Kehilangan orang yang disayangi amatlah menyedihkan begitu juga yang dirasai oleh Amy Search sekeluarga termasuklah anaknya Nabila Huda.
Perginya ibu kepada lagenda rock tanahair itu Fatimah Idris, 88, pada petang Ahad akibat sakit tua di rumah anak saudaranya di Kota Damansara.
“Abil Siapkan Atok, Mandikan Atok Kasi Wangi-Wangi Dan Solat Jenazah Untuk Atok” Nabila Capai Harat Bakti Terakhir Buat Tok Mah
Seperti mana dikongsi menerusi entri di Instagram, Nabila juga berasa sangat sedih atas kehilangan nenek yang dikasihinya. Paling meninggalkan kesan Nabila sempat memandikan jenazah neneknya.
“Ciuman terakhir untuk tok mah ku sayang.
“Dulu masa abil kecik-kecik tok mah mandi kan abil, siap kan abil.
“Hari ni abil siapkan atok, mandikan atok kasi wangi-wangi dan solat jenazah untuk atok.
“Tercapai hasrat abil nak buat semua ni untuk kali terakhir..Atok tunggu abil kat sana ya. Al-fatihah (dibaca),” tulis Nabila yang membuatkan ramai tersentuh hati apabila membaca luahannya itu.
Pada Ahad lalu, Amy Search telah memaklumkan ibunya Hajah Fatimah Haji Idris, telah kembali kerahmatullah. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.
Baca Disini Juga:
Nabila Kongsi Keisha Masak Nasi Goreng, Lucu Bila Anak Lesung Batu Diguna Terbalik
Semoga Nabila Huda Cepat Sembuh “Terima Kasih Kepada Semua Yang Mendoakan”
Satu Hari Kita Baca Satu Muka Surat Mana Tahu Lama-Lama Khatam – NABILA HUDA
Rezeki Ramadan, Pada Usia 60 Tahun Bakal Dapat Anak Ke-6, Doa Penyanyi Rock Amy Search Dimakbulkan!
Innalillahiwainnailaihirojiun.. salam takziah Abil.. moga arwah tokmah ditempatkan dikalangan hamba Allah yg solehah.. Abil cucu yg baik.. moga kalian ditemukan kembali disyurga kelak.. amiiinnn.. – Erra Fazira
Al Fatihah… Salam Takziah Buat Abil Sekeluarga… – khiriah17
Innalilahwainailaihirojiun … Al -Fatihah… salam takziah bil…- yanasamsudin
inalillahiwainnailayhirojiuun… takziah Abil..- Alifsatar
Al fatihah. Salam takziah – nouruldepp
Salam takziah to you and your family @kupu_kupu that’s such a beautiful tribute to your Tok… – tiarajacquelina
Salam takziah..semoga ditempatkan Di syurga – jannanick
takziah abil – tomokofficial
My deepest condolences dear Abil.innalillahiwainnailaihirojiun.- daphneiking
Salam takziah buat Abil dan keluarga. Al-Fatihah dibaca – sherryibrahim
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Amy dan Nabila. Al-Fatihah.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Nabila Huda & Instagram Amy Search