Membesarkan anak lelaki bukan lah satu tugas yang mudah dalam dunia yang mencabar sekarang. Namun jika tahu cara didikan yang betul, pasti anak lelaki akan menjadi seorang lelaki yang sejati.
Oleh itu, sedari remaja, mak ayah perlu mempersiapkan emosi dan adab anak lelaki sebelum menjadi remaja. Sebaiknya mak ayah menjadi tunjang utama dalam mendidik anak lelaki kerana mak, ayah adalah cerminan utama anak-anak.
Oleh itu siapkan emosi dan adab lelaki sedari kecil supaya mereka lebih memahami perasaan orang lain terutama mak, ayah dan juga keluarga.
Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif:
1. Ajar mereka kawal emosi marah
– supaya marah mereka tidak keterlaluan
– supaya marah mereka tidak merosakkan
– supaya marah mereka sampai tidak meninggalkan dendam
2. Ajar mereka untuk luah perasaan marah dengan cara yang selamat
– supaya mereka tahu ianya bukan satu kesalahan untuk meluahkan
– tetapi pastikan ianya dengan cara yang betul
– jangan sampai merosakkan barang-barang
– jangan sampai membahayakan diri sendiri
3. Ajarkan mereka empati dan memahami perasaan mak ayah dan adik beradiknya
– supaya anak kita belajar memahami
– supaya anak kita tahu perasaan orang di sekelilingnya nanti
– supaya anak kita boleh memandang daripada perspektif orang lain
4. Ajarkan anak lelaki kita tentang belas kasihan
– supaya mereka belas kasihan kepada kita
– supaya mereka belas kasihan kepada adik beradik dan orang di sekeliling
– supaya mereka dicintai ramai orang kerana sifat belas kasihannya itu
5. Ajarkan anak lelaki kita sifat ringan tulang
– supaya anak lelaki kita tidak menjadi remaja yang berat tangan untuk menolong
– supaya anak lelaki kita tidak menjadi beban ibubapa dan pasangannya kelak
– supaya mereka belajar tentang amanah dan tanggungjawab
Tolong kongsikan ilmu ni pada pasangan kita dan ibubapa lain yang belum tahu sebab saya percaya ramai lagi ibubapa di luar sana yang belum tahu tentang ilmu ini
Sumber: Taufiq Razif
MW: Sedari kecil ajari anak lelaki dan anak perempuan sama rata, elakkan jurang antara keduanya. Barulah anak lelaki lebih memahami dan prihatin dengan orang sekeliling terutamanya mak,ayah.