sama dan biasa dibawa. Tapi, saya akan buat cara sendiri serta bincang dengan pengarah.
“Kadang-kadang pengarah akan bantu juga beri input supaya tak terlepas pandang. Perbincangan itu penting dan saya bersyukur rezeki berlakon setakat ini tak pernah putus,” ungkapnya.
Baca Al-Quran atau Berzikir
Menerangkan tentang kehidupan peribadinya, Aida akui sebagai ibu tunggal dia tidak pernah rasa bosan.
“Saya sebelum ini tinggal sendirian, tapi sekarang anak, Nylea sudah menetap dengan saya. Bila sendirian, kita kena kuatkan diri dan berdikari untuk meneruskan kehidupan.
Ads
“Dari dulu lagi saya biasa berdikari, tapi apabila hidup solo, saya kena lagi kuat untuk kehidupan. Saya selalu berdoa kepada Allah agar sentiasa diberi kesihatan yang baik.
“Kalau kesunyian, bacalah al-Quran atau berzikir. Janganlah ingat apa-apa pun,” ceritanya yang turut membuat ‘review’ produk di akaun Instagramny untuk membantu peniaga kecil.
Sumber: Harian Metro
Sumber Foto: Instagram Aida Khalida
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Pelakon kacak Saharul Ridzwan kini sibuk berniaga dan memasarkan produk aromatic, Ode Scents. Paling membahagiakan isterinya Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir juga memberikan sokongan padu buat Saharul untuk memulakan perniagaan aromatic ini.
Saharul Aktif Berniaga, Tak Mungkin Berundur Dalam Seni
Malah Saharul juga menerangkan dirinya tidak mungkin akan berundur dari dunia seni walapun perniagaan yang diusahakan ini berjaya di pasaran.
Malah Saharul menjadikan Shuib dan Datuk Rosyam Nor sebagai idola dunia perniagaan,
Pelakon ini juga akui akan membahagikan masa dan kerjaya itu sebaik mungkin.
“Mana mungkin saya tinggalkan dunia seni yang menjadi minat saya. Saya kumpul harta, berkahwin hasil duit saya bekerja dalam industri.
“InsyaAllah saya akan bahagikan masa sebaiknya dan akan berada dalam industri selagi diperlukan,” jelasnya yang akan terlibat dengan penggambaran sebuah drama bersama pengarah, Pali Yahya tidak lama lagi.
Tidak Selamanya Berada Di Puncak
Sebagai anak seni, Saharul menyatakan seseorang itu tidak akan kekal selamanya berada di puncak populariti.
Menyedari pasaran seni ada turun dan naiknya, aktor Saharul Ridzwan mengambil langkah proaktif untuk mencari sandaran lain bagi menjana pendapatan untuk satu jangka masa panjang.
Selepas 10 tahun menjadi anak seni dan bergelar duta kepada beberapa produk, selebriti ini juga menggali ilmu perniagaan sebelum menghasil dan memasarkan produk aromatic, Ode Scents.
“Tidak dinafikan antara faktor yang mendorong saya untuk menceburi bidang perniagaan disebabkan tawaran lakonan yang mula berkurangan.
“Betul orang kata walaupun berkahwin dan ada anak, ada rezekinya. Tetapi rezeki itu mungkin bukan dalam bidang lakonan.
“Bila dapat tahu nama saya ditolak stesen televisyen, saya terfikir, sampai bila saya berpeluang berlakon sebagai watak utama.
“Suatu hari nanti mungkin saya akan ditawarkan dengan watak sampingan sahaja dan macam mana saya nak tanggung keluarga.
“Selain itu, situasi yang berlaku kepada pelakon veteran kini, ditawarkan bayaran murah untuk sesuatu watak mendorong saya untuk mencari pendapatan lain bagi jangka masa panjang.
“Walaupun saya pernah berniaga sebelum ini, semua itu dilakukan tanpa ilmu. Jadi perlahan-lahan saya cari ilmu itu dan dengan bantuan serta dorongan rakan kongsi, maka terhasillah Ode Scents ini,” ujarnya menerusi sidang media secara virtual baru-baru ini.
Pernah Gantung Banner di Leher, Cuba Jual Produk Tepi Jalan
Walaupun bergelar selebriti, ia bukan jaminan buatnya dalam memasarkan produk sendiri.
“Ketika mula-mula produk ini dikeluarkan, saya sanggup gantung banner di leher dan cuba jual produk ini di tepi jalan di Kajang. Mungkin ada yang perasan, dia tanya adakah saya tak berlakon lagi. Bagi saya, walaupun saya selebriti, ia bukan satu tiket express buat saya.
“Saya juga elak untuk letak nama saya sebagai jenama produk dan lakukan gimik kerana saya mahu produk ini berada dalam dunia perniagaan sebenar untuk jangka masa panjang.
“Bagi kami, apa yang lebih penting untuk memulakan perniagaan itu perlu mempunyai pasukan pemasaran yang kuat dań mempromosikan produk,” akhirnya.
Jika terfikir nak buat cabaran ‘Keke Challenge’ ada baiknya lupakanlah.Walaupun tengah trend seluruh dunia, aksi tarian ni jadi viral dan perhatian ramai, banyak bahaya yang menanti sebenarnya bila melakukan cabaran ‘Keke Challenge’ ni. Ia boleh mencederakan diri dan mengancam nyawa!
Terbaru, seorang remaja dari Los Angeles Anna Worden, 18, menaiki kereta bersama rakannya di bandar Bettendorf di Iowa pada minggu lalu sebelum remaja itu memutuskan untuk melakukan tarian berkenaan.
“Kami baru melepasi bulatan dan saya terfikir mungkin menarik untuk membuat tarian ‘Keke Challenge’.
“Perkara terakhir yang saya ingat adalah saya membuka pintu dan tiba-tiba saya terjatuh serta tidak sedarkan diri,” kata Anna kepada WQAD-TV baru-baru ini.
Anna kemudian dibawa ke hospital sebelum segera diterbangkan ke Hospital Universiti Iowa selepas doktor mendapati kecederaan dialami remaja itu sangat serius.Remaja itu dilaporkan mengalami keretakan tengkorak, darah tersumbat di telinga dan pendarahan di kepala akibat terjatuh.
Akibat kecederaan dialaminya, Anna lumpuh sementara tetapi dia kini mula berjalan semula selepas menjalani terapi di hospital berkenaan.
Tarian ‘Keke Challenge’ merupakan aksi tarian yang perlu dilakukan di mana individu perlu keluar kereta dalam keadaan kereta bergerak sambil mengikut rentak lagu, In My Feelings, dendangan artis antarabangsa, Drake sebelum memuat naik video berkenaan di media sosial.
Cabaran itu dimulakan oleh selebriti media sosial, Shiggy yang memuat naik video di Instagram dia menari di jalan raya mengikut rentak lagu berkenaan.
Baca Disini:
Keke Challenge: “Kalau Muda Pun Paknil Rasa Tak Lah Terikut Nak Buat Macam Ni..” Datuk Aznil Nawawi
Setiap kali dia berbicara, sejuk hati bila mendengar nasihat dan kata-katanya. Datuk Prof. Dr. Muhaya, 60, satu nama yang cukup dikenali di kalangan rakyat Malaysia dengan bait-bait ayat yang dapat memberikan inspirasi kepada sesiapa sahaja yang mendengarkannya.
Ketokohan dan pengaruhnya lebih dari 25 tahun begitu besar dalam landskap motivasi diri mahupun kerjaya profesional dalam bidang kedoktoran, hingga dapat mengubah minda masyarakat untuk berubah menjadi lebih baik, menerusi inspirasi yang diberikan.
Selaras dengan dunia digital pada hari ini, Prof Muhaya juga tidak ketinggalan untuk memilih pendekatan global seperti laman media sosial untuk menyebarkan dakwah. Kata-kata semangat dan nasihat yang dikongsi bersama boleh dijadikan inspirasi untuk sebuah kehidupan yang lebih bahagia.
Oleh Kerana ketokohan dan kewibawaannya ini menjadikan beliau salah satu daripada panel untuk rancangan Mingguan Wanita talkshow yang akan bersiaran pada minggu depan. Beberapa petikan nasihat yang dikongsi dalam instagram beliau untuk tatapan dan panduan pembaca Mingguan Wanita.
Jangan lupa untuk menonton bualbicara Mingguan Wanita Talkshow yang akan bersiaran minggu hadapan, 8 Julai 2019 di Astro Prima 105 dan Prima HD setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 11-12 tengah hari.
#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimaHD121
https://www.instagram.com/profmuhaya
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...