Bingung mencari tempat makan yang selesa dan menepati selera anda. Usah buang masa, luangkan hari anda menikmati Barbeque Buffet, King of the Grill di Executive Lounge on Level 23, The Pearl Kuala Lumpur.
Bagi penggemar makanan gril, terutamanya peminat tegar makanan laut dan daging, destinasi ini adalah wajib anda cuba.
Jika selesa dalam suasana kondusif, ruangan lounge berhawa dingin cukup secocok buat anda. Manakala bagi mereka yang suka bersantai sambil lepak-lepak, mungkin ada memilih untuk berada di ruangan barbeku di kawasan terbuka dengan menghadap pemandangan cantik sekitar Jalan Klang lama dari tingkat 23.
Banyak Pilihan
Cita rasa anda pasti tercuit apabila anda dapat menikmati pelbagai jenis hidangan barbeku bermula dengan pilihan selera mewah iaitu tiram segar sama ada dibakar bersama keju atau di makan begitu sahaja. Tidak ketinggalan, susunan udang, baby lobster,
hirisan ikan salmon dan mussel juga menanti kehadiran anda. Kambing gril juga antara menu yang idaman sesiapa yang berkunjung ke siniTidak terhenti di situ sahaja, aneka makanan lain seperti pasta, aneka kek, pemanis mulut juga terhidang buat anda habiskan masa anda di sini. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk nikmati hidangan anda di Barbaque Bufet, King of the Grill pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 6.30 petang hingga 10 malam. Dengan caj dewasa, RM 88++ dan kanak-kanak, RM 44++, pastinya cukup berbaloi.