Sibuk Cari Nafkah Untuk Anak Tapi Peluk Cium Pun Mak Ayah Jarang Buat, Itu Kejam!

Share

Penatnya mak ayah zaman sekarang, keluar pagi-pagi cari nafkah dan bila balik rumah nak kena uruskan anak-anak. Kadang ada mak ayah yang tak sempat nak bermain dengan anak sebab anak dah tidur. Itulah rutin harian mak ayah setiap hari.

Bukan tak sayang anak tetapi sebab kerja hakiki itu wajib buat demi dapatkan rezeki yang halal untuk anak-anak. Namun sebolehnya mak ayah janganlah kejam sampai terbuat 5 perkara yang dikongsikan Doktor Taufiq Razif ini, kasihan anak-anak…

1. Cari Nafkah Sampai Lupakan Anak

Cari nafkah memang tak salah. Bahkan cari nafkah ni wajib hukumnya! Yang jadi salah bila cari nafkah sampai lupa benda yang paling basic yang seorang anak perlukan.

Anak bukan cuma perlu disuap fizikal dan tubuhnya. Anak juga perlukan disuap psikologi dan rohaninya. Tak ke kejam kita sibuk cari nafkah untuk si anak tapi peluk cium anak pun kita tak pernah buat? Hatta anak solat ke tak pun kita tak pernah nak amik tahu. Apatah lagi nak periksan bacaan Al Fatihah mereka!

2. Tak Pernah Bagi Anak Matlamat Untuk Hidup

Antara benda paling penting bagi seorang anak juga adalah mindset dan matlamat hidup. Kita sibuk sangat dengan kerja, nak bayar hutang, masalah dengan pasangan sampai la ke masalah kerja sampaikan kita lupa nak bagitahu anak apa matlamat hidup mereka

Anak yang tak tahu matlamat hidup ni nanti akan mencari cari matlamat hidup palsu di luar sana. Bila anak rosak dan sesat, kita pandai pula nak marah mereka. Padahal kita yang tak bagi mereka peta kehidupan. Peta kehidupan tu la matlamat hidup yang kita wajib berikan!

Kejam kan bila kita nak anak kita hidup tapi tak pernah bagitahu anak kita apa tujuan hidup yang sebenarnya. Hidup tanpa tujuan ni umpama tembak pistol tanpa sasaran!

3. Beli Peti Ais Jenama Mahal Tapi Isinya Merosakkan Anak

Zaman dulu dulu peti ais ni gunanya untuk bagi makanan tu tahan lama tapi zaman kita sekarang mak ayah jadikan peti ais sebagai kubu penyimpanan gula-gula, aiskrim, coklat, kek, air tin berkarbonat, nugget, hotdog dan bermacam lagi jajan dan makan segera

Sekali sekala anak minta jajan di kedai itu mungkin dimaafkan tapi kalau peti ais rumah pun kita dah jadikan gedung jajan untuk anak kita, agak-agak kita boleh kawal tak?

Kejamnya kita kalau kita marah orang sakiti anak kita tapi tanpa kita sedar makanan tak berkhasiat yang kita suap anak kita tu sebenarnya lebih berbahaya!

4. Paksa Anak Tiru Kita

Kesian saya tengok sesetengah anak tu. Dipaksa oleh mak ayahnya untuk menjadi seperti mereka. Padahal si anak tu ada bakat dan potensi yang berbeza.

Anak kita ada semua Multiple Intelligence. Ada yang berbakat di bidang sukan, ada yang berbakat di bidang penulisan dan ada yang berbakat di bidang kepimpinan.

Tugas kita bukan nak anak jadi macam diri kita. Tugas kita adalah nak anak kita jadi THE BEST VERSION OF HIM/HER.

5. Tak Sampai Hati Nak Tegur Anak

Tugas mak ayah bukan cuma bagi kasih sayang sepenuhnya secara membabi buta. Tugas mak ayah juga adalah sebagai decision-maker bagi anak-anak yang belum matang akalnya.

Hati-hati kalau kita jenis yang sayang anak hingga tahap tak sampai hati nak tegur anak. Mungkin kita adalah jenis mak ayah yang Permissive. Mak ayah yang permissive ni memang sayang sangat tapi kasih sayangnya tu melampau-lampau hingga akhirnya si anak tu pijak kepala dan memanipulasi mak ayahnya.

Published by
Nadia