Selain stres, sibuk fikir masalah orang lain pun punca migrain, bukan setakat kena jaga pemakanan sahaja. Oleh sebab itu orang tua-tua pesan jangan sibuk fikirkan masalah orang nanti kita yang bermasalah.

Ada benarnya. Maklumlah diri sendiri pun tak terurus, ini sibuk hal orang lain pula. Apakah punca sebenar migrain dan cara terbaik untuk halang mak, ayah dari terus-terusan diserang migrain.

Ikuti perkongsian Dr Khairul Faizie ini:

Tuan doktor, kenapa ya saya kerap kena migrain? “.

Oh, mungkin kerana kamu sibuk fikirkan perkara yang kamu tak ada keperluan pun untuk fikir. Contohnya kamu sibuk fikir kenapa Senah tu tebal betul gelang tangannya walhal suami dia kerja biasa-biasa saja.

Contoh lain kamu sibuk fikir kenapa Linda kahwin dengan suami orang, walhal madu Linda ok saja happy dengan alam poligami, mereka yang bermadu kamu yang panas, kenapa?

“Ahh doktor ini, disekolahkannya pula kita. Bencilah ”

Migrain Terjadi Kerana Otak Stres

Ya, betul. Bukan hendak sekolahkan kamu. Migrain terjadi bila otak kamu stres fikirkan benda-benda yang tak penting itu. Otak yang stres akan menyebabkan perubahan aktiviti elektrikal dalam otak.

Otak yang stres pun mengundang rembesan bahan kimia seperti Serotonin. Kesan perubahan aktiviti elektrikal dan kesan serotonin ini menyebabkan perubahan saluran darah di otak dan akhirnya ini mendatangkan simptom sakit kepala migrain tu.

IKLAN

Ini ditambah pula kamu rajin membawang hal orang di media sosial. Guna handphone 20 jam sehari.

Gangguan pada deria rasa (sense) boleh cetuskan (trigger) migrain, contohnya mendengar bunyi yang bising, melihat cahaya yang terang ( contohnya asyik tengok handphone waima sudah tutup lampu, di atas katil patutnya tidur, tapi sibuk scroll facebook) termasuk juga bauan yang kuat.

“Abis tu mak saya pun migrain doktor. Agak-agaklah, mak saya tak sibuk membawang macam saya ”

Oooh…itu kamu kena faham. Migrain memang ada faktor genetik. Mak kamu ada migrain mungkin dapat dari datuk atau nenek kamu.

Kamu sendiri ada risiko dapat migrain setinggi 50 peratus kalau salah seorang ibu atau bapa ada migrain. Kalau kedua-dua ibu, bapa ada migrain, kebarangkalian ini jadi setinggi 75 peratus.

IKLAN

Baca Juga Di Sini:

Selalu Migrain Tapi Tak Sedar Pencetusnya? Mungkin Ini Antara Sebabnya

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.

Bukan Hanya Pemakanan Sahaja

“So apa makanan saya hendak pantang ini? Yang angin-angin kena pantang ke?”

Janganlah asyik cakap makanan itu angin, ini angin… Saya yang naik angin mendengarnya

IKLAN

Basically elakkan makanan proses macam nuget, hot dog, daging burger, french fries mak, nenek itu semua…

Sebab all these processed foods banyak MSG dan additives. Additives , MSG ni semua trigger migrain. Kafien pun kena kawal, jangan terlebih. Tak ambil langsung pun ( kalau sudah biasa minum kopi atau nescafe) pun tak boleh.

Berwasatiah dalam pengambilan kafien… Tahukah anda dalam ubat migrain Itu ada dicampur sedikit caffein?

“Ok lah doktor… Cukuplah membebel ni…

Tulis panjang panjang pun ingat follower doktor rajin ke nak baca sampai habis? Lainlah doktor letak gambar makanan atau gambar artis ”

MW: Jadi selepas ni mak,ayah tak perlu kusutkan fikiran dengan masalah orang lain. Tanpa mak,ayah sedar sebenarnya inilah punca migrain selama ini. Jadi fokus kepada kehidupan sendiri dan lupakan masalah orang untuk bahagiakan diri dan kesihatan. 

Sumber: Khairul Faizie

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI