‘Sibuk uruskan adik, kakak tolong hidangkan nasi.’ Ibu sebak anak tiru ayah berbuat baik tanpa disuruh. Tanpa disangka selama ini anak-anak perhatikan cara mak dan ayahnya melayani satu sama lain.
Nampak kecil saja, tolong hidangkan nasi dan tuangkan air, namun jika tidak diajar pasti tak menjadi. Benarlah segalanya bermula daripada mak dan ayah, kemudiannya menurun kepada anak-anak.
Sibuk Uruskan Adik
Kongsi Puan Sariah Suhailah Chik, bila tengok nasi dan air ini, saya teringat dekat kakak, anak sulung yang tinggal dekat asrama. Saya tak pernah sangka dengan usianya dia akan layan saya macam ini.
Bila saya ke dapur, saya tengok nasi sudah dihidang, air pun sudah dituang. Allahurabbi. Sebak sungguh.
Apa yang buat saya sebak ialah, apa yang kakak buat ni ialah apa yang abinya buat dekat saya.
Sejak bertahun-tahun kahwin, kalau suami siap makan dulu, dia akan tuangkan air untuk saya. Simple sangat. Tapi, rupa-rupanya anak perhatikan.
Ibu Sebak
Dan sejak sekitar 2 tahun lepas, masa umurnya 11 tahun, kakak sentiasa tuangkan air untuk saya dan abinya kalau dia siap makan dulu.
Ads
Dan kali ni, bila dia tengok saya sentiasa terkejar-kejar nak makan bila ada baby, dia upgrade letak nasi sekali. Subhanallah.
Anak Tiru Ayah
Apa yang lebih mengejutkan saya ialah bila kakak dah masuk asrama, Afham yang nombor dua itu automatik ambil tugas kakak.
“Umi, air umi ni. Afham dah letak.” Allahurabbi, macam di’pass’ tugas itu pada adiknya.
Berbuat Baik
Tuan puan,
Saya tak pandai ilmu parenting. Teori-teorinya banyak saya tak tahu. Saya sentiasa merasakan banyak kesilapan saya dalam mendidik anak-anak.
Cuma, satu je pesan mak saya yang saya ingat.
Ads
‘Buat baik.’
Suami buat baik pada isteri.
Isteri buat baik pada suami. Dan,
Mak ayah buat baik pada anak-anak.
Selepas berbelas tahun, barulah saya benar-benar nampak hasil ‘buat baik’ yang mak pesan. Subhanallah. Alhamdulillah.
Wallahu a’lam.
Sariah Suhailah Chik
Masih belajar untuk buat baik
Mingguan Wanita: Cara orang-orang dulu berpesan, ringkas dan bersahaja namun impaknya kepada hubungan kekeluargaan cukup mendalam.
Melayari rumah tangga ini bukan calang-calang ujian datang. Kadang-kadang masalah yang dihadapi hanya kecil, namun apabila melibatkan campur tangan orang luar terutamanya Keluarga atau sahabat baik, masalah yang kecil menjadi besar.
Lebih teruk lagi bila suara orang luar lebih didengari, maka porak perandalah rumah tangga. Oleh itu, jangan biarkan campur tangan orang luar dalam rumah tangga melainkan ianya hanyalah nasihat dan kata-kata positif.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirinini dan buat orang luar jangan biasakan diri untuk campuri urusan rumah tangga orang:
Bila Suara Orang Luar Lebih Didengari
Bila suara “mereka” yang di luar rumah tangga itu lebih berkuasa dan didengari daripada suara yang ada di dalamnya, maka porak perandalah rumah tangga tersebut…
Kadang-kadang tertanya-tanya jugalah, sejauh mana hak orang yang di luar itu untuk mencampuri urusan rumah tangga anaknya, adiknya, abangnya, kakaknya?
Tidakkah ada had-had tertentu yang dibenarkan untuk mereka masuk campur?
Orang Luar Didengar, Porak Perandalah Rumah Tangga
Selagi rumah tangga itu ok, selagi si suami dan si isteri tidak menghadapi masalah, maka elakkanlah dari masuk campur walaupun kita ini darah dagingnya, orang tuanya, kawan karibnya dan sesiapa pun yang rapat dengannya…
Dan kepada kita yang tinggal dalam rumah tangga tersebut, jauhkanlah telinga kita daripada mendengar kata-kata mereka yang tidak tinggal di dalam rumah tangga itu…
Hanya kita dan pasangan tahu apa yang terbaik untuk hubungan kita…
MW: Buat mak, ayah yang berdepan dengan masalah rumah tangga, cuba selesaikan dengan baik tanpa melibatkan orang luar. Orang luar walaupun Keluarga sendiri tidak memahami apa yang mak, ayah lalui saban hari. Oleh itu berkomunikasi dengan baik dan dapatkan pandangan orang lebih pakar.
Berbuat kebaikan dan amal kebajikan amatlah dituntut lebih-lebih lagi pada golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik. Tidak kira di mana sahaja, baik golongan fakir miskin, anak-anak yatim mahupun golongan gelandangan di tepi-tepi jalan.
Cantik, bijak dan baik hati, itulah gambaran bagi Dr Jezamine Lim,36 yang juga merupakan isteri kepada pelawak,pelakon dan pengacara Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 52.
Harith Iskander ada memuat naik satu gambar kandid isterinya didalam postingnya di akaun Instagram. Gambar tersebut menunjukkan isterinya, Dr Jezamine Lim sedang duduk bersila dihadapan makanan, sambil berbual mesra dengan seorang wanita bersama 3 orang anaknya. Namun apa yang mencuri tumpuan ramai, ialah kisah disebalik gambar kandid tersebut.Pemenang Laugh Factory’s Funniest Person In The World ini telah membuat kapsyen seperti berikut;
“Malam ini ketika dibandar, kami melihat perempuan ini bersama dua orang kanak-kanak, sambil memangku seorang bayi yang masih kecil. Isteri menyuruh saya untuk membeli sedikit makanan, sebelum berjalan-jalan dan berhenti untuk memberi wanita ini makanan bungkus tersebut.”
“Akhirnya @drjezaminelim, berbual-bual dengan wanita tersebut selama hampir 20 minit. Bayi kecil tersebut berumur hampir 2 bulan dan kanak-kanak tersebut seperti berumur 3 dan 8 tahun. Wanita ini berasal dari Rohingya. Kisah dirinya terlalu panjang untuk diceritakan disini, tetapi malam ini adalah satu sebab kenapa saya cintakan isteri saya.Ini kerana walaupun dia seorang yang berhati keras bila menguruskan hal-hal perniagaan, tetapi hatinya penuh dengan rasa belas kasihan dan ambil berat pada mereka golongan kurang bernasib baik.”
“Dia akan marahkan saya kerana memuat naik posting ini, tetapi saya tak tak kisah kerana ia sebagai satu peringatan pada diri ini bahawa perkara kecil yang kita lakukan ini sebenarnya mampu memberi satu perubahan dan kebaikan pada orang lain.Saya bersyukur mempunyai kehidupan dan keluarga yang dimiliki.”
Ramai yang memuji tindakan murni isteri Harith Iskander ini dan menjadikan wanita ini sumber inspirasi. Tidak kurang ramai juga yang mendoakan keluarga ini dimurahkan rezeki kerana baik hati dan membantu golongan yang memerlukan.
Berikut antara perkongsian tersebut;
roxarapSemoga kehidupan tuan sekeluarga mendapat rahmat & lindungan Allah SWT sentiasa. Semoga dikurniakan rezeki yg melimpah ruah & berkeupayaan untuk melakukan kebaikan demi kebaikan.
jes.b_75Definitely such a person is a blessing, bless her heart ❤ when you have love and compassion in your soul, you help the helpless/needy (animals and human) with no expectations/rewards. You do it sincerely. You keep your kind deeds to yourself. Good job in setting up such a good example.
sheilalord67Teruskan usaha murni.InsyaAllah besar ganjaran pahala..Moga Allah selalu rahmati keluarga @harithiskander.
fatimahendotYour wife is amazing. I lover her. She’s smart , beautiful and kind.
naalghazaliMay Allah helps dan bless you too. You inspired peop. out there doc.
zalinazanilAlhamdulillah..Semoga dImurahkan rezeki for your family. Aamiin
tengkuyaya87My full respect, love and all the good things may return to her your wonderful kind wife! Such a role model and inspiring woman!
azu_zuraihahSemoga murah rezeki wife n family..Aamiin
jayzkhansA beautiful lady with a beautiful heart @jazeminelim
nitznutsSubhanallah a good heart indeed. May Allah blessed your wife and your family. Amin
Terdahulu pasangan ini telah 8 tahun mendirikan rumahtangga dan memiliki 3 orang cahaya mata yang comel iaitu Zander Xayne,6 Alessandrea Jayne,5 dan Zydane Xayne,3.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat keluarga ini. Semoga usaha murni ini, boleh dijadikan contoh dan tauladan buat ramai orang.
Setiap daripada kita mempunyai jalan cerita yang berbeza. Semuanya telah ditentukan olehNya. Ada yang bahagia, ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang kaya dan ada yang miskin. Semua itu telah diatur olehnya sebaik mungkin.
Inilah yang dikatakan ujian hidup. Namun, jangan sesekali menyesali apa yang telah berlaku. Ada kemanisan yang menanti bagi kita yang sabar. Mungkin cepat atau lambat sahaja.
Ujian hidup yang ditarrifkan oleh Isma Addi Jumbri dalam perkongsiannya.
1. Ada yang diuji dengan pasangan, hingga tak mahu lagi teruskan hubungan.
2. Ada yang diuji dengan kesihatan, hingga tak sanggup lagi rasai kesakitan.
3. Ada yang diuji dengan kematian, hingga kini tak hilang kerinduan.
4. Ada yang diuji dengan beban kewangan, hingga terasa beban uruskan tanggungan.
5. Ada yang diuji dengan kesusahan, hingga putus harap pada Tuhan.
6. Ada yang diuji hilang punca pendapatan, hingga tak sanggup hadapi kesempitan.
7. Ada yang diuji dengan perasaan, hingga tak sedar hadapi tekanan.
8. Ada yang diuji dengan kewangan, hingga tidur malam diselimuti kerunsingan.
9. Ada yang diuji dengan kesenangan, hingga terasa perit segala kenangan.
10. Ada yang diuji dengan kehidupan, hingga tak fikirkan lagi masa hadapan.
11. Wahai kawan setiap orang hadapi pelbagai ujian dan rintangan, putus harap pada Tuhan sesekali jangan.
12. Berat dan susah mana kita ditimpa dugaan, percayalah masih ramai lagi hadapi beratnya ujian.
Apa pun yang berlaku, jangan sesekali kita pernah tinggalkan perkara ini iaitu sedekah walau sempit, senyum walau sedih dan sentiasalah bersangka baik pada Allah walau dalam kesulitan.
MW: Kita didatangkan hujan lebat dan ribut petir kerana Dia ingin memberikan pelangi untuk kita. Jadi, jangan bersedih, terimalah dengan penuh kekuatan dan keredaan.
“Walaupun masih tidak diberikan rezeki anak” itulah antara luahan pelakon Siti Elizad ketika ditemubual di Forum Berbahagi Suami sempena drama Berbahagi Suami.Elizad juga memberitahu...