Barang kesayangan tak sengaja dipecahkan anak-anak atau pun suami. Faham sayang barang tu, tapi tak perlu marah-marah. Rasa nak marah.. tapi kena sabar. Dan tak usahlah mencari punca ‘salah siapa’.
Sayangkan barang biarlah berpada-pada. Ini pesanan yang dikongsikan Ummu Naufal. Tak dinafikan, nak mencari duit dan mengumpul barang kesayangan ini tak mudah. Tetapi ingatlah, barang itu tak bernyawa.
Anak-anak dan suami lebih berharga sebenarnya. Kerana, pada mereka punya jiwa yang perlu disayangi dan diambil peduli.
Sayang barang
Tercari-cari penutup periuk kecil Vision. Periuk ini, khusus untuk masak makanan Haneen. Setiap hari digunakan. Dibeli di Miami dan dibawa ke Yanbu bila pindah ke sini. Pastilah sayang. Jauh dibawa, banyak kenangannya.
Bila tong sampah dibuka, ternampak cebisan kaca di dalam.
“Laaaa, pecah rupanya!”
Mesti lewat malam semalam berlaku kejadian.
“Siapalah yang pecahkan?
Boleh jadi anak, boleh jadi juga Abinya.”
“Macam manalah boleh pecah?
Dah berbelas tahun guna, tak pecah pun.”
Duhai hati yang cintakan dunia,
Lepaskan!
Bebaskan hati kita!
Tak perlu dicari siapa puncanya.
Dan tak perlu tahu macam mana berlakunya.
Tak perlu sesal,
kerana sudah berakhir hayat barang itu berkhidmat untuk kamu di dunia.
Ia cuma barang!
Baca sini : Mak-mak Sayang Nak Buang, Dalam Rumah Mesti Jumpa Barang-barang Ni
Sayang barang biarlah berpada-pada.
Ia barang tidak bernyawa.
Khidmatnya sudah di penghujungnya,
Ucapkan sahaja Innalillahi waiinailaihirojiun.
Kemudian, teruskan hari seperti biasa.
Sayang barang jangan melebihi sayangkan anak dan seisi keluarga.
Iya, ajar mereka menjaga harta benda.
Namun, usah dimarah dan dihukum bila berlaku kecelakaan pada barang yang disayangi kita.
Barang yang berharga tinggi, mahupun dibawa dari luar negara.
Ia cuma barang tanpa perasaan dan nyawa.
Merdekakan jiwa dari keterlaluan menyayangi barang.
Bebaskan hati dari terlalu terikat dengan harta dunia.
Kelak bila dipanggil kembali Al Khaliq ke dunia abadi, barang itu akan ditinggal dan dilupakan kita.
Pasti tiada yang sia-sia di sisiNya.
~Ada Syurga Di Bawah Bumbung Rumah Kita~
#tazkirahhatiUN
Cari PERIUK VISION baru di sini : https://invol.co/clb0msm
Mingguan Wanita : Sungguh benar bagai dikata, tak perlu marah-marah. Setiap yang hilang pasti berganti. Sabar.. dan yakin rezeki tuhan itu pasti ada.
Sumber/Foto : Ummu Naufal