susu ibu

Tempoh penyusuan anak merupakan waktu mencabar bagi mak-mak, lebih-lebih lagi buat ibu yang bekerja.Perlu cari masa mengikut jadual waktu untuk mengepam susu sebagai stok simpanan buat anak tersayang. Ada mak-mak yang memang dimurahkan rezeki, meriah dengan air susuan.Sekali pam boleh dapat dua botol penuh.Ada juga yang gigih berusaha mengepam untuk untuk mendapatkan susu, kerana hasilnya yang sedikit.

Seringkali mak-mak yang mempunyai susu sedikit selepas mengepam susu akan rasa sedih mahupun rendah diri.Apatah lagi membandingkan diri dengan ibu bertuah yang mempunyai simpanan susu meriah.Sebenarnya, persepsi ini perlu diubah. Mak-mak menyusu perlu tanamkan dalam fikiran bahawa apa yang penting susu yang ada mecukupi buat anak sudah memadai. Tidak perlu set target nak buat stok berbulan-bulan mahupun berbotol-botol yang akhirnya susu terbuang kerana rosak mahupun tamat tempoh.

Perkongsian daripada Puan Didie Kyk, ibu kepada 3 orang anak lelaki ini dapat membuka minda.

Wahai mak menyusu, gembira dan bersyukurlah.

Dah lama nak kongsi pasal ni. Tapi asyik tertangguh-tangguh. Perihal mak-mak menyusu yang bekerja dan gigih buat stok susu baby masing-masing.Dulu-dulu. Masa menyusu #ammarhakim. Memang tak culas pam susu kat opis.

Bila orang tanya. “Banyak susu dapat?”

Hakak jawab. “Banyak. Dapat 2 botol sekali pam.

IKLAN

Itulah jawapan hakak setiap kali orang tanya. Sampailah ada satu ketika ni. Buat hakak insaf. Ada seorang mak menyusu. Pun bekerja. Pun ngepam susu. Hakak tanya. Banyak tak dapat susu.

Dia sedih. Sekali pam dia dapat paling banyak 2oz kiri kanan. Tapi dia gigih juga.Alhamdulillah. Sampai setahun lebih juga baby dia dapat nyusu badan.

Kemudian. Hakak baca kisah-kisah ibu nyusu. Ramai yang dapat nyusu dengan meriah.Tak kurang juga dengan yang gigih mengepam walau sikit-sikit, tapi masih cukup untuk anak.Nak jadikan kisah. Stok susu ammar yang penuh peti ais tu. Ada yang terpaksa buang je. Sebab dah tamat tempoh.Ada lah..dalam berbelas ke berpuluh botol dan plastik.

Sejak tu. Hakak suka bagi motivasi pada mak-mak menyusu yang mula rasa down.Dan sejak tu bila orang tanya, jawapan hakak berubah.

“Banyak susu dapat?”

“Alhamdulillah, cukup untuk anak saya”

Sebab ada mak menyusu yang down lepas hanya dapat 2oz bila pam. Hakak pesan. “Takpe, bersyukurlah!”

Mak menyusu mesti ingat. Susu kita tak mesti kena banyak baru kita jadi mak menyusu cemerlang. Asalkan kita tahu kuantiti susu yang cukup untuk anak kita. Dan kita berjaya susukan doa hingga ke umur yang kita inginkan. Tahniah. Kitalah mak menyusu yang berjaya.

Jangan dikisah hal orang. Cakap-cakap orang. Usah dirisau susu kita yang separuh botol sedangkan orang lain berbotol-botol. Yang penting. Asalkan kita dah usaha. Kita dah ikhtiar.Dah ambil makanan yang bagus untuk hasilkan susu. Dah buat power pumping, tandem nursing dan segala sedara mara bab nyusu. InsyaAllah. Kita adalah #makmenyusu yang bertanggungjawab.

Siapa tahu.Walau hanya kerana 2oz susu kita itu. Akan jadikan anak kita cemerlang dunia akhirat.

Bersyukurlah!

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat mengubah persepsi mengenai penyusuan bayi. Tak perlu risau susu tak meriah, banyak melimpah ruah tak dapat buat stok, apa yang penting ia mencukupi buat anak kita.

Sumber:Didie Kyk